Thursday, 1 December 2016

Wanita Yang Mencipta Sejarah Dengan Menjadi Pembaca Berita Pertama Berhijab



Seorang wanita yang juga bekas wartawan melakar sejarah di negara ini apabila menjadi penyampai berita berhijab pertama di negara tersebut.

Ginella Massa, 29, membuat penampilan sulungnya dengan memakai tudung di dalam siaran CityNews pada minggu lepas.

"Sudah selesai! Malam ini bukan sahaja penting buat saya sahaja. Saya rasa belum pernah ada wanita bertudung menyampaikan berita di Kanda", katanya.

Ginella juga melakar sejarah sebelum ini apabila tampil melaporkan berita di lokasi sambil memakai tudung di Ontario pada 2015.

"Editor saya sendiri berkata: 'Ianya bagus! ini kali pertama di Kanada bagi wanita bertudung?', saya jawab ya.

"Saya juga tak menyangka reaksi yang saya bakal terima. Telefon saya tidak berhenti berdering sejak minggu lepas!" kata Ginella kegembiraan.

Sumber: SinarOnline

from Jom Dakwah http://ift.tt/2gKm5TP
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment