#1 Biasakan Dulu Anak Solat Yang Lebih Mudah
Yaya bermula dengan solat maghrib. Ia diwajibkan setiap hari sampai dia sudah terbiasa dengan rutin itu. Sehingga dia tahu, solat itu ‘part of her daily life’.
Pada peringkat awal saya tak minta dia solat semua. Hanya maghrib. Sebab saya taknak anak rasa terbeban sampai tak suka dengan ‘solat’. Bayangkanlah, tak pernah solat tetiba kena solat 5 waktu.
#2 Sambung Pula Dengan Solat Yang Lain Sekiranya Sudah Terbiasa
Bila anak sudah ada idea dan biasa dengan solat, sambung pula dengan solat lain yang juga mudah: solat isyak. solat zohor dan asar. Insha Allah bab ini tidak sukar.
#3 Terangkan Kepada Anak Anda Sebab Solat Subuh
Untuk solat subuh, berikan anak kefahaman dulu kenapa dia perlu bangun pagi dan solat subuh. Apa yang anak akan dapat bila dia melakukannya. Apa kaitan solat subuh dengan hariannya.
#4 Solat Bersama Sama Anak
Bila anak dah faham ‘the why factor’, ajak anak solat bersama-sama kita. Nyatakan stepnya satu persatu: mandi, take wuduk, etc. Sebab ini adalah pengalaman pertama anak. Jadi step perlu jelas untuk mereka.
#5 Puji Anak
Bila anak memberikan kerjasama yang baik, wajib puji mereka. Siap peluk siap cium bagai. Biar anak tahu yang kita semakin sayang dia bila dia suka solat.
Kalau anak menunjukkan aksi ‘liat’, beri mereka galakan. Anak boleh buat, cuma maybe mereka tak biasa lagi. Tak faham lagi. Sebab ia adalah perkara baru untuk mereka. Jadi tugas kita ialah teruskan mengajak dengan memberi galakan.
Puji perubahan kecil yang mereka lakukan.
#6 Consistency Itu Penting
Ajak anak solat subuh setiap hari walaupun hari tu kita dah lambat. Walaupun kita perlu keluar lebih cepat. Supaya anak faham, solat subuh ni mesti dilakukan setiap hari, sama macam dia mesti makan, tidur.
Walaupun terkejar-kejar waktu, lakukan dengan cara yang bahagia. Supaya anak nampak solat subuh ni best. Ada zikir. Zikirlah seronok seronok, happy-happy, walaupun dalam hati ‘alamak, dah lambat sikit’. Anak akan nampak ia best sama macam mereka happy kalau dapat main di playground.
#7 Berdoa Kepada Allah
Kita mak ayah cuba yang terbaik, tapi kita pun tahu hidayah ni dari Allah. Yang buka hati anak untuk suka solat adalah Allah. Jadi kita serah kepadaNya. Selepas solat, saya akan doa, antaranya:
“O Allah, thank you bagi anak mama suka solat subuh. Please help yaya untuk bangun happy, solat subuh happy everyday. Thank you Allah”
dan ia sengaja di nyatakan dengan jelas supaya anak dengar dan dia juga meng-amin-kannya.
“We do the best, nanti tahulah Allah uruskan the rest”
Saya yakin ibu bapa lain juga punya pengalaman atau tips masing-masing dalam hal ini. Yang dikongsikan di sini hanya berdasarkan pengalaman saya meminta yaya solat subuh dan alhamdulillah, dia solat dengan gembira.
Jika anda juga punya pengalaman dan tips, mohon share kan juga semoga kita semua boleh mendapat manfaat dari nya. Mudah-mudahan Tuhan membantu kita semua mendidik anak-anak, dan menjadikan mereka manusia luar biasa: yang dalam hatinya ingat Tuhan, yang luarannya juga hebat sebagai khalifahNya.
Sumber : http://www.bidadari.my
from Jom Dakwah http://ift.tt/2hb5XJm
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment