Hampir semua cerita tentang orang Arab, khususnya Arab Saudi, yang sampai kepada kita adalah mengenai hal-hal negatif. Perkataan "Puncak", "malas", "kasar", "perang" adalah sesuatu yang dijaja di benak kita. Sehingga ketika mendengar kata "Arab" rakam memori kita langsung menalar hal-hal buruk. Sampai kita pun rasa-rasanya tak rela Islam itu dari Arab.
Berikut ini, ada kisah dari Arab yang berbeza dari yang biasa kita dengar. Tentang bagaimana berbaktinya seorang anak kepada orang tua. Dan tentang seorang pemberi hutang yang dermawan.
Seorang laki-laki asal Arab Saudi memberikan teladan jempolan, bagaimana menjadi seorang anak yang berbakti. Ia membayar hutang bapanya yang berjumlah 1 juta Real Arab Saudi (lebih daripada 3.5 bilion Rupiah). Untuk menjelaskan hutang ini, sang anak harus menjual rumah yang ia miliki terlebih dahulu.
Sampai akhirnya, orang yang memberi hutang tahu bagaimana hutang itu dibayar. Ia merasa sangat tersentuh dengan usaha sang anak untuk membantu ayahnya. Akhirnya, ia mengembalikan semua wang yang dibayar untuk menjelaskan hutang tersebut.
Di zaman sekarang ini, tentu kisah seperti ini terasa begitu menakjubkan. Dengan cepat kisah ini pun menjadi viral di media sosial.
Seorang peguam di Arab Suadi, Abdurrahman al-Subaihi menyatakan bahawa kisah ini berlaku di mahkamah Arab Saudi. Artinya, seorang yang mengutangi ini begitu cepat memutuskan untuk memutihkan hutang rakan-rakannya. Kemudian al-Subaihi mengisahkan via twitter apa yang ia saksikan. Ia juga mengisahkan bahawa laki-laki yang mengutangi ini begitu tersentuh dengan keputusan sang anak untuk menjual rumahnya sendiri untuk menjelaskan hutang ayahnya. Ia memberikan wang 1 juta Real Arab Saudi sebagai hadiah untuk sang anak kerana menjadi anak yang baik. Para pengguna sosial media pun mengapresiasi perbuatan sang anak. Mereka juga berharap anak-anak mereka tumbuh besar dengan meneladani dirinya.
Seorang ibu di Saudi yang bernama Rana menyatakan bahawa di zaman sekarang apa yang dilakukan anak ini sudah sangat jarang disaksikan. Tingkah laku pemberi hutang dan si anak memberikan teladan yang baik untuk semua masyarakat. Kedua-dua orang ini memberikan kita kepercayaan bahawa masih banyak orang baik dan penolong di luar sana.
Seorang laki-laki Saudi memberikan pujian bahawa sang anak telah melakukan sesuatu yang istimewa. Dan apa yang dilakukan oleh si pemberi hutang lebih hebat lagi, atau sama hebatnya. Ini menjadi teladan bagi kita semua. Wang sejumlah 1 juta Real bukanlah jumlah yang sedikit. Atau bukanlah jumlah yang mudah untuk diberikan begitu sahaja. Peristiwa ini membuktikan bahawa masih ada orang-orang baik di dunia ini.
sumber kisahmuslim.com
from Detik Islam http://ift.tt/2mNVJnC
via Masa Untuk Islam
No comments:
Post a Comment