Artikel ini datang sumbernya daripada blog Dr Hamit Arshat yang merupakan pakar mengenai kehamilan dan sakit puan.
——————————————————————————————————–
Daripada senggugut boleh membawa kepada Endometriosis. Oleh itu, jangan pandang ringan senggugut atau sakit ketika haid, sama ada masih gadis atau wanita belum kahwin. Jika sudah kahwinpun masih lagi ada senggugut, ini mungkin menandakan adanya penyakit endometriosis.
Tidak semua senggugut pada gadis atau wanita belum kahwin dikaitkan dengan penyakit. Malah kebanyakkan disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat akibat pintu rahim sempit dan selepas kahwin senggugut jenis ini akan hilang
Lihat gambar. Pesakit ini telah berkahwin lebih daripada tiga tahun tapi masih tidak pernah hamil. Setiap bulan akan mengalami senggugut teruk. Berdasarkan gambar dari teropong laparoscopy, kelihatan rahim didepan dan usus dikelakang. Kelihatan ovary berwarna putih dan didalamnya ada endometriotic cyst. Pada dinding rahim pula ada tumbuhan fibroid.
Lihat darah kotor warna coklat kehitaman, yang terkandung dalan endometriotic cyst dalam ovary (warna putih).
Kandungan endometriotic cyst – darah kotor- ia juga digelar dengan nama ‘chocolate cyst’
Penyakit endometriosis merosakan organ peranakan. Dalam kes pesakit ini, ovarynya rosak akibat dari reaksi inflammation/radagan, timbul adhesion dan scarring yang boleh melanda kilang ovary dan saluran fallopian dan dinding belakang rahim. Seringkali juga saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini menyukarkan proses percantuman benih lelaki dan telur permpuan.
Dalam situasi yang teruk, rahim menjadi rosak dan tumbuhan adenomyosis timbul menyebabkan senggugut yang amat sangat.
Adenomyosis, rahim bengkak macam 3 bulan mengadung. Lihat gambar diatas, saya belah rahim dan kelihatan dinding rahim jadi sangat tebal akibat adenomyosis.
Sesiapa yang mengalami senggugut, sukar hamil atau sering gugur, perlu jumpa pakar sakit puan utuk pemeriksaan dan scanning. Jika ada retroverted uterus, kemunkinan besar dia ada penyakit endometriosis.
Bedah laproscopy adalah sangat penting untuk mengsahkan dan seterusnya merawat penyakit endometriosis, Kedudukan rahim yg retroverted perlu diperbetulkan waktu laparoscopy , jika ada cyst. Ia perlu dibuang, jika saluran sumbat perlu dibetulkan dengan ‘tubal repair’ dan jika ada adhesion perlu lakukan ‘adhesionolysis’ semuanya dilakukan sekali gus.
Mengapa perlu diambil tindakan awal?
Penyakit endometriosis bila sudah bertapak biasanya akan berterusan dan tidak berkesudahan.
Selain faktor rahim retroverted, faktor kelemahan immunity sangat penting. Perkara-perkara yang melemahkan immunity ialah stress (fizikal, mental dan emosi) dan ia sering meningkat bila gadis mula bersekolah, pergi kolej atau university.
Stress juga meningkat dalam tempat kerja. Pemakanan tidak berkhasiat dan kurang berzat juga boleh melemahkan imunity.
Jangan pandang ringan bawa anak-anak gadis yang senggugut. Jumpa pakar wanita untuk scanning dan nasihat sewajar.
Sumber : http://www.bidadari.my
from Jom Dakwah http://ift.tt/2me2bUV
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment