Sunday, 19 March 2017
Lelaki Paling Pemalu Yang Malaikat Pun Segan Kepadanya
Suatu hari, Rasulullah SAW berada di dalam rumah Aisyah r.a. Ketika itu Rasulullah sedang berbaring manakala kain Baginda sedikit tersingkap hingga menampakkan betis.
Kemudian, datang sahabat Baginda, Abu Bakar r.a. meminta izin untuk bertemu Rasulullah kerana ada urusan. Lalu Baginda pun memberi izin untuk Abu Bakar masuk ke dalam rumah.
Keadaan Rasulullah masih sama, kainnya masih tersingkap walaupun di depan Abu Bakar. Lalu kedua-dua mereka mula berbual.
Setelah itu datang pula Umar al-Khattab. Rasulullah memberi izin kepada sahabat yang mendapat julukan al-Faruq itu untuk masuk ke dalam rumah. Sama juga keadaannya seperti tadi, kain Rasulullah masih lagi terselak.
Kemudian, datang Uthman bin Affan, sahabat yang digelar Zin Nur'ain juga untuk bertemu Rasulullah.
Mendengar sahaja salam Uthman, Rasulullah segera duduk dan merapikan pakaian supaya tubuhnya ditutup dengan sempurna.
Setelah selesai dan kesemua sahabat itu pulang, Aisyah pun bertanya kepada Rasulullah tentang perihal tersebut. Aisyah hairan dengan sikap Rasulullah kepada tiga sahabatnya itu.
Rasulullah pun menjawab, sekiranya Uthman melihat Baginda dalam keadaan begitu (dengan kain terselak menampakkan betis), nescaya Uthman akan tersipu malu. Bahkan Rasulullah berasa malu dengan orang dimana para Malaikat pun rasa malu terhadapnya.
Sabda Rasulullah, "Bukankah aku berasa malu terhadap orang yang Malaikat pun malu terhadapnya." (Hadis riwayat Muslim)
Baginda juga menyifatkan Uthman merupakan sahabat yang paling pemalu. Ia turut disebut dalam hadis yang berbunyi, "Yang paling pengasih diantara umatku adalah Abu Bakar, yang paling keras dalam agama Allah adalah Umar, dan yang paling pemalu adalah Uthman.." (Hadis riwayatat-Tirmidzi)
Jadi, Uthman merupakan lelaki paling pemalu di dunia ini.
Anda pula?
Sumber : sentiasapanas.com
from Jom Dakwah http://ift.tt/2n398a2
via Kuliah Islam
Labels:
Jom Dakwah,
Kuliah Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment