Wednesday, 14 December 2016

BERJUBAH TETAPI MENJOLOK MATA!! KETAHUI TIPS AGAR KITA TAMPIL SOPAN APABILA BERJUBAH

Koleksi jubah abaya dewasa ini amat popular bukan sahaja di kalangan wanita dewasa bergelar ibu malah turut mendapat tempat di hati anak-anak gadis remaja.

Antara sebab ramai yang meminati jubah abaya kerana ia ringkas dan cepat untuk disarungkan. Dan ia sesuai untuk pelbagai majlis. Sama ada rasmi atau tak rasmi.

Tetapi makin lama nilai sebenar abaya atau jubah ni semakin terpesong dari tujuan sebenar pemakaiannya iaitu menutup aurat. 

Pelbagai koleksi jubah abaya hitam dan cantik dengan pelbagai rekaan


Tidak salah untuk bergaya dengan jubah abaya cantik tapi pastikan jubah itu memenuhi syarat menutup aurat iaitu:

  1. Tidak menunjukkan bentuk fizikal tubuh badan
  2. Labuh dan tidak ketat
  3. Kainnya tidak perlu tebal, asalkan tidak jarang

Memang betul, semakin ramai muslimah yang selesa berjubah abaya. Termasuk dari golongan profesional dan bukan dari muslimah berpendidikan agama sahaja.

Imej bertudung labuh dan berabaya semakin sinonim. Di kaca televisyen pun ramai pengacara program lengkap menutup aurat.
Boleh cik puan lihat pengacara mana yang memakai jubah abaya berwarna hitam. Cantik kan? Ada 2 orang

Jika dulu pilihan fesyen untuk muslimah yang benar benar menutup aurat agak terhad, namun kini tidak lagi.

Perkembangan industri fesyen muslimah memang menggalakkan dan mendapat sambutan memberangsangkan.

Ramai muslimah mula berjinak jinak menutup aurat dengan sempurna dan berhijrah ke arah yang lebih baik.

Alhamdulillah, tahniah kepada usahawan yang berjuang mempelopori fesyen yang memenuhi tuntutan syarak ini. 

Wanita ini adalah seorang non muslim, Amanda tinggal di Sacramento, California selesa memakai jubah

Memang satu perkembangan positif. Tapi dalam keghairahan berfesyen ada juga rekaan jubah abaya yang kurang sesuai di pakai muslimah.

Kain yang melekap pada badan dan potongan jubah yang direka mengikut bentuk tubuh tidak menutup aurat wanita yang sebenar.

Insyaallah tips yang diberikan ini praktikal dan mudah diamalkan supaya aurat terjaga sempurna. Allah sayang & suami suka dan lega.

4 Tips Beli Jubah Abaya Baru Yang Cantik Di Mata & Sejuk Di Hati Suami


Antara tips yang boleh dijadikan rujukan semasa cik puan membeli jubah abaya baru untuk diri sendiri:

1. Fabrik / kain yang sesuai

Kain jubah sangat memainkan peranan penting dalam keselesaan

Secara umum, pemilihan kain sangat penting sebelum anda membeli abaya baru.

Kainnya mestilah selesa, menyerap peluh dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Boleh dikatakan hampir semua jenis kain sesuai untuk dibuat jubah. Asalkan ia tidak melekap pada tubuh.

2 jenis kain yang saya kurang gemar ialah kain kain lycra, chiffon dan satin kerana ia agak melekap pada tubuh. Jadi bila ditiup angin memang nampak aurat pemakainya.

Oleh kerana kain jenis lyra tergolong dalam kategori kain yang berat, ia akan jatuh mengikut tubuh. Bagi anda yang sudah terbeli jubah abaya lycra, perlu memakai pakaian yang mempunyai kain lebih keras sebelum menyarung jubah lycra.

Ini akan membantu mengurangkan sifat lycra yang melekap pada tubuh. Maklumlah, kain jenis ini memang nampak lebih kemas kerana ia sukar berkedut.
 

2. Warna kain & corak jubah


Tidak disangkal lagi, jubah abaya hitam adalah warna paling di gemari dan sering menjadi pilihan ramai muslimah. Jubah hitam juga boleh secara umumnya di kategorikan kepada jenis abaya kosong dan abaya berhias batu dan sulaman.

Pelbagai jenis jubah jenis kosong dan abaya bercorak. 

Jubah abaya hitam mudah disesuaikan dengan pelbagai warna tudung dan corak berlainan. Walaupun begitu, sekarang ini banyak abaya pelbagai warna dan corak boleh di dapati dipasaran.Jubah abaya hitam kosong sesuai digayakan bersama tudung labuh berwarna cerah dan bercorak


Manakala jubah bercorak pula sesuai di pakai bersama tudung labuh kosong.

Pilihlah yang mana suka, asalkan ianya menutup aurat.

3. Saiz abaya tempatan dan import

Saiz abaya import berbeza dengan jubah abaya yang dijahit di malaysia. Jadi, untuk memastikan jubah yang dibeli sesuai saiznya dengan badan kita, seeloknya tanya dahulu penjual tersebut.


Dapatkan ukuran semasa dan berikan kepada penjual. Biasanya, masalah ini tidak terjadi sekiranya membeli abaya sendiri di kedai fizikal.

Bagi pembelian jubah abaya secara online, pastikan saiz yang diberi benar benar sesuai dengan ukuran badan. Jika tidak, akan membuang masa dan tenaga.

Lazimnya, jubah dari timur tengah mempunyai ukuran yang lebih besar dari jubah jahitan tempatan atau negara asia.

Jadi semasa cik puan pergi menunaikan umrah dan haji, sebelum membeli abaya di tanah haram pastikan untuk memilih saiz yang betul ya.

Maklumlah, kita ke sana untuk menunaikan ibadah. Selepas selesai menunaikan rukun ibadah dan ingin membeli sedikit cenderamata, rambang mata jadinya.

Banyak pilihan dan corak.
 

4. Harga abaya dan kualitinya

Bergantung kepada bajet, ada banyak kategori abaya. Dari yang murah kepada yang mahal.


Tak semestinya yang mahal lebih bagus dari yang murah kan? Sebab harga abaya mahal dipengaruhi perhiasan. Jubah yang terlampau mahal amat sukar penjagaannya.

Mungkin untuk acara istimewa, tidak salah untuk berpakaian cantik. Tetapi jubah abaya yang digunakan untuk majlis ilmu dan bersilaturahim kebiasaanya lebih sesuai dengan abaya yang sederhana.

Keputusan ditangan kita.

Tips Memakai Jubah Abaya Kosong Supaya Sempurna Menutup Aurat


Jubah abaya yang dipakai dengan betul bukan saja nampak cantik dan anggun, malah selesa dan menjimatkan masa. Disini saya kongsikan beberapa tips memakai abaya untuk manfaat cik puan semua.

1. Pakai baju lapisan dalam menggunakan kain kapas.



Jubah abaya ini sebenarnya digunakan sebagai pakaian luar seperti jaket. Wanita Arab pada asalnya memakai jubah abaya untuk menutup pakaian yang berwarna warni semasa berada diluar rumah.

Selepas muslimah berabaya sampai ke destinasi yang dituju seperti rumah saudara mara, mereka akan menanggalkan abaya (sama seperti orang lelaki yang memakai kot bersama kemeja di dalamnya). 


Di Malaysia, wanita muslimah akan memakai baju kurung berwarna-warni sebelum menyarungkan jubah abaya untuk keluar rumah.

Ini sangat bertepatan dengan cara menutup aurat dengan lebih sempurna kerana jubah ni jika kita tidak memakai pakaian lain di dalamnya, bila ditiup angin, tetap akan terlihat bentuk badan kita terutamanya bahagian betis hingga ke peha.

Kain kapas sangat sesuai untuk dipakai sebagai inner jubah abaya kerana ia menyerap peluh dan sejuk.

T shirt lengan panjang daripada fabrik kapas memang terbaik untuk kulit kita terutamanya dengan cuaca di Malaysia  yang panas dan lembap.

Fabrik cotton juga tidak mempunyai kesan ‘statik’/melekat khususnya bila berada di tempat sejuk. Elakkan menggunakan kain dalam dari jenis satin yang lembut dan licin. Ini akan memburukkan lagi keadaan sebab ia akan melekat pada tubuh.

2. Gunakan skirt dari fabrik yang tebal dan keras


Dengan memakai skirt tebal dan keras sebelum mengenakan abaya dapat mengelakkan bentuk kaki terlihat kerana ditiup angin.

Kebanyakan orang memakai kain dalam yang dibuat dari bahan lembut.  

Seeloknya beli skirt yang agak tebal dan keras materialnya untuk dipakai bersama abaya anda supaya lebih terjaga aurat kita.

Boleh juga jika sahabat-sahabat ingin mengenakan seluar panjang sebelum memakai jubah dan material seluar yang saya kira paling baik adalah seluar jeans(straight cut sahaja) kerana jenis kainnya keras dan berat.

Bila menggayakan jubah abaya plain / kosong, perlu diingat kerana kebarangkalian fabrik akan mengikut bentuk badan dan menampakkan garisan panty sangat tinggi. Terutama apabila kita dalam keadaan posisi membongkok.

Ada kebaikan dan kelemahan juga. Sebab itu sangat disarankan untuk memakai kain skirt dalam yang tebal dan keras.

3. Cara memakai jubah dari bahan melekap

Jika anda sudah terbeli jubah jenis kain lycra yang melekap, pakai pakaian di bahagian dalam seperti t-shirt atau baju dengan material kain kapas atau koshibo kerana ia dapat mengurangkan sifat lycra yang melekat ke tubuh. 



Dan jika merancang membeli jubah jenis lycra pula, pilihlah rekaan jenis princess cut / umbrella di mana ia mengembang besar dari pinggang hingga ke bawah supaya kainnya tidak melekat ke tubuh.

4. Gayakan abaya anda dengan tudung bidang 60 yang labuh

Tudung labuh bidang 60 bercorak sesuai dipakai bersama jubah abaya hitam


Walaupun umumnya jubah berpotongan longgar, saiz badan dan ketinggian mempengaruhi keseluruhan penampilan. Jika tersalah pilih, impian untuk menggayakan jubah yang anggun bertukar sebaliknya.

Abaya anda sangat cantik dipakai dengan tudung yang bercorak atau pelbagai warna. Ini akan menaikkan seri pakaian. Menyerlahkan keanggunan pemakai.

Penting sekali bagi wanita mengenal pasti corak jubah yang hendak digayakan. Jubah polos elok digayakan dengan tudung bermotif dan sebaliknya.

Bagi mengimbangi rekaan kosong pada jubah, seeloknya gayakan tudung bercorak atau warna terang.

Labuhkan hijab anda dengan tudung bidang 60 sehingga ke bawah paras pinggang. Menutupi bahagian belakang sehingga ke paras punggung. Nampak sangat manis!

Biarpun tampak ringkas, padanan tudung dan jubah tetap memperlihatkan kreativiti pemakainya dalam membuat pilihan.

SUMBER:MUHAMMAD NAIM


from Jom Dakwah http://ift.tt/2gK3yWA
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment