Monday, 27 March 2017

Kelebihan Ayat Kursi

Kelebihan Ayat Kursi. Ayat Kursi ni diturunkan di suatu malam selepas Hijrah. Ketika ayat Kursi diturunkan ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat, kerana kehebatan, kebesaran, kemuliaan dan kelebihan ayat kursi itu sendiri.

Para syaitan dan iblis menjadi terkejut serta gempar kerana adanya suatu yang boleh menjadi halangan dalam perjuangan mereka. Rasullullah S.A.W segera memerintah Zaid bin Sabit menulis dan menyebarkannya.


Maksud ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Kelebihan Ayat Kursi
  • orang yang selalu membaca ayat kursi ini akan dicintai dan dipelihara oleh sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad.
  • mereka yang beramal bacaan ayat kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • ayat Kursi juga menjadi benteng yang kuat bagi menyekat pencuri memasuki ke dalam rumah.
  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas.
  • Syeikh Abu Abbas menerangkan, sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan  kemudian diminumnya Insyallah akan mencerdaskan akal fikirannya.
  • dari kitab " Asraarul Mufidah" menerangkan sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezeki, dinaikkan darjat.
  • ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk dapat menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  • ketika hendak berbaring di tempat tidur bacalah ayat Kursi, Allah akan mewakilkan dua malaikat memelihara orang itu sehingga Subuh.
  • barangsiapa membacanya sebelum keluar rumah , maka Allah mengutuskan 70000 malaikat kepadanya memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • sesiapa yang membaca ayat Kursi di akhir sembahyang pelbahai kelebihan akan diperoleh.

Akhir kata barang siapa yang membaca dan mengamalkan ayat Kursi ini segala kesempitan akan diberi pertolongan oleh Allah.

from Jom Dakwah http://ift.tt/2nEu3Rn
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment