Pada zaman ini, penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. Ini sumber dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL.
Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan
- Lidah terasa tegang dan pendek.
- Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
- Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
- Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
- Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.
- Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
- Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
- Rasa keletihan sepanjang masa.
- Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
- Degupan jantung tidak menentu.
- Nafas terasa pendek.
- Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
- Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
- Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
- Walaupun sakit dada atau ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda tanda sakit jantung, sesetengah orang mungkin tidak alami sebarang sakit dada. Ada juga yang alami sedikit sakit di bahagian dada sahaja. Ada yang alami satu sahaja simptom, tidak kurang juga ramai yang alami beberapa simptom yang membuktikan serangan jantung sedang berlaku. Kami terangkan dengan lebih lanjut lagi.
RAHANG TIDAK SELESA
Antara tanda tanda sakit jantung yang sangat jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di bahagian rahang anda. Anda mungkin boleh rasa ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke rahang anda.
LEHER RASA TERBAKAR
Mereka yang pernah alami sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau bahu ke leher anda.
SAKIT DI BAHU
Antara tanda tanda sakit jantung yang seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti sakit biasa, berasa berat atau tekanan yang merebak dari dada ke bahu.
RASA BERAT DI BAHAGIAN DADA
Seterusnya, tanda tanda sakit jantung yang lain ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau tekanan di bahagian tengah dada. Sakit yang dirasa begitu teruk sehingga anda boleh merasa tidak sihat. Walaubagaimanapun, sakit dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-cucuk kebiasaannya bukanlah antara tanda tanda sakit jantung.
SAKIT BELAKANG
Sakit belakang juga merupakan di antara tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasai di antara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari dada ke bahagian belakang anda.
TIDAK SELESA PADA LENGAN
Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau kedua-dua belah lengan juga merupakan tanda-tanda sakit jantung. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke lengan anda.
RASA LETIH
Merasa letih yang amat sangat juga dialami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan risiko sakit jantung. Mereka memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang, seperti berjalan ke bilik air atau mengambil segelas cawan untuk minum.
Elakkan aktiviti bersukan yang berat. Jangan tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana main futsal buat pertama kali. Jangan sesekali abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini.
RASA LOYA
Selain daripada itu, anda juga mungkin mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh yang lama. Anda juga mungkin berasa pening di samping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga mungking dapat dirasai. Dan akhir sekali, anda mungkin berasa seperti semput atau alami kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan dengan seseorang yang perlu menarik nafas yang panjang disebabkan dada terasa seperti ketat atau sempit.
Ini sumber dari DEMC yang menyenaraikan tanda tanda sakit jantung dalam bentuk yang ringkas:
Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya.
Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa.
Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh.
BILA PERLU JUMPA DOKTOR?
Ini sangat penting!. Bila sudah ada tanda tanda sakit jantung, jumpa doktor dengan segera apabila :
- Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung.
- Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.
- Sakit yang kuat.
- Sakit dada apabila melakukan aktiviti.
- Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.
- Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.
- Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.
- Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.
- Sakit yang berubah sifat. Contoh: sakit yang semakin kerap.
SERANGAN SAKIT JANTUNG MENGEJUT
Andaikan sekarang sudah pukul 7:25pm dan anda dalam perjalanan balik seorang diri selepas hari bekerja yang luar biasa sibuknya. Anda benar-benar penat, gelisah dan kecewa.
Tiba-tiba anda rasa sakit yang menyucuk di bahagian dada yang mula menular ke lengan dan ke atas di bahagian rahang muka. Anda hanya 5 kilometer daripada hospital yg terdekat. Malangnya anda tidak pasti anda akan sempat sampai @ pun tidak ke hospital tersebut . Anda telah dilatih untuk melakukan CPR, tapi tidak diajar cara untuk melakukan CPR ke atas diri sendiri. Jika ada tanda tanda sakit jantung, apa perlu buat?
JADI, BAGAIMANA MENANGANI SAKIT JANTUNG BILA SEORANG DIRI?
Kebanyakan orang berseorangan ketika diserang sakit sakit jantung. Tanpa pertolongan, mereka yang menghadapi masalah ini – jantung berdegup tak menentu dan mula rasa hendak pitam, hanya mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.
Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam -dalam sebelum batuk dan batuk mesti lah dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yg ada jauh di dalam paru-paru.
Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang lebih kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau sehingga jantung berdegup normal semula.
Tarikan nafas yg dalam membawa oksigen ke dalam paru-paru & mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikan darah terus beredar.
Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membantu jantung berdegup dengan ritma yg normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan berupaya untuk ke hospital sendiri.
Jika anda alami salah satu atau beberapa tanda tanda sakit jantung di atas lebih daripada 10 minit sehingga 25 minit, segera berjumpa dengan doktor atau terus hubungi ambulans untuk membawa anda ke hospital.
Dikhuatiri jika anda lambat bertindak, anda boleh pergi buat selama-lamanya. Siapa mahu mati muda?
from Jom Dakwah http://ift.tt/2iMwQGc
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment