Thursday, 1 June 2017

Ketika Ibu Bukan Muslim Membawa Masuk Anaknya Ke Dalam Masjid

Related image

SEORANG ibu bukan muslim membawa masuk anaknya dalam sebuah pengajian di salah satu masjid di Paris.

Masuklah sang anak ke dalam masjid sendirian. Sang imam masjid bertanya: "Di mana ibu bapa kamu?"

Anak: "Ibu saya menunggu di seberang jalan sana."

Lanjut si anak: "Ibu saya ga mungkin masuk kerana beliau bukan muslimah."

Buru-buru sang imam keluar masjid dan menemui ibu tersebut di seberang jalan.

Ibu tersebut paham sang imam butuh penjelasan. Ibu ini mengatakan pada Imam: "Tetangga saya muslim. Setiap berangkat sekolah anaknya mencium tangan kedua ibu bapanya. "

Lanjut si ibu: "Saya melihat setiap hari kebahagian bersama keluarga tersebut."

"Di negeri ini saya ga pernah melihat muslim sanggup memasukkan ibu bapa mereka ke rumah orang tua."

"Mohon imam terima anak saya belajar keislaman di masjid ini."

"Semoga anak saya melayan saya nanti seperti anak-anak muslim lain melayan ibu bapa mereka.". 


from Detik Islam http://ift.tt/2rqCtLY
via Masa Untuk Islam

Lebih Utama Bersedekah ke Orang Miskin atau Bersedekah ke Kerabat Terdekat? Ini Jawapannya..


Sebenarnya Lebih Penting untuk mendahulukan yang mana, bersedekah ke Orang Miskin atau memilih bersedekah ke kerabat terdekat? Pertanyaan ini mungkin saja dirasa ringan dan gampang. Tapi pada nyatanya, sebagian besar kaum muslim yang belum paham memilih untuk lebih mendahulukan memberikan sedekah ke fakir miskin daripada bersedekah ke keluarga atau kerabat terdekatnya sendiri.

Lebih Utama Bersedekah ke Orang Miskin atau Bersedekah ke Kerabat Terdekat? Ini Jawapannya..

Tiap-tiap perintah sedekah serta infak yang ada pada Al-Qur’an, senantiasa mrnyebutkan yang mula-mula kali disebutkan untuk bersedekah ke kerabat terdekat.

Seperti yang dijabarkan pada ayat Al-Qur'an berikut ini :

 “….dan memberikan harta yg dirinya cintai pada karib-kerabat…..” (QS. Al Baqarah 177)

 “Dan berikanlah ke karib-kerabat akan haknya dan orang miskin….” (QS. Al Isra 26)


Serta tidak sedikit ayat-ayat lain dalam Al-Qur'an yang bernada sama dengan ayat di atas.

Apabila dicermati, ada pesan yang teramat mutlak agar kita amalkan, yaitu mendahulukan kerabat terdekat alias orang terdekat kita untuk diberikan infak atau sedekah serta berbagai wujud amal kebaikan lainnya. Sebelum kita berikan pada orang lain, kita mesti lihat apakah ada di antara orang terdekat kita yang masihlah membutuhkan bantuan kita, ataukah seluruhnya telah sejahtera, tak butuh disantuni lagi.

Teramat miris jikalau satu orang mempunyai harta yang berlimpah sehingga dirinya dapat menyantuni orang lain, dan dirinya amat perduli dengan permasalahan sosial yang ada di lingkungan dirinya, sangat gampang berikan sedekah ke fakir miskin, anak yatim serta beraneka wujud amal sosial yang lain, namun sayang beribu sayang dirinya teramat cuek serta pelit pada saudara kandungnya sendiri. 

Mungkin dirinya merasa pemberian dirinya ke keluarga serta kerabat terdekatnya tak akan memperoleh imbalan pahala. Sesungguhnya itulah yang lebih besar imbalan pahalanya di mata Allah. Makanya pemahaman seperti ini perlu dibenarkan.

Bukankah sangat memilukan, kalau seseorang tinggal di hunian yang bagai istana, sedangkan di saat yang sama saudara atau kerabatn kandungnya tinggal di hunian HTSS (Hunian Teramat Sederhana Sekali). Bukankah kita akan mengernyitkan alis kala ada seorang yang memiliki harta berlimpah, keluar dari sebuah mobil mewah lalu seorang ajudan membukakan pintu untuknya, berpindah dari sebuah gedung megah nan mewah ke gedung megah nan mewah berikutnya, tetapi saudara atau kerabatnya hanya jadi kuli alias babu yang siap tidak siap harus mau diperintah-perintah dengan menggunakan suara tinggi sambil diperlakukan dengan tidak layak, wajahnya penuh ketakutan, kepala tertunduk lesu sertapun tubuh yang harus membungkuk setiap kali majikannya memerintahkan sesuatu.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“….Hai ummat Muhammad, atas nama Allah yang sudah mengutusku dengan fakta, Allah tak akan menerima sedekah dari diri yang memiliki kerabat yang membutuhkan pertolongannya, sementara dirinya memberikan sedekah atau pertolongan tersebut ke orang lain. Serta demi Allah yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, Allah tak mau melihatnya di hari akhir kelak”.(HR. Thabrani)

Nabi Muhammad SAW juga men-sabda-kan :

“Sedekah ke orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan ke karib (saudara dekat) nilainya setara dua, nilai sedekah serta nilai menjalin hubungan saudara”.

Ada pesan utama yang amat sangat penting disini :

“Bila dirimu adalah orang yang mempunyai kelebihan harta, dahulukan kerabat terdekat alias orang terdekat kita yang mula-mula sekali merasakan kelebihan harta kita tersebut. Sebelum kita berikan pada orang lain, kita mesti lihat apakah ada di antara orang terdekat kita yang masihlah membutuhkan bantuan kita, ataukah seluruhnya telah sejahtera, tak butuh disantuni lagi. Orangtuamu, anak-istrimu, saudara sekandunganmu, barulah yang lainnya. Jangan dirimu HAUS pujian dari orang sekitarmu yang bukan orang terdekatmu"


from Jom Dakwah http://ift.tt/2qGjj3n
via Kuliah Islam

Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa Ramadhan Lalu, Ini Cara Betul Untuk Buat Kiraan Jumlah Fidyah Yang Perlu Dibayar


Pasti masih ada antara kita umat Islam diluar sana yang masih belum menggantikan puasa lepas dan puasa lalu yang pernah ditinggalkan.

Tahukah anda bahawa puasa bulan Ramadhan adalah wajib, jika kita tinggalkannya, wajib untuk diganti pada hari bulan lain sebelum Ramadhan akan datang tiba.

Jika kita gagal menggantikan puasa lalu yang ditinggalkan selepas Ramadhan baru tiba, kita wajib membayar Fidyah.

Bagaimana handak kira jumlah Fidyah kita? jom kita baca.


Dalam tahun 2017 Masihi bersamaan 1438 - 1439 Hijriah.

Secupak beras = 675 gram (RM1.80).
Satu gantang bagdad = 2.7kg.

MENJELANG bulan puasa, satu perkara yang selalu menjadi kemusykilan kaum wanita adalah kiraan fidyah kerana tidak sempat menggantikan puasa.

Bagi yang ragu-ragu tentang perkara ini berikut di kongsi penjelasan cara kiraan fidyah yang diambil dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tapi sebelum itu baca juga penjelasan mengenai fidyah untuk pengetahuan kita.

Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur membayar Fidyah

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri atau pejabat zakat negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab dikenakan fidyah

1. Uzur menunaikan puasa wajib.

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

Contoh :

Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00

2. Perempuan hamil.



Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)

3. Ibu yang menyusukan Anak.

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

Contoh :

Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

15 hari X RM1.80 = RM27.00

Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

4. Orang yang telah meninggal dunia.


Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

13 hari X RM1.80 = RM23.40

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’).

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Contoh :

En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)

Taksiran fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah.

Kadar bayaran fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

*Jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

Nota: Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun

*Perlu diingat, walaupun sudah membayar fidyah, puasa tetap kena ganti, wajib..


from Jom Dakwah http://ift.tt/2rZSRFU
via Kuliah Islam

Fidyah Puasa dan Solat Orang yang Uzur


Salam

Saya ada sedikit kemusykilan ttg ibu yg sudah terlalu uzur... bagaimana dengan solat-solat & puasanya yang terdahulu???

Adakah kena digantikan semula atau memadai dengan bayar fidyah sahaja??? atau kena buat kedua-duanya sekali.

Mohon penjelasan ustaz.
Terima kasih

************************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Berikut kami petik fatwa yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi :-

Bagi wanita yang hamil adalah wajib berpuasa semasa kehamilannya melainkan jika ia takut ia akan membahayakan dirinya atau kandunganya (janin), maka didalam keadaan ini dia boleh berbuka (tidak berpuasa) dan menqadha' puasanya setelah melahirkan anak dan bersih daripada nifas" - Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah (10/226)

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh, WAJIB keatasnya QADHA', kerana puasa itu wajib bagi setiap orang Islam, malah bagi orang yang Musafir dan Sakit, Allah mewajibkan agar melakukan puasa pada hari-hari yang lain. [al-Sharh al_Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 3/31-32].

Persoalan, apakah perlu seseorang itu membayar fidyah? Ulama' khilaf berkenaan dengan huum fidyah. Berikut kami petik jawapan Ustaz Abu Umair berkenaan dengan isu ini.

SJ-08-0047 : Fidyah Kepada Fakir & Miskin wrote:permasalahan tidak qadha' puasa sehingga masuk ramadhan yg lain. adakah kena bayar fidyah? ada khilaf;

1) Mazhab Malik, syafie, Ahmad: kena bayar fidyah.
2) mazhab ABu Hanifah: Tidak dikenakan fidyah.
rujukan: Majmuk 6/366, al-Mughni 4/400.

Pendapat yg kuat ialah Mazhab Hanafi: Tidak dikenakan fidyah. Dipilih oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya. Imam Bukhari menukilkan kalam setengah sahabat Ibn Abbas dan Abu Hurairah yg mengenakan fidyah jika lewat qadhak hingga masuk ramadhan lain. kemudian Bukhari berkata: Dan Allah tidak menyebut tentang fidyah.

Syeikh Uthaimin juga mentarjihkan pandangan ini, kerana TIADA DALIL dari quran dan sunnah yg mewajibkan fidyah. yg ada hanya pendapat sebahagian sahabat. dan kalam sahabat sekiranya bersalahan dengan zahir Quran, maka ia bukan hujjah. Oleh itu kalam Abu hurairah dan Ibn Abbas ditafsirkan dengan makna: sunat beri fidyah.
syarah mumti' oleh uthaimin 6/451.

TETAPI,
jika anda memilih pandangan yg mewajibkan fidyah, maka boleh diberikan keseluruhannya kepada seorang fakir miskin, sebagaimana fatwa sesetengah ulama. lagipun, tiada dalil khas berkaitan dengan masalah ini.

Ibu anda hendaklah mengqadha' 30 hari puasa yang ditingalkan. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi berpendapat bahawa fidyah itu adalah mustahab (digalakkan) dan bukan wajib [Fiqh al-Shiyam, ms 76]. Ibn Qudamah rh berpendapat bahawa bagi mereka yang ingin melakukan fidyah, maka tidak perlu menggandakan bayaran menurut tahun yang ditinggalkan itu. WA.

Sekian, wassalam.

Sumber: http://ift.tt/2qEEBCA

from Jom Dakwah http://ift.tt/2shL8AC
via Kuliah Islam

Tiada Solat Witir 2 Kali Satu Malam


Salam

Ust..ana ada merima satu email dr seorang sahabat berkenaan dgn solat pembuka witir. Emailnya adalah seperti dibawah:
---------------------------------------------------------------------
Saya ada mendengar ceramah daripada Ustat Ismail kamus yang membincangkan isu nie. Menurut beliau :-

1- Memang benar witir 2 X satu malam tidak boleh malah haram... tapi harus di ingat solat witir boleh dilakukan 3, 5, 7 dan 9 rakaat bergantung kepada kemampuan seseorang itu tetapi tidak boleh dilakukan dalam bil yang genap.

2- Witir yang dimaksud 2X satu malam merujuk kepada, solat itu dilakukan 2X iaitu 3 rakaat + 3 rakaan = 6 rakaat ini sudah tentu tidak boleh kerana bil witirnya genap.

3-mememang benar dengan apa yang dihuraikan oleh ustaz pertama, iaitu sekiranya setelah kita witir 3 rakaat pada terawikhnya, Dan pada malamnya kita ingin bersembahyang tahjud maka kita boleh bersembahyang witir 1 rakaat bagi membolehkan witir itu genap (3 rakaat +1 rakaat=4 rakaat) maka disini kita belom lagi menutup witir tersebut. jadi bolehlah kita bersembahyang tahjud dan Etc.. selepas itu sekiranya kita ingin menutup kembali witir maka bolehlah kita bersembahyang witir 1 rakaat atau 3 rakaat lagi. maka disini witir kita adalah (4+1 = 5 @ 4+3=7 rakaat) maka telah tertutuplah witir kia.

sekiranya saudara perlukan penjelasan dan pasti akan kesahihan... bolehlah merujuk kepada guru ugama yang mutlak....

---------------------------------------------------------------------

Utk pengetahuan Ust...email ini adalah komen dr jawapan yg Ust Kamin berikan berkenaan dgn solat pembuka witir. Harap ust dpt menolong ana dlm menghuraikan masalah ini.Sekian Wassalam

******************
Salam

Saya pernah menjelaskan isu witir ini. Sebenarnya mmg terdapat perbezaan pendpt dikalangan ulama' mengenai kaedah berwitir. Namun mereka ijma' mengatakan tidak ada dua witir dalam satu berdasarkan hadis berikut:

1. Thalq Ibn Ali berkata, “Tiada dua witir dalam satu malam.”[HR Ahmad, Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa’iy. Disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga Albani. Menurut Imam Turmuzi, hadis ini Hasan.]

Saya lampirkan perbezaan pendpt mengenai perkara ini sepertimana yg pernah saya terangkan.

-----------
1. Thalq Ibn Ali berkata, “Tiada dua witir dalam satu malam.”[HR Ahmad, Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa’iy. Disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga Albani. Menurut Imam Turmuzi, hadis ini Hasan.]

2. Ibn Umar ra menerangkan bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Jadikanlah witir sebagai akhir sembahyangmu di malam hari.”[HR Jamaah kecuali Ibn Majah]

3. Ummu Salamah ra menerangkan, “Bahawasanya Nabi pernah mengerjakan 2 rakaat lagi sesudah witir.”[HR at-Turmudzi dan disahihkan oleh ad Daruthny]

Dalam riwayat Ahmad dan Ibn Majah terdapat perkataan, “sedang Nabi mengerjakan sembahyang itu sambil duduk.”

4. Dari Aisyah ra, “Bahawa Rasulullah saw mengucap salam sampai kita dapat mendengarnya, lalu bersembahyang 2 rakaat lagi sehabis bersalam tadi sambil duduk.”[HR Muslim. Albani juga mengatakan hadis ini sahih]

5. Said bin Musayyab menerangkan bahawa Abu Bakar dan Umar berbahas soal witir di depan Nabi saw. Abu Bakar berkata; “Aku bersembahyang sesudahnya aku berwitir. Apabila aku bangun aku bersembahyang genap2 sebelum subuh.” Umar pula berkata; “Aku tidur sesudah sembahayng genap, kemudian aku berwitir di akhir sahur.” Nabi berkata kpd Abu Bakar, “telah berhati2 yang ini” Dan kpd Umar pula, “kuat yang ini.”[HR Abu Sulaiman al-Haqaby]

Berdasarkan hadis pertama, jumhur ulama’ telah mengatakan bahawa hanya satu witir sahaja yg boleh dilakukan dalam satu malam. Adapun mengenai mengerjakan witir di awal waktu dan kemudianya melakukan lagi solat sunat selepasnya, terdapat perbedaan pendapat mengenainya di kalangan ulama. Secara umumnya terdapat dua kaedah sekiranya ingin melakukan solat sunat selepas dikerjakan solat witir iaitu:

1) Menggenapkan witir yang awal itu dgn melakukan satu rakaat dgn tujuan merosakkan witir yg awal itu. Kemudiannya dilakukan solat sunat serperti biasa dan diakhiri dgn witir yg baru. Ini merupakan pendapat Utsman, Sa’ad bin Malik, Ibn Umar, Ibn Abbas, Usamah ibn Zaid dan Urwah Ibn Zubair. Mereka berdalilkan hadis yg ke-2 di atas.
2) Witir yg dilakukan di awal waktu tidak perlu dirosakkan. Memadai witir tersebut dan tidak perlu diulangi lagi witir walaupun jika ingin melakukan solat sunat selepasnya. Pendapat ini dipegang oleh Abu Bakar, Ammar bin Yassir, Rafi’ bin Khudaij, Abu Hurairah, Talq bin Ali dan Aisyah ra. Manakala dikalangan Tabi’in ialah Said bin Musayyab, Al-Qamah, Asy-Sya’bi, Ibrahim an-Nakhaiy, Said bin Jubir, Makhul dan Hasan al-Basri. Ini juga merupakan pendapat Malik, Ahmad, Syafi’I, dan lain2 lagi.

Saya memilih pendapat yang kedua. Hadis 3,4 dan 5 menunjukkan bahawa boleh melakukan solat sunat walaupun telah dilakukan solat witir. Menurut Imam Nawawi, 2 rakaat yg dilakukan oleh Rasulullah saw selepas witir dalam keadaan duduk adalah bertujuan utk menerangkan keharusan dan tidaklah menjelaskan bahawa Rasulullah saw sentiasa melakukan. Ulama’ dan Muhaqqiqin dr kalangan ahli usul, kalimah ‘Kaana’ tidaklah semestinya membawa maksud sentiasa berlaku.

Persoalan yang seterusnya, yang manakah lebih afdhal, di awal dan di akhir malam. Kebanyakan ilmuwan memilih di akhir malam. Ibn Hajar al-Asqallani berkata bahawa witirnya Rasulullah saw di awal waktu adalah krn halangan utk bangun di akhir malam; Beliau berwitir di pertengahan malam bila beliau terbangun di waktu itu; seterusnya beliau melewatkan utk bangun di akhir malam ialah disebabkan waktu afdhalnya; sedang bersembahyang pada seluruh masa itu sebg menunjukkan keharusannya. Ibn Nasr mengatakan hadis ke-2 di atas menunjukkan hukum sunat bukannya wajib. WA.

sekian.
Wassalam
_________________
Assalamu'alaikum

Terima kasih Ustaz Gayat diatas respon diatas. Didalam fatwa Al-Lajnah Al-Daaimah Arab Saudi (no# 1835) mengenai soalan perlukan melakukan witir selepas melakukan witir selepas Isya' selepas selesai Solat Malam, katanya :-

السنة لمن أوتر في أول الليل وقام من آخره أن يصلي ما تيسر له شفعا دون وتر، لما ثبت عن النبي عند مسلم أنه صلى ركعتين بعد الوتر، ولما روى الإمام أحمد و أهل السنن إلا ابن ماجه عن طلق بن علي أن النبي قال: «لا وتران في ليلة».

"Sunnah untuk sesiapa yang berwitir diawal malam dan bersolat diakhirnya bagi apa yang mudah dilakukan tanpa witir (selepasnya), kerana telah thabit dari Nabi saw bersolat 2 rakaat selepas witir, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ahli sunan keculai Ibn Majah, dari Talq bin Ali bahawa Nabi saw bersabda : 'Tiada 2 witir didalam satu malam'"

Dikalangan mereka yang berpegang bahawa tidak perlu membatalkan witir adalah (fatwa no: 5310) :

وممن قال بعدم نقض الوتر وأنه لايوتر إلا مرة واحدة من الصحابة أبوبكر الصديق وعمار بن ياسر ورافع بن خديج وعائذ بن عمرو المزني وطلق بن علي وأبوهريرة وعائشة، رواه ابن أبي شيبة في المصنف عن سعد بن أبي وقاص، وابن عمر وابن عباس رضي الله عنهم أجمعين، وممن قال به من التابعين سعيد بن المسيب وعلقمة والشعبي وإبراهيم النخعي وسعيد بن جبير ومكحول والحسن البصري، روى ذلك ابن أبي شيبة عنهم في المصنف أيضا، وقال به من التابعين أيضا طاوس وأبومجلز ومن الأئمة سفيان الثوري ومالك وابن المبارك وأحمد، روى ذلك الترمذي عنهم في سننه، وقال إنه أصح ، ورواه العراقي عن الأوزاعي والشافعي وأبي ثور وحكاه القاضي عياض عن كافة أهل الفتيا، ولا نعلم دليلا ثابتا عن الرسول يخالف ماسبق .

"Dan dari mereka yang berkata tidak perlu dibatalkan witir, kerana sesungguhnya hanya ada satu witir sahaja didalam satu malam, dikalangan sahabat adalah Abu Bakar, Ammar bin Yassir, Rafi’ bin Khudaij, Abu Hurairah, Talq bin Ali, Abu Hurairah, riwayat dari Sa'ad bin Abi Waqas, dan Ibn Umar dan Ibn Abbas.Dikalangan Tabi’in ialah Said bin Musayyab, Al-Qamah, Asy-Sya’bi, Ibrahim an-Nakhaiy, Said bin Jubir, Makhul dan Hasan al-Basri. Ini juga merupakan pendapat Malik, Ibnu Mubarak, Ahmad, dan riwayat Tirmudzi dari mereka didalam sunannya, dan berkata sesungguhnya ini lebih benar, dan Al-Iraqi meriwayatkannya dari Al-Awzaahi, Syafie, Abi Thur, Qaadhi Iyad dan dari keseluruhan ahli agama, dan tidak diketahui dalil yang menunjukkan Rasulullah saw tidak menyetujui apa yang berlaku sebelum ini"

Untuk memudahkan kita, fatwa diatas menjelaskan bahawa jumhur berpegang kepada tidak ada witir didalam satu malam. Jika kita ingin melakukan solat selepas witir, contohnya Qiam Al-Lail, adalah dibenarkan melakukannya tanpa perlu mengulangi witir kembali. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Tirmudzi, inilah pandangan yang paling benar. Dan pada kami, inilah pandangan yang paling mudah untuk difahami dan disepakati ramai ulama'. Wallahu'alam.

Sumber: http://ift.tt/2rIcFhB



from Jom Dakwah http://ift.tt/2rIbaQf
via Kuliah Islam

Wednesday, 31 May 2017

3 Waktu Terkabulnya Doa Di Bulan Ramadan

Image result for berdoa

ADA tiga waktu terkabulnya doa di bulan Ramadhan. Raihlah keutamaan tersebut dengan terus memperbanyak doa. Lalu Bilakah masa datangnya tiga waktu tersebut?

Allah Ta'ala berfirman,

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran, "(QS. Al-Baqarah: 186 ).

Ibnu Katsir rahimahullah menerangkan bahawa masalah ini disebutkan di sela-sela penyebutan hukum puasa. Ini menunjukkan mengenai anjuran memperbanyak do'a ketika bulan itu sempurna, bahkan diperintahkan memperbanyak do'a tersebut di setiap kali berbuka puasa. (Tafsir Al-Qur'an Al-'Azhim, 2: 66).

Kenyataan yang dikatakan oleh Ibnu Katsir menunjukkan bahawa bulan Ramadhan adalah salah waktu terkabulnya do'a. Namun do'a itu mudah dikabulkan jika seseorang mempunyai keimanan yang benar.

Ibnu Taimiyah berkata, "Terkabulnya doa itu kerana benarnya i'tiqod, kesempurnaan ketaatan kerana di akhir ayat disebutkan, 'dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran," (Majmu'ah Al Fatawa, 14: 33-34).

Perihal Ramadhan adalah bulan do'a dikuatkan lagi dengan hadis dari Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu' anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan do'a, akan dikabulkan," (HR. Al Bazaar. Al Haitsami dalam Majma 'Az-Zawaid, 10: 14 mengatakan bahawa perowinya tsiqoh -terpercaya-. Lihat Jami'ul Ahadits, 9: 224)

Ada tiga waktu utama terkabulnya do'a di bulan Ramadhan:

1. Waktu sahur
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,

"Rabb kita tabaraka wa ta'ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, "Siapa saja yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, maka akan Aku ampuni, "(HR. Bukhari, no. 1145 dan Muslim, no. 758). Ibnu Hajar juga menjelaskan hadis di atas dengan berkata, "Doa dan istighfar di waktu sahur mudah dikabulkan." (Fath Al-Bari, 3: 32).

2. Saat berpuasa

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,

"Tiga orang yang do'anya tidak tertolak: orang yang berpuasa hingga ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do'a orang yang dizalimi," (HR. Ahmad 2: 305. Syaikh Syu'aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadits ini shahih dengan berbagai jalan dan penguatnya).

Imam Nawawi rahimahullah berkata, "Disunnahkan orang yang berpuasa untuk memperbanyak do'a demi urusan akhirat dan dunianya, juga ia boleh berdoa untuk hajat yang ia inginkan, begitu pula jangan lupakan do'a kebaikan untuk kaum muslimin secara umum," (Al -Majmu ', 6: 273).

3. Ketika berbuka puasa

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Ada tiga orang yang do'anya tidak ditolak: (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do'a orang yang dizalimi," (HR. Tirmidzi no. 2526, 3598 dan Ibnu Majah no. 1752. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadis ini hasan). Dalam Tuhfah Al-Ahwadzi (7: 278) disebutkan bahawa kenapa doa mudah dikabulkan ketika berbuka puasa iaitu kerana saat itu, orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri.

sumber islampos.com


from Detik Islam http://ift.tt/2soNa0Z
via Masa Untuk Islam

Hukum I’tikaf Bagi Wanita Haid

Image result for Hukum I’tikaf Bagi Wanita Haid


Pertanyaan:
Bismillah
Ustadz, apakah wanita haid diperbolehkan untuk i’tikaf? Kemudian, apakah jika seseorang yang beri’tikaf kemudian keluar dari masjid untuk keperluan mubah yang kurang syar’i, lalu ia ingin beri’tikaf lagi di hari yang tersisa, apakah ia kemudian berniat i’tikaf lagi?
Syukran jazakallahu khairan
Dari: Fitri

Jawaban:
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasullillah, wa ba’du
Ulama berbeda pendapat tentang hukum i’tikaf bagi wanita haid, nifas, atau orang junub.
Pertama,  haram dan tidak sah
Ini adalah pendapat mayoritas ulama (Fiqhul I’tikaf, Hal. 26).
Hanya saja, ulama hanafiyah menjadikan syarat suci dari haid atau nifas, untuk i’tikaf Ramdahan saja, kerana mereka berpendapat bahwa i’tikaf harus disertai puasa.
Kedua, wanita haid boleh i’tikaf dan hukumnya sah.
Ini adalah pendapat Madzhab Zahiriyah (al-Muhalla, 2:250). Pendapat ini juga dipilih oleh Syaikh Musthofa al-Adawi dalam Jami’ Ahkam an-Nisa’ (5:232).
Jika dipetakan, sejatinya perselisihan pendapat dalam masalah ini kembali pada perselisihan mereka tentang dua hal:
  1. Apakah dalam i’tikaf disyaratkan harus disertai puasa?
  2. Bolehkah wanita haid, nifas, atau orang junub duduk di masjid?
Bagi ulama yang mempersyaratkan bahwa i’tikaf harus dilakukan ketika puasa, mereka menegaskan bahwa wanita haid atau nifas dilarang melakukan i’tikaf. Sebagaimana pendapat hanafiyah (Hasyiyah Ibn Abidin, 2:442)
Demikian pula ulama yang mengharamkan wanita haid atau nifas atau sedang junub masuk masjid, mereka menegaskan terlarangnya melakukan i’tikaf.
Di sisi lain, hambali membolehkan orang junub duduk di masjid, dalam kesempatan yang sama, mereka melarang orang junub melakukan i’tikaf. Karena i’tikaf tidak hanya cukup duduk sebentar. Mereka berdiam di masjid untuk rentang waktu tertentu, semalam atau sehari.
Lebih dari itu, terdapat sebuah riwayat dari A’isyah, beliau mengatakan
كن المعتكفات إذا حضن أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم  بإخراجهن من المسجد
“Dulu para wanita melakukan i’tikaf. Apabila mereka haid, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk keluar dari masjid.” (riwayat ini disebutkan Ibn Qudamah dalam al-Mughni 3:206 dan beliau menyatakan: Diriwayatkan oleh Abu Hafs al-Akbari. Ibnu Muflih dalam al-Furu’ 3:176 juga menyebutkan riwayat ini dan beliau nisbahkan sebagai riwayat Ibnu Batthah. Kata Ibnu Muflih: “Sanadnya baik”).
Sehingga kesimpulannya, pendapat yang kuat adalah pendapat jumhur (mayoritas) ulama, bahwa i’tikaf bagi wanita haid atau nifas atau junub statusnya terlarang, sampai mereka suci dan bersuci.
Meskipun demikian, bagi anda yang sedang mengalami haid atau nifas di 10 malam terakhir bulan ramadhan, kami harap tidak berkecil hati apalagi muncul perasaan marah terhadap ketetapan Allah. Karena setiap mukmin bisa mendapatkan keutamaan lailatul qadar, meskipun dalam kondisi hadats. Wanita haid atau nifas bisa melakukan amal apapun selama bukan ibadah yang dilarang. Keterangan selengkapnya bisa anda simak di: http://ift.tt/2sm6XOG
Allahu a’lam

Sumber : konsultasisyariah.com




from Jom Dakwah http://ift.tt/2rU7lHr
via Kuliah Islam