Cintakan bunga, akan layu…
cintakan manusia, akan mati…
cintakan ALLAH, kekal abadi…
itulah CINTA, cinta yang hakiki…
عن أنس بن مالك رضي الله عنه خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :
( لا يؤمن أحدكم حتّى يحب لأخيه ما يحب لنفسه)
رواه البخاري ومسلم
Mafhumnya : tidak beriman seseorang mu’min itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.
“warkah cinta”
saat pertama kali ingin di “update” catatan ini, ianya berupa sebuah kisah..namun setelah sekian lama tergendala…suka ana ingin menceriakannya kembali dengan sedikit perkongsian lazat !
boleh la menukar cerita kepada catatan yang lebih LUAR BIASA !
wah ! pasti berbunga-bunga hati sahabat-sahabat pabila catatan ini berunsur C.I.N.T.A.
jangan disalahkan CINTA sekiranya anda jatuh dalam jurang yang dusta,jangan disalah ertikan ungkapan suci itu..andai anda yang tersesat dulu,jangan dibenci kalimah istimewa ini..andai anda tidak tahu menghargai.
ok..
jadi, apakah dia CINTA ?
Cintailah Illahi yang menciptakan kita ini..
Cintailah Nabi yang memberi syafaat di akhirat nanti..
Cintailah Abi dan Ummi yang memberi kebahagian buat diri..
Cintailah dia yang bernama SAHABAT SEJATI.
SAHABAT SEJATI,
ingat mudah ke nak mencari si dia yang sejati. EH, silap. sahabat sejati.
sukar. namun, ia boleh di cari..
bagaimana ?
jadilah kita sahabat yang sentiasa menyayangi antara satu sama lain.
mengasihi dan mencintai kerana ILLAHI.
Allah. sering kita dengar, “ukhwah fillah ilal jannah”
jauh kan?
sangat jauh. apa maknanya ? INGIN KE SYURGA BERSAMA..
BAGAIMANA ?
nak sama-sama berjaya..nak sama-sama belajar..
susah payah bersama..macam tu kan ?
begitulah takrifan UKHWAH pabila kita faham apakah nama “ikatan ajaib” itu.
membawa dirinya dan kita ke syurga bukanlah ibarat kita membawa bungkusan buah epal yang masak ranum masuk ke rumah untuk dimakan bersama.
mudah bukan.
zahirnya. itu bukan kerja MUDAH. tetapi itu adalah kerja yang perlukan USAHA.
Hah. nak kata susah ke ? jangan dulu..usaha itu akan memudahkan kerja.
ALLAH kan ada. SENYUMM*
ADAKAH dengan kita melakukan kebaikan berseorangan, kita akan dapat melangkah hebat ke syurgaNya dengan bahagia.
fikir semula.
Allah beri kan pahala yang berlipat kali ganda pada mereka yang solat BERJEMAAH dengan 27 kali ganda pahala. see? BERJEMAAH.
Diulangi. BERJEMAAH.
begitu juga dengan melakukan kebaikan. Allah akan berikan kita syurga, sekiranya kita BERJEMAAH sesama melakukan kebaikan.
nak ke kita, lakukan kebaikan berseorangan…namun, di akhirat kelak, kita akan di heret kembali oleh si dia yang tiada kebaikan di dunia.
hai berbunga-bunga nak melangkah selangkah sahaja lagi ke gerbang firdausi. tetapi, diheret ke neraka dek tuntutan kebaikan yang tidak dikongsi bersama pada si dia.
rugi. betul-betul RUGI.
T_T
ANDA nampak tak apa kesannya jika kita lakukan kebaikan tanpa mengajak orang lain ke arah kebaikan.
dalam surat cintaNya :
“pada hari itu sahabat-sahabat karib ; setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)”
(az-zhukruf : 67)
“Genggam erat tangan ini sahabat. Jgn pernah lepaskan. Bila hati rasa resah. Sandarkan segalanya pada DIA yg satu. Bila langkah terasa lemah. Kuatkan ikatan ini kerana DIA. Tuntun daku ke syurga. kerana aku tidak akan pernah kuat tanpa kalian dan tanpaNya..”
_sidiayangbernamaSAHABAT_
begitulah…
SAHABAT ini adalah mereka yang sering mendoakan kita..
siapapun yang membawa kita kepada Allah..
dia itulah SAHABAT SEJATI..
mungkin kita belum boleh digelar dengan gelaran itu..
namun, tanam dalam hati..untuk menjadi seorang yang boleh berpimpinan tangan ke SYURGA nanti.. :)
Nurul Nadia binti Misman
from Jom Dakwah http://ift.tt/2hvFq9h
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment