Sunday, 15 January 2017

Cara Tidur Dengan Betul Yang Boleh Kita Amalkan

 

DALAM  An-Naba', ALLAH turut menyebutkan perihal tidur yang menjadi tanda kekuasaannya. Firman-Nya: "Kami menjadikan tidur itu sebagai satu kerehatan." (Surah An-Naba': 9)
"Tidur adalah waktu di mana otak dapat berehat setelah menempuh seharian bekerja. Tidur ada disiplinnya. Semakin baik tidur semakin baiklah kesihatan.

"Disiplinnya adalah waktu tidur yang baik, tidur yang harus dijauhkan dan faedah bangun pada awal waktu. Tidur yang baik adalah tidur bermula setelah Isyak. Dibuktikan saintis, tidur yang baik adalah tidur tiga jam pada awal malam.

"Kerana tidur ketika ini tidur yang nyenyak, selebihnya tidur yang dapat dengar suara di sekeliling. Melalui kelenjar pineal, badan manusia menghasilkan sejenis hormon bernama melatonin. Bermula dari 10 malam hingga 6 pagi.

"Hormon ini yang menyebabkan mengantuk apabila ia merangsang hipothalamus (bahagian otak). Kadar melatonin yang optimum dalam darah pada jam 1.30 pagi hingga 2 pagi. Selepas itu kadarnya mulai menurun dan berada pada tahap paling rendah apabila bangun dari tidur pada jam 6 pagi," katanya.

Menurutnya, tidur di tengah hari adalah sunnah Nabi SAW dan ia adalah suatu yang saintifik lagi relevan pada hari ini. Tidurnya hanya sekejap tujuannya untuk kesegaran tubuh agar dapat melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

TIDUR LAMA JADI LUPA
Waktu tidur yang dijauhkan adalah tidur terlampau lama iaitu melebihi lapan jam pada waktu siang atau malam, ukurannya berbeza mengikut umur. Tidur selepas Subuh, tidur selepas Asar dan tidur selepas Maghrib. Ini akan menyebabkan penyakit lupa.

"Orang yang tidur terlampau lama mengakibatkan denyutan jantungnya menjadi lambat dan menyebabkan salur darah tersumbat dan tidur selepas Subuh sehingga matahari terbit menyebabkan dia terlepas merasai gas ozon.

"Dalam Surah Isra', ALLAH menjelaskan kelebihan orang yang bangun awal lalu mengerjakan solat dan membaca Quran disaksikan malaikat dan orang yang mengerjakan solat dua rakaat lebih baik dari dunia dan seisinya," hurai Ustaz Khairul Ni'mat lagi.

Menurutnya, Islam menggariskan kedudukan tidur digalakkan dan tidak digalakkan antaranya, kita digalakkan tidur mengiring ke kanan sebagaimana diriwayatkan Barra' bin 'Azib RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila hendak tidur di tempat perbaringan hendaklah berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis ini mengajar umat Islam supaya baring mengiring sebelah kanan.

TIDUR DILARANG
Tidur meniarap dilarang Islam. Abu Hurairah RA meriwayatkan dari Rasulullah SAW. Baginda SAW melihat seorang lelaki meniarap. Lalu Baginda SAW bersabda: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai ALLAH dan Rasul-Nya." (Riwayat Tirmizi & Ahmad)

Beliau turut memetik  petikan Dr Zafir Al-Attar yang berkata: "Tidur menelentang menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah. Seeloknya hidung yang bernafas kerana terdapat bulu-bulu dan hingus menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah disediakan untuk memanaskan udara, Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selesema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menjadi radang.

"Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit paru-paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru-paru kiri. Ini memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang tua.

"Lihat perbandingan tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke kiri. Kajian menunjukkan makanan yang melalui perut ke usus mengambil masa antara dua setengah hingga empat setengah jam apabila tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa antara lima hingga lapan jam bagi proses yang sama," ulas beliau.

Katanya lagi, tidur yang terbaik adalah dengan mengiring ke kanan kerana paru-paru kiri lebih kecil daripada paru-paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda ringan. Hati juga dalam kedudukan stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
 
PADAMKAN LAMPU
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda: "Matikanlah lampu pada waktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian." (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Tidur malam dalam bilik yang gelap bermanfaat. Ahli biologi, Joan Robert mengatakan tubuh menghasilkan hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat.

"Malangnya, hormon melatonin ini tidak muncul jika tidur malam hari dengan lampu menyala. Adanya cahaya membuatkan pengeluaran hormon melatonin berhenti. Mematikan lampu ketika tidur pada malam hari bukan hanya menjimatkan elektrik tetapi juga meningkatkan kesihatan tubuh," kata beliau yang merujuk buku Ensklopedia Mukjizat al-Quran: Ayat-ayat ALLAH pada manusia dan alam semesta karya Dr Ratib Nabulsi.

Menurutnya, pengamal kesihatan dan penulis buku Avoiding Cancer One Day At A Time, Lynne Eldridge MD mengatakan perempuan buta 80 peratus kurang risiko terkena kanser payudara berbanding perempuan sihat.

Faedah tidur di malam hari dengan mematikan lampu juga diteliti saintis dari Inggeris dan Israel. Penyelidik mendapati, ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, boleh menyebabkan ekspresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser. Saintis mendakwa jika seseorang terbangun di malam hari dan menyalakan lampu selama beberapa saat, boleh menyebabkan perubahan biologi yang mungkin mengarah ke kanser.

Indahnya al-Quran kerana dalamnya terdapat banyaknya rahsia yang tersurat dan tersirat. Ibrah, tadabbur dan tazakkurlah kalam ALLAH ini.

Sumber: Kosmo


from Jom Dakwah http://ift.tt/2iqGyP4
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment