Thursday, 19 January 2017

Hukum Orang Bertatu Jika Telah Bertaubat


Di dalam sebuah hadits Rasulullah SAW. bersabda:

“Sesungguhnya Allah memaafkan dari ummatku, kesalahan, kelupaan dan segala sesuatu yang dipaksakan atasnya.” (HR. Hakim dari Ibnu Abas).

Menato badan hukumnya memang haram, bukan bererti orang yang bertato tidak wajib solat. Mungkin ada yang beralasan tidak sah solat orang yang bertato kerana tato dianggap
menghalangi air ke kulit ketika bersuci (wuduk dan mandi junub), sehingga bersucinya tidak sah. Sekilas memang pernyataan ini seolah-olah benar, padahal tidak tepat.

Sebab,

1. Allah Maha Menerima Taubat hamba-hamba-Nya.

2. Solat lima waktu hukumnya wajib.

3. Kalau menghapus tato itu mudah dan tanpa menyakiti badan maka harus dihapus, tetapi kalau menghapusnya harus dengan menyakiti badan, dengan disetrika misalnya, atau dengan memberikan cairan yang menimbulkan rasa sangat sakit, tentu ini justru perbuatan yang dilarang dalam Islam, oleh itu Allah SWT berfirmanyang bermaksud, “Dan janganlah kalian melemparkan diri kalian dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah ayat 195).

4. Ada beberapa kaedah usul yang membenarkannya, diantaranya;

a. Meninggalkan syarat lebih baik daripada meninggalkan kewajiban,

b. apabila terdapat dua bahaya dalam dua pilihan, maka pilihlah bahaya yang lebih ringan.

Berdasarkan beberapa alasan diatas, maka orang yang terlanjur bertato kemudian ia bertaubat dengan taubatan nasuha lalu melaksanakan solat maka insya Allah taubat dan solatnya diterima oleh Allah SWT.

Di samping itu semua bahawa Islam adalah agama rahmatan lil alamin, agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan tidak ada ajarannya yang bertentangan dengan akal sihat.

Betapa sulitnya manusia, sekiranya keinginan kuatnya ingin bertaqarrub kepada Allah SWT tidak boleh tercapai hanya gara-gara tato yang sulit dihapus. Padahal Allah Maha Pengampun, Maha Pemaaf dan Maha Menerima taubat. Wallahu A’lam.

Subhanallah, semoga bermanfaat.

from Jom Dakwah http://ift.tt/2iMT4DD
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment