Dilahirkan pada 7 Julai 1966 di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pendidikan:
Mendapat pendidikan agama, bahasa arab & akademik selama 7 tahun di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah (1979-1985) sehingga memperolehi Sijil Empat Senawi.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Pengajian Islam & Bahasa Arab.
Kerjaya:
Sering muncul di TV sebagai panel jemputan Forum Perdana TV1, Al-Kuliyyah, Motivasi Pagi, Al-Hidayah, Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, Halaqah TV9 dan sekarang aktif mengacarakan program yang diminati ramai iaitu rancangan Semanis Kurma TV9 bersama suaminya Ustaz Wan Akashah Bin Wan Abdul Hamid.
Sentiasa mendapat undangan ceramah, membentang kertas kerja dan seminar di seluruh Semenanjung, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei. Telah melahirkan lebih 40 album pelbagai tajuk ceramah agama, motivasi dan tip dalam bentuk VCD, CD dan kaset.Telah menulis 14 buah buku motivasi dan agama.
Beliau merupakan Panel Tetap Yayasan Pembangunan Keluarga, Negeri Terengganu dan Rumahku Syurgaku Negeri Melaka.
Anugerah:
Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’pada tahun 2008.
Dianugerahkan “Outstanding Award Achievement” dalam penjualan album daripada Telaga Biru Sdn. Bhd pada tahun 2005.
Memperkenalkan Teknik Cakar Harimau dan Urutan Labah-labah 2004.
Anugerah Pilihan Pembaca 2009 Popular/Berita Harian tempat kedua buku bertajuk Hadiah Buatmu Muslimah.
Anugerah Pilihan Pembaca 2010 Popular/Berita Harian tempat pertama buku bertajuk Rahsia Minda Hebat.
Anugerah Pilihan Pembaca 2010 Popular/Berita Harian tempat ketiga buku bertajuk Mak Abah Redhailah Anakmu.
Dicalonkan untuk Anugerah Pengacara Tv Paling Popular/Berita Harian 2008 dan 2009.
Juri Gadis Melayu Tv 9 tahun 2008.
Juri Islamic Festival Fashion 2009.
Juri Adik-Adikku Tv 1 2009.
Duta Syarikat Ana Edar 2007 hingga 2009.
Duta Bio-Pearl skin care 2006.
Jurucakap Halal SAFI 2008 hingga 2009.
Duta produk IMTIYAAZ 2010.
Duta Anak Angkat Palestin 2009.
from Jom Dakwah http://ift.tt/2jufmvR
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment