Sunday, 19 March 2017

'Hukum Jual Beli Kucing Adalah Haram Dalam Islam'



Pasti ramai terkejut, tapi ramai di kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing adalah haram.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu bahawa hukum jual beli kucing adalah haram.

Menerusi rakaman video programnya, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas), Fathul yang juga merupakan Exco Pemuda Umno berkata, larangan itu adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW.

"Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya orang Islam dibolehkan untuk membela haiwan tersebut cuma larangan itu hanya ke atas urusan jual beli haiwan itu sahaja.

"Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan ambillah," katanya.

Katanya lagi, larangan ini adalah perintah ALLAH, jadi apa yang perlu kita lakukan adalah cuma mentaati perintahNYA.

"Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH," katanya. -Sinarharian

Hukum Jual Beli Kucing Menurut Hadis

Sebahagian ulama melarang jual beli kucing, malah mengharamkannya. Ini merupakan pendapat Zahiriyah dan salah satu riwayat dari Imam Ahmad.

Ibnul Mundzir menyebutkan, bahawa pendapat ini diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

Diantara hadis yang mendukung pendapat ini adalah hadis dari Abu Az-Zubair, bahawa beliau pernah bertanya kepada Jabir tentang hukum wang hasil penjualan anjing dan Kucing. Lalu sahabat Jabir r.a. mengatakan;

"Nabi SAW melarang keras hal itu." Hadis Riwayat Muslim 1569

Dalam riwayat lain dari Jabir bin Abdillah r.a. beliau mengatakan;

"Rasulullah SAW melarang makan wang hasil penjualan anjing dan kucing." Hadis Riwayat Abu Daud 3479, Turmudzi 1279, dan dishahihkan al-Albani

As-Syaukani mengatakan;

Hadis yang terdapat dalil haram menjual kucing merupakan pendapat Abu Hurairah, Mujahid, Jabir dan Ibnu Zaid. Sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Mundzir. 

Kemudian al-Mundziri menyebutkan bahawa ini juga pendapat Thawus. Sementara itu, majoriti ulama berpendapat, boleh melakukan jual beli kucing.

Para ulama yang membolehkan jual beli kucing beralasan, bahawa hadis di atas statusnya dhaif. Namun menilai hadis di atas dhaif adalah penilaian yang tidak boleh diterima.

Ketika membahas tentang hadis yang melarang jual beli kucing, An-Nawawi mengatakan;

"Apa yang dinyatakan al-Khithabi dan Ibnul Mundzir bahawa hadis di atas statusnya dhaif, adalah kesalahan. Kerana hadis ini ada di shahih Muslim dengan sanad yang shahih." (al-Majmu’, 9/230)

Ada juga yang mengatakan bahawa larangan dalam hadis itu sifatnya makruh atau khusus untuk kucing liar. Namun ini dibantah oleh as-Syaukani. Beliau menegaskan;

"Tidak diragukan bahawa pemahaman seperti ini bererti memahami larangan dalam hadis itu dari maknanya yang haqiqi tanpa indikasi apapun." Nailul Authar, 5/204

Al-Baihaqi mengatakan, sebagai bantahan untuk pendapat jumhur;

"Sebahagian ulama memahami bahawa larangan ini berlaku untuk kucing liar yang tidak boleh ditangkap. Ada juga yang mengatakan bahawa larangan ini berlaku di awal Islam ketika kucing dianggap sebagai haiwan najis. Kemudian, setelah liur kucing dihukum suci, boleh diperjual belikan. Namun kedua pendapat ini sama sekali tidak memiliki dalil pendukung." Sunan al-Kubro, al-Baihaqi, 6/11

Ibnul Qoyim juga menegaskan bahawa jual beli kucing hukumnya haram.

Dalam Zadul Ma’ad, beliau mengatakan;

"Demikian pula yang difatwakan Abu Hurairah r.a. dan ini pendapat Thawus, Mujahid, Jabir bin Zaid dan semua ulama Zahiriyah, serta salah satu riwayat dari Imam Ahmad, bahawa jual beli kucing hukumnya terlarang. Inilah yang benar kerana hadisnya shahih, dan tidak ada dalil lain yang bertentangan dengannnya. Sehingga kita wajib mengikuti hadis ini." Zadul Ma’ad, 5/685. -Konsultasisyariah

Demikian, Wallahu a’lam.




Sumber : sentiasapanas.com



from Jom Dakwah http://ift.tt/2nFjnj7
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment