Monday, 19 December 2016

7 Cara Rawatan Kerak Di Kepala Bayi Ibu Bapa Perlu Tahu!

Kenapa kepala bayi saya comot dan seperti berkelemumur? Tentu ada sesetengah daripada ibu ayah berhadapan dengan situasi begini.

Kerak Di Kepala Bayi

Jangan risau, ketahui apa masalah tersebut lebih lanjut.

Sekiranya anda melihat kulit kepala bayi berkerak dan adakalanya kelihatan seperti kelemumur, tebal, berminyak, kerak bertompok kecoklatan, itu sebenarnya adalah cradle cap atau kulit berkerak.

Pakar perubatan memanggilnya sebagai infantile seborrheic dermatitis, dan ia adalah perkara biasa di kalangan bayi. Sementara itu di kalangan orang Melayu, masalah ini dikenali sebagai sawan.

Kulit kepala berkerak kerap berlaku pada beberapa bulan awal usia bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri kira-kira enam ke 12 bulan usianya – walaupun ada sesetengah kanak-kanak akan menghidapnya dalam jangka masa panjang.

Anda mungkin menyedari keadaan yang sama berlaku di sekitar telinga, kening bayi, kelopak mata atau ketiaknya.

Apa punca kerak?

Puncanya masih tidak diketahui secara spesifik. Tetapi kita maklum ia bukan disebabkan oleh tahap kebersihan yang teruk atau alahan.

Mungkin sesetengah ibu bapa bimbang melihat keadaan bayi mereka kerana ditakuti boleh membawa penyakit lain yang lebih serius.

Sesetengah pakar percaya hormon yang diterima oleh bayi daripada ibu di akhir kehamilan menyebabkan rangsangan lebih penghasilan kelenjar minyak (seborrheic) oleh bayi, menyebabkan berlaku kerak kepala.

Kerengsaan daripada yis yang membesar dalam sebum (bahan dihasilkan oleh kelenjar) juga dikatakan punca berlakunya masalah kerak. Kerak kepala tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan sedikit kegatalan kepada bayi.

Bagaimana merawatnya?

Sebenarnya anda tidak perlu membuat apa-apa, tetapi jika rasa terganggu, berikut beberapa cara yang boleh dicuba:

1. Urut perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan jari anda atau berus yang lembut untuk melonggarkan kerak tersebut.

2. Syampu rambut bayi lebih kerap (setiap hari), tetapi pastikan dibilas dengan betul.

3. Selepas syampu, berus perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan berus lembut atau tuala lembut.

4. Ada ibu bapa yang berjaya menanggalkan kerak dengan kaedah bersyampu tetapi jika kerak jenis yang degil, anda boleh cuba menyapu minyak bayi.

5. Guna minyak bayi jenis almond atau minyak zaitun. Sapukan pada kulit kepala bayi. Biarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian, perlahan-lahan sikat kepingan menggunakan sikat gigi atau berus lembut.

6. Pastikan ia diikuti dengan membasuh kulit kepala bayi dengan syampu bayi yang lembut.

7. Anda boleh juga biarkan sapuan minyak tersebut di kepalanya bagi membolehkan pori tersumbat dan menyebabkan kepingan tertanggal.

Perlukah berjumpa doktor?

Jumpa dengan doktor apabila keadaan kerak di kepalanya bertambah teruk, terdapat pendarahan atau tersebar melebihi kulit kepala bayi.

Doktor mungkin mencadangkan preskripsi syampu kelemumur atau jika kulit kepala semakin teruk, ubat krim kortison dicadangkan.

Sekiranya, jangkitan yis menjadi punca masalah, doktor akan mencadangkan penggunakan ubat anti kulat.


from Jom Dakwah http://ift.tt/2hMrCti
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment