Tuesday, 28 March 2017

Selalu Buang Angin, Sihat Atau Penyakit?



Membicarakan soal buang angin atau kentut bukanlah sesuatu yang manis tapi ianya adalah fitrah manusia yang mempunyai sebab tersendiri kesihatan tubuh.

Bagaimanapun bagi mereka yang terlebih buang angin, ini merupakan petanda bahawa tubuh anda ingin memberitahu’ sesuatu.

Berikut punca mengapa sesetengah orang terlalu kerap mahu buang angin berbanding normal.

Bakteria Berlebihan

Bakteria berperanan mencerna makanan yang masuk dalam usus besar tetapi terdapat juga bakteria yang mungkin ‘terlepas’ ke usus kecil dan membiak berlebihan di sana.

Apabila bakteria ini bertemu makanan yang belum selesai dicerna maka penguraian gas berlaku. Gas yang terhasil dalam usus besar dan usus kecil ini turun melalui sistem menyebabkan perut menjadi kembung dan sering terasa mahu buang angin.

Sesetengah penyakit juga boleh jadi punca ketidakseimbangan bakteria dalam usus. Penyelesaian yang biasa diberikan oleh doktor adalah pemberian beberapa jenis antibiotik.

Makan Terlalu Terburu

Jika gemar makan cepat-cepat, makan sambil berborak dan suka mengunyah gula-gula berangin, ianya boleh jadi penyebab anda menelan banyak udara.

Udara terdiri daripada gas, maka selepas memasuki tubuh ianya harus keluar dan antara cara yang ada adalah melalui sendawa atau kentut.

Produk Susu

Semakin meningkat usia, maka organ pencernaan pun akan jadi lebih sensitif terhadap produk susu. Hal ini kerana jumlah enzim laktat yang diperlukan untuk mencerna susu kian berkurang.

Pengurangan enzim ini pasti anda sedari jika perut mula meragam setiap kali mengambil produk susu termasuk keju dan sebagainya.

Sensitif Gluten/Sakit Celiac

Kesulitan mencerna makanan akan dimaklumkan tubuh melalui pengeluaran gas. Dalam sesetengah kes kerap kentut adalah petanda anda mengalami gangguan penyerapan makanan disebabkan penyakit Celiac atau gangguan kesihatan lain.

Perubahan Hormon

Gas yang keluar juga boleh jadi petanda bahawa anda sedang melalui proses menopause atau perubahan hormon. Aktiviti bersukan dapat membantu melancarkan pencernaan selain mengambil probiotik.

Sembelit

Jika anda sukar membuang air besar, efeknya adalah pengeluaran angin berbau busuk. Ianya kerana kotoran yang dipenuhi bakteria dalam usus tertahan dalam sistem pencernaan, cuma gas sahaja yang mampu keluar.

Bagi mengatasi keadaan ini pastikan anda minum air secukupnya, ambil makanan berserat tinggi dan lakukan aktiviti kecergasan.







Sumber : sentiasapanas.com



from Jom Dakwah http://ift.tt/2ne5QNG
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment