Sunday, 30 April 2017

Pakaian Solat yang terkena BULU KUCING. Adakah SOLAT ANDA SAH? Menurut Ustaz Azhar




Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Soalan : Ustaz adakah bulu kucing itu najis.. sebab ada yang beritahu saya bulu kucing adalah.. najis..jika terkena pada baju.. tak boleh bawa solat.. betul ke ustaz?..jazakallahu khair

Jawapan :
Bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.

Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih 

"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang-pengarang al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadanya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraku?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :

Rasulullah SAW bersabda :

'Sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum). Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meninggalkannya sebab menjaga kesihatan"

Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu didalam hadis yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang-orang didalam rumah.

Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :

Rasulullah SAW bersabda :

"Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah SAW melakukan wuduk dengan air yang telah diminum oleh kucing"
[Hadis Riwayat Abu Daud dan lain-lain].

Soalan : saya ada memelihara kucing di rumah saya..adakah sah sembahyang saya,jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing. Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?

Jawapan : Sah solat saudari kerana bulu kucing bukan najis..

Kesimpulannya : Kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai 'orang rumah' sebagaimana yang digambarkan didalam hadis Nabi SAW diatas. Terdapat dikalangan ulama-ulama bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dima'afkan. Namun demikian, jumhur ulama' berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wuduk pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A'isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing. Wassalam.














Sumber : sehinggit.blogspot.my



from Jom Dakwah http://ift.tt/2qsavxx
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment