Monday, 12 December 2016
Wanita, kanak-kanak Rohingya dikurung, dibakar hidup-hidup
RAKHINE 16 Nov. - Sekumpulan 30 wanita dan kanak-kanak Rohingnya semalam dilaporkan menjadi mangsa kekejaman baru tentara Myanmar di negeri Rakhine apabila dikurung dan dibakar hidup-hidup.
Perbuatan kejam itu dilaporkan berlaku di Kampung Yay Kahe Chaung Khwa Sone di utara Maungdaw yang memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan dengan tidak berperikemanusiaan sama sekali.
Menurut blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal.
Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan berkata, kekejaman terbaru itu hanya sebahagian dari penderitaan yang ditanggung olek etnik minoriti itu sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.
Pertubuhan itu juga mengutuk sekeras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajan dalam pelbagai bentuk, termasuklah pembunuhan beramai-ramai, rogol dan rampasan harta.
Pertubuhan itu juga berkata tentera Myanmar menggunakan helikopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya.
“Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.
“Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw,” jelas kenyataan badan itu.
Badan itu juga berkata sejak ketegangan meletus di Rakhine pada 9 Oktober lalu, angka korban Rohingya mencecah 350 orang manakal 300 yang lain cedera.
“Banyak gadis dan wanita dirogol sementara lelaki pula ditahan tanpa sebab kukuh,” kata baan itu.
Turut dilaporkan sebanyak 3,500 buah rumah dibakar atau dimusnahkan, yang mana menyebabkan hampir 30,000 penduduk hilang tempat berteduh.
Mengukuhkan dakwaan itu, kakitangan badan kebajikan dan pihak berkuasa Bangladesh menganggarkan, sebanyak 500 penduduk Rohingya dari Rakhine telah menyeberang ke negara tersebut sejak bulan lalu.
Mereka kini ditempatkan di empat buah kem berhampiran sempadan Bangladesh-Myanmar.
Bagaimanapun, pengawal sempadan Bangladesh semalam terpaksa menolak kemasukan sekumpulan besar pelarian Rohingya ke negara itu.
“Sebanyak 86 penduduk Rohingya cuba memasuki Bangladesh di Teknaf awal pagi semalam dengan menaiki bot. Mereka terpaksa diusir,” kata pegawai pemerintah tentera di Cox’s Bazar di timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.
Reuters melaporkan, kumpulan pelarian itu tidak mungkin berpatah balik ke kampung mereka yang masih dipenuhi tentera Myanmar.
Sumber: Utusan
from Jom Dakwah http://ift.tt/2gsGxV7
via Kuliah Islam
Labels:
Jom Dakwah,
Kuliah Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment