Umat Islam percaya bahawa air zam-zam adalah kurniaan dan rahmat dari Allah سبحانه وتعالى. Air zam-zam mampu menghilangkan dahaga dan kelaparan. Itulah sebabnya jemaah umrah dan haji disunatkan meminum air zam-zam sepuas-puasnya terutama selepas melakukan Ibadah Tawaf.
Sesungguhnya Rasulullah ﷺ ada bersabda: “Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zam-zam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
.
.
A. A. Adab Meminum Air Zam-Zam
Adab ketika minum air zam-zam itu sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian Fuqaha adalah termasuk dalam hukum sunat, antaranya:
- Menghadap kiblat,
- Membaca Bismillah sebelum minum.
- Minum air zam-zam dengan niat ikhlas.
- Jangan minum dengan sekali teguk sehingga habis
- Minum sebanyak tiga kali dan diselangi bernafas di luar bekas minuman, kemudian baru teguk lagi.
- Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zam-zam, melihat ke arah Kaabah/kiblat.
- Minumlah air zam-zam sehingga kenyang kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
- Sesudah minum, ucapkan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى (baca Alhamdulillah).
- Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.
.
.
B. Hadis Ibnu Majah
.
Adab minum air zam-zam ini juga sebagaimana disebutkan dalam hadis oleh Ibnu Majah:
.
Daripada Muhammad bin Abdurrahman bin Abu Bakr, katanya: “Ketika aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas datang seorang lelaki kepadanya, lalu berkata Ibnu ‘Abbas: “Dari mana engkau datang?”
Lelaki itu berkata: “Dari perigi zam-zam.”
Ibnu Abbas berkata: “Apakah engkau minum dari perigi itu sebagaimana yang sepatutnya.”
Lelaki itu berkata: “Bagaimana?”
Ibnu Abbas berkata: “Apabila engkau minum air zam-zam, maka menghadaplah ke kiblat, sebut nama Allah سبحانه وتعالى dan bernafaslah tiga kali (waktu minum). Minumlah air zam-zam sehingga kenyang dan jika sudah selesai maka pujilah Allah ‘azza wajalla. Sesungguhnya Rasulullah ﷺbersabda: “Sesungguhnya tanda yang membezakan antara kita dengan orang-orang munafiq, sesungguhnya mereka tidak minum air zam-zam itu sehingga kenyang.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
.
Ibnu Abbas menjelaskan: “Apabila minum air zam-zam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bekas minuman, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى (baca Alhamdulillah).”
.
.
.
B. C. Adab Mengambil Air Zam-Zam
.
1. Sunat melihat dan masuk ke tempat perigi zam-zam.
2. Sunat menggunakan timba bagi mengambil air lalu meminumnya.
3. Merenjiskan air zam-zam ke kepala, muka dan dada.
Kini setelah proses pemodenan dan didirikan kilang pembotolan, orang awam tidak lagi dibenarkan mengambil dan memasuki ke kawasan sebenar telaga zam-zam.
.
.
.
C. D. Doa Minum Air Zam-Zam
.
1. Doa Ketika Minum Air Zam-Zam
.
.
Daripada Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zam-zam berdoa:
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ عِاْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشَفِيًا مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَسَقِيْمًا.
“Ya Allah ya Tuhanku! Daku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.” (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat tinggi pekertinya, mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
.
.
2. Doa Dan Niat Minum Air Zam-Zam
.
.
.
E. Berkata Imam At-Tirmizi
Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata:
“Orang yang meminum air Zam-zam itu:
- Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah سبحانه وتعالى akan mengenyangkannya.
- Jika dia minum untuk minuman, maka Allah سبحانه وتعالىmemberinya minuman.
- Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah سبحانه وتعالىakan menyembuhkannya dari penyakit.
- Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah سبحانه وتعالىakan mengelokkan akhlaknya.
- Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah سبحانه وتعالىakan menghilangkannya.
- Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah سبحانه وتعالىakan mengkayakannya.
- Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah سبحانه وتعالىakan memakbulkannya.
- Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah سبحانه وتعالىmelindunginya.
- Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah سبحانه وتعالىakan menghilangkan kesusahannya.
- Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah سبحانه وتعالىakan membantunya.”
Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab ‘Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam’ karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim.
.
.
.
F. Penutup
.
Berdasarkan hadis-hadis di atas, betapa pentingnya adab dan niat semasa meminum air zam-zam. Sebenarnya, apa jua niat, asalkan niat itu baik dan halal, Insya’Allah ianya akan dimakbulkan oleh Allah سبحانه وتعالى.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ ﴿٦٠﴾
“Berdoalah kepadaKu, nescaya Daku perkenankan doa permohonanmu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Surah Al-Mukmin: Ayat 60)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
from Jom Dakwah http://ift.tt/2i2ywZf
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment