Pernah tak terfikir, bagaimana seharusnya warna kuning telur itu sebenarnya? Tahukah anda, sebenarnya ianya sangat penting.
Sejak 100 tahun lalu, para saintis telah mendapati bahawa warna kuning telur ditentukan oleh bilangan karotenoid yang terkandung di dalam telur tersebut. Antioksidan ini yang membantu dalam pembentukan vitamin A, yang membantu untuk meningkatkan keadaan tulang kita.
Mudah kata, lebih pekat warna kuning telur tersebut, lebih sihat nutrien yang terkandung di dalamnya untuk tubuh badan kita.
Warna kuning telur bergantung pada cara pemakanan ayam tersebut.
Jika ayam tersebut diberi makan bijiran secara seragam, maka kuning telur akan berwarna kuning cair. Jika diet ayam tersebut mengandungi jagung, tumbuhan, dan serangga, maka warna kuning telur akan kelihatan oren. Sesetengah ladang telur yang besar menggunakan skala yang khusus dengan 15 warna kuning-oren dalam menentukan kualiti produk mereka.
Secara umumnya, pengambilan telur yang mengandungi kuning telur yang berwarna oren terang adalah lebih digalakkan memandangkan telur tersebut mengandungi kandungan kimia maksimum yang diperlukan oleh badan kita.
Sumber: Nakbebel.com
from Jom Dakwah http://ift.tt/2nRFczL
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment