Pernah suatu ketika dahulu, bekas Presiden Indonesia, Soekarno, mengatakan bahawa pada zaman sekarang tidak perlu lagi menyamak apabila terkena najis berat.
Menurutnya, cukuplah hanya dengan membasuh menggunakan sabun. Pendapat beliau ditentang oleh para ulama disana pada waktu itu.
Bagi membuktikan yang mana lebih relevan, penggunaan sabun atau tanah, satu eksperimen mengenainya telah dijalankan.
Dua sampel yang telah dijilat anjing kemudian dibersihkan. Satu dicuci menggunakan sabun dan satu lagi dibersihkan dengan tanah.
Hasil pemeriksaan dibawah mikroskop menunjukkan, sampel yang dibersihkan dengan tanah terbukti sangat bersih dan bebas daripada kuman, berbanding sampel cucian sabun.
Apa sebenarnya keistimewaan tanah? Satu kajian saintifik mendapati bahawa tanah, terutamanya daripada sumber gunung berapi, mengandungi agen antibiotik yang mampu melemahkan bakteria berbahaya daripada merebak.
Ahli perubatan Perancis, Line Brunet de Course menemui perkara itu selepas melakukan uji kaji spesifik terhadap tanah liat hijau dari gunung berapi Perancis.
Mengejutkan, bahan semulajadi terbabit boleh menghapuskan 99 peratus jajahan pepijat dalam masa sehari.
Pada masa sama, ia juga mampu membunuh bakteria berbahaya lain, termasuklah virus Salmonela dan penyakit pemakan daging dipanggil Buruli, yang telah mencacatkan hampir keseluruhan kanak-kanak diseluruh Pantai Gading dan Kenya di Afrika.
Dengan ciri-ciri penyembuhan pada tanah liat, Dr. Course kemudian menggunakannya sebagai antibiotik, menggantikan penisilin dalam mengubati kanak-kanak malang di selatan dan barat Afrika.
Terbukti, tanah merupakan steril terbaik di dunia apabila berjaya menyembuhkan 50 kes pada tahun 2002. Manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menganggap ia sebagai penemuan yang sangat 'mengagumkan'.
Satu lagi kajian berjudul Antibacterial Activity of Soil-Bound Antibiotics, terbitan tahun 2005, turut mengesahkan bahawa material dalam tanah merupakan unsur efektif untuk proses sterilisasi beberapa kuman.
Kajian oleh sekumpulan penyelidik, Yogesh Chander, Kuldip Kumar, Sagar M. Goyal dan Satish C. Gupta menunjukkan bahawa dua unsur anti-mikrob dalam tanah, iaitu Tetracycline dan Tylosin, telah dikesan berupaya menghentikan pertumbuhan dan pembiakan virus.
Dengan kata lain, tanah merupakan zat yang sangat bersih, dimana zat-zat tersebut mampu menghapuskan mikrob berbahaya.
Inilah rahsia disebalik kenapa Rasulullah SAW menyarankan kita menyamak najis berat seperti air liur anjing menggunakan air sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah sejak lebih 1,400 tahun dahulu.
Sesungguhnya, penemuan-penemuan saintifik ini turut membenarkan tutur kata baginda yang sama sekali tidak diketahui oleh mana-mana manusia sebelumnya.
Sumber : sentiasapanas.com
from Jom Dakwah http://ift.tt/2nxvuS3
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment