Friday, 14 April 2017

Simptom Kanser Yang Ramai Wanita Abaikan

Image result for Simptom Kanser \



Kebanyakkan penyakit mempunyai tanda-tanda atau simptom yang lebih kurang sama. Jadi, disebabkan perkara ini ramai wanita yang sering mengabaikan simptom sebegini yang sebenarnya tanda kepada penyakit kanser pembunuh no.1 di dunia.

Jadi, sebelum terlambat, EH! senaraikan simptom kanser yang patut anda ketahui supaya tidak terlewat untuk bertindak dari awal.

1. Haid tidak teratur
Ramai wanita menganggap yang terlewat kedatangan haid hanya disebabkan stres atau mungkin kerana hamil. Namun, jika selama ini kitaran haid anda berjalan lancar tetapi secara tiba-tiba ia tidak hadir dengan betul, atau jika anda mengalami senggugut yang melampau tidak seperti sebelum ini, seeloknya anda pergi membuat pemeriksaan dengan doktor sakit puan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ditakuti yang ia merupakan petanda penyakit kanser ovari.

2. Kerap demam atau mudah dijangkiti penyakit
Jika sebelum ini anda sentiasa sihat berpanjangan tetapi tiba-tiba tubuh anda sering dijangkiti penyakit atau kerap demam, ia mungkin tanda awal penyakit leukemia. Leukimia merupakan kanser darah dan membuatkan tubuh menghasilkan sel darah putih secara berlebihan dan sekaligus melemahkan sistem imun tubuh. 

3. Sukar telan
Mungkin kita fikir ia hanya disebabkan sakit tekak. Tetapi jika anda perasan ia berlanjutan sehingga berminggu-minggu dan semakin teruk, sebaiknya dapatkan rawatan doktor dengan segera. Ini adalah antara simptom awal kanser tekak atau perut. Ia juga boleh dikaitkan dengan kanser paru-paru.

4. Mudah lebam
Ramai menganggap yang lebam itu hanyalah perkara kecil. Tetapi ia bukanlah satu perkara kecil jika anda mula perasan yang anda sering mempunyai masalah lebam setiap masa, lebih-lebih lagi di sekitar tangan dan jari. Lebam yang tiada sebab kukuh adalah antara tanda penyakit leukemia.

5. Sakit kepala yang kronik
Jika anda seorang yang jarang untuk mengalami sakit kepala atau migraine, tetapi secara tiba-tiba anda sering menghadapinya sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit, sebaiknya anda terus mendapatkan pemeriksaan pakar. Ia adalah simptom tumor otak.

6. Mudah letih
Pastinya setiap orang mempunyai aktiviti harian yang membuatkan tubuh penat. Tetapi tubuh pasti akan kembali bertenaga setelah mendapatkan tidur yang cukup. Jika anda perasan yang tubuh anda mudah letih setiap hari selama lebih dari sebulan, atau mungkin mengalami masalah nafas pendek, segeralah berjumpa dengan doktor. Mungkin ia bukan kanser, tetapi siapa tahu jika ia simptom yang mengaitkan dengan kanser. Leukemia dan lymphoma adalah penyakit yang dikaitkan dengan masalah letih ini.









Sumber : eh.my



from Jom Dakwah http://ift.tt/2oythp2
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment