Tuesday, 24 January 2017

CARA ‘MEMAGAR’ BANGUNAN & KAWASAN (Kaedah Ikhtiar Muslim)


‘MEMAGAR’ RUMAH (BAHAGIAN DALAM)
1. BIASANYA dilakukan pada waktu malam.
.
.
2. Mulakan dengan azan/ iqamah di tengah rumah. Cukup dengan suara perlahan.
.
.
3. Seorang duduk di tengah rumah, baca surah Al-Baqarah. Bacaan diteruskan sehinggalah tamat proses ‘memagar’. Tak perlu dihabiskan keseluruhan surah Al-Baqarah, tapi jika dapat diteruskan hingga habis lebih baik.
.
.
4. Seorang lagi berperanan sebagai tukang renjis. Berdiri di tepi mana-mana dinding dengan bahu kanan menghala ke dinding. BIASANYA dimulakan dengan dinding kanan rumah (Berdiri di dalam rumah menghadap pintu utama rumah, tengok sebelah kanan. Dinding itulah yang dimaksudkan). Jarak di antara dinding dengan perenjis lebih kurang 2-3 kaki.
.
.
5. Perenjis berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan (dengan bahu kanan menghala ke dinding) ke setiap dinding. Sampai ke pintu-pintu bilik, masuk ke dalam bilik, lalu kesemua dinding dan keluar. Terus berjalan sehinggalah sampai ke tempat mula.
.
.
6. Cara merenjis – Paling mudah gunakan botol ‘spray’. Sambil berjalan, sembur sahaja. Boleh juga air yang sudah diruqyah di isi dalam sebuah bekas dan direnjis dengan tangan (tapi melenguhkan). Celup tangan dalam air, renjis dari kiri ke kanan (ke arah dinding). Sedikit renjisan pun sudah cukup, ambil syarat sahaja. Kalau tidak nanti habis basah dinding, lantai dan perabot.
.
.
7. Sambil merenjis, bacakan apa-apa ayat Al-Quran ataupun doa berterusan. BIASANYA orang suka baca Ayat Kursiy. Boleh saja jika hendak baca 3 Qul, surah Al-Fiil, doa-doa dan ayat-ayat yang lain.
.
.
8. Setelah sampai ke tempat mula tadi, pandang ke arah bumbung. ‘Spray’/ renjis sekali, sekadar ambil syarat memagar bahagian atas.
.
.
9. Bahagian (dinding) dalam tandas dan bilik air tidak direnjis. Cukup dengan merenjis di depan pintu tandas sahaja.
.
.
InsyAllah rumah akan terpelihara dari gangguan jin & syaitan.
.
.
Nak ke saya kongsikan cara pagar rumah / kedai dari luar pula?? InsyAllah akan datang saya akan tulis berkenaan cara pagar rumah dari luar.
.
.
Silakan SHARE untuk manfaat orang ramai di luar sana.


from Jom Dakwah http://ift.tt/2jrXam5
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment