Friday, 24 March 2017

Berhati-Hati Menulis Wallahu A’lam



Penulis artikel keagamaan atau media Islam lazimnya mengakhiri tulisan dengan kalimat Wallahu a’lam (ertinya, “Dan Allah lebih tahu atau Yang Maha tahu/Maha Mengetahui). Sering ditambah dengan bish-shwabi. menjadi Wallahu a’lam bish-shawabi.

Hal itu untuk menunjukkan, Allah SWT-lah yang Maha Tahu atau lebih tahu segala sesuatu dari kita. Hanya Allah yang Maha Benar dan Pemilik Kebenaran mutlak.

Penulisan yang benar, jika yang dimaksud, “Dan Allah Maha tahu” adalah Wallahu a’lam (tanda koma di atas [‘] setelah huruf “a” atau sebelum huruf “l”). Tapi sangat sering kita temui penulisannya begini, "Wallahu ‘alam (koma di atas [‘] sebelum huruf “a”).

Jelas, Wallahu a’lam dan Wallahu ‘alam berbeza makna. Yang pertama (Wallahu a’lam) ertinya, “Dan Allah Maha Tahu/Maha Mengetahui atau Lebih Tahu”. Yang kedua (Wallahu ‘alam) ertinya, “Dan Allah itu alam”, malah tidak jelas apa erti ‘alam di situ? Kalau ‘alamin atau ‘aalamin, jelas ertinya alam, seperti dalam bacaan hamdalah – alhamdulillahi robbil ‘alamin.

Jadi, kalau yang kita maksudkan itu, “Dan Allah Maha Tahu”, maka penulisan yang benar adalah Wallahu a’lam, bukan Wallahu ‘alam.

A’lam itu asal katanya ‘alima ertinya tahu. Daripada kata dasar ‘alima itu kemudian terbentuk kata ‘ilman (isim mashdar, ertinya ilmu/pengetahuan), ‘alimun (fa’il/pelaku, yakni orang yang berilmu), ma’lumun (pemberitahuan, maklumat), dan sebagainya, termasuk a’lamu/a’lam (lebih tahu).

Tanda petikan tunggal atau koma di atas (‘) dalam a’lam itu terjemahan Bahasa Malaysia untuk huruf ‘ain dalam bahasa Arab (seperti Jum’ah, Ka’bah, Bid’ah, Ma’ruf, dan sebagainya). Kata a’lam ertinya “lebih tahu”. Jadi, jelas, penggunaan yang betul, "Wallahu a’lam, bukan Wallahu ‘alam".

Mungkin kesalahan penulisan ini tidak disengajakan kerana mereka merasakan bahawa tulisan itu betul, padahal salah — kerana tidak ada yang membetulkannya.

Saya yakin, maksud Wallahu a’lam, “Dan Allah Maha tahu”.





Sumber : sentiasapanas.com



from Jom Dakwah http://ift.tt/2nl0ZOh
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment