Saturday, 15 April 2017

"Layanilah Mertua Seperti Mana Kita Mahu Dilayan"


Sering kita baca kisah menantu-mertua yang bermasalah. Saya ingin berkongsi juga kisah saya dan mertua agar jadi panduan terutama pada adik-adik yang bakal berumahtangga.

Saya berkahwin sudah hampir 16 tahun, dengan seorang lelaki anak kesayangan mamanya. Husband anak lelaki tunggal maknanya saya adalah menantu tunggal perempuan dalam family mereka.

Sebelum berkahwin saya bercinta tetapi saya tidak mengenali mertua secara rapat. Namun saya menghormati beliau selayaknya seorang ibu harus dihormati. Namun jujur tiada sayang di hati saya.

Bila saya jadi isteri, saya berjanji pada diri sendiri saya akan menerima keluarga suami sebagai keluarga saya sendiri. Jadi saya juga akan menunjukkan siapa diri saya yang sebenar tanpa lakonan.

Alhamdulillah sepanjang hampir 16 tahun berkahwin, saya tidak pernah bermasam muka dengan mertua dan ipar-ipar perempuan saya.

Cara saya adalah:
- sebaik saja menikah, kami menyewa rumah sendiri. Susah senang ribut dan taufan kami hadap berdua dan simpan letak-ketat.

- saya sering memuji dan menceritakan kebaikan suami secara tidak langsung pada ibubapanya. Saya sering gambarkan yang saya bangga memiliki suami. Secara tidak langsung mertua merasa mereka telah berjaya mendidik anak lelaki dengan baik. Jangan sesekali mengadu kekurangan.

- saya menjadi pendengar bila merely bercerita. Walaupun cerita tersebut cerita berulang, saya tetap teruja mendengar. Orang tua perlukan telinga untuk mendengar dan kesabaran anak-anak melayan mereka.

- saya tidak pernah berkata TIDAK pada ibubapa mertua. Kerana bagi saya mereka sangat berhak untuk didahulukan dan syurga suami pada mamanya.

- andai saya terasa hati dengan perkataan/perbuatan mereka, saya cepat-cepat ketawa dan menganggapnya gurauan. Sekiranya saya masih tak dapat melupakan, saya akan luahkan pada suami supaya hati saya lega dan saya boleh tutup buku. Maknanya, jangan disimpan perkara negatif di dalam hati. Positif dan bergembira lah.

- layan suami dan anak-anak dengan baik dan penuh kasih sayang terutama di depan mertua. Supaya mereka gaji anak mereka dijaga dengan baik.

Selebihnya saya hanya menjadi diri saya. Yang banyak kekurangan tapi saya tidak bermuka-muka. Layanilah mereka sebagaimana kita mahu dilayan.

Alhamdulillah, hubungan kami sangat rapat dan saya sangat menyayangi mereka.


from Jom Dakwah http://ift.tt/2po58A2
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment