Saturday, 22 April 2017

"Kehidupan Ayah Taklah Sehebat Mana, Tapi Ayah Tak Pernah Merungut"


Dalam kehidupan ini, sudah maklum diwarnai dengan liku suka duka yang ada kalanya memberi manusia tekanan hebat. Tidak seperti diriku yang sangat bertuah sehingga berjaya juga jejak ke menara gading, kehidupan ayahku tidaklah sehebat mana. Namun, ayahku tak pernah merungut. 

Ayah, cita-cita dan impiannya dahulu adalah menyambung pelajaran ke menara gading dan buka syarikatnya sendiri. Keputusan spm ayah 4A4B, maklumlah zaman 80an dahulu keputusan sebegini amat baik dan layak diterima di menara gading tapi harapan ayah lenyap selamanya tanpa bantuan kewangan daripada keluarga ayah sendiri dan ayah terpaksa bekerja untuk mencari wangnya sendiri.

Ayah seorang yang amat meminati bidang perniagaan tidak seperti diriku yang lebih cenderung mencemburi bidang perguruan. Awalnya, kehidupan ayah mewah walaupun bekerja dibawah orang lain kerana gaji RM5K pada zaman 90an dahulu nilanya besar berbanding sekarang ni. 

Sehinggalah keadaan berubah sepertimana ketentuan Allah, ayah berhenti bekerja dibawah orang lain dan mula bekerja dengan atuk ku sendiri. Hidup ayah terseksa ketika itu, kerana untuk kali pertamanya ayah disantau sehingga berbulan lamanya dia tak mampu lansung bangun dan keluar bekerja. 

"Naik Benci Dengan Panas Baran Ayah"

Seseorang amat benci ayah kerana ayah seorang yang pandai menarik hati pelanggan dan mudah mesra, aku sendiri kagum dengan cara ayah bekerja dan melayan pelanggannya di restoran. Kesihatan ayah senakin merosot, muntah darah itu biasa, badan panas terbakar itu biasa ditambah pula dia tidak akan mampu bangun dari katil ketika dia niat nak pergi kerja.

Ayah dibawa ke darul syifa dan alhamdulillah ayah sudah mampu bekerja seperti biasa. Aku hairan, orang yang baik-baik itu pasti banyak musuhnya kan? “Along, hidup kita ini dengan kuasa Allah, maka dengan kuasa Allah jugalah biar Allah yang menghakimi dan bukannya kita ni manusia yang lemah”, ayah selalu berkata begitu. 

Aku terkadang marah juga dengan ayah kenapa dia mudah memaafkan kenapa? Aku yang melihat dia sengsara waktu aku masih 10 tahun pun tak sanggup apatah lagi dia yang sendiri merasa sihir tuh. 

Setelah ayah pulih, ayah kembali bekerja dengan atuk. Masatuh umur aku dah meningkat remaja dan jiwa aku amat pantang dicabar terutama bila panas baran ayah keluar. Aku benci dengan sikap panas baran ayah aku tak faham kenapa dia mudah marah. 

Aku terlalu mentah waktu tuh untuk membezakan kasih sayang ayah dan ego diri sendiri. Ditambah pula ketika itu aku melalui zaman aku dibuli di sekolah jadi aku stress dan aku tak pernah cerita walaupun sekali kepada ibubapa aku.

"Nak Cakap Dengan Ayah Pun Benci"

Sebulan aku tak keluar bilik apabila ayah pulang ke rumah waktu tuh nak bercakap dengan dia pun aku benci! Ayah terkilan, betapa derhaka nya kan aku sebagai anak? Aku pernah terdengar sehari tuh ayah berdoa “berapa ramai lagi ahli keluarga ku sendiri yang kau hantar untuk membenci ku ya Allah?”. 

Aku tak faham adakah perangai aku terlalu melampau sehingga ayah berduka seperti itu? Aku terasa berdosa. Ibu akhirnya buka mulut dan bercerita, “along tak sayang ayah? Sudahlah dengan rajuk tuh dengan ego tuh, sampai bila ni? Ayah kau sunyi along. Dia sedih. Kau tahu kan adik dan isterinya juga bekerja dengan atuk kau?

Mereka bukannya suka ayah, setiap hari ada je benda tak puas hati, bermasam muka, sampai pekerja dalam restoran pun ikut sama muak tengok muka ayah. Along pun nak ikut benci ayah? Apa salah ayah along? Salah sebab dia baik sangat?”

Aku tergamam. Aku cuma mampu diam. ‘Along minta maaf’, keluh aku dalam hati. Malam tuh aku minta maaf. Tahun berganti tahun, kini aku di Universiti meneruskan pengajian. Bisnes atuk goyah dan atuk memulakan perniagaan semula di tempat lain. Ya, perit nak bangunkan perniagaan semula. Perniagaan goyah pun sebab dikhianati kaum sendiri. 

"Disihir adik sendiri"

Atuk mampu je bayar sewa kedai tapi orang yang berduit itu lebih daripada mampu untuk merampas kedai tersebut. Kedai tuh strategik di pusat bandar Johor Bahru dan sewa kedai cecah RM5000 sebulan. Tanpa notis sebulan untuk kemas barang cari tempat perniagaan, atuk dan ayah bertungkus-lumus cari dan mohon kedai lain. 

Akhirnya selepas sebulan tidak bekerja, rezeki Allah itu luas, mereka akhirnya dapat sewa kedai yang lain. Tapi, pengkhianatan keluarga sendiri lebih perit daripada orang luar… kerana mereka orang-orang yang kita sayang.

“Berhentikan jelah abang tuh! Bapak selalu kan bela dia mentang-mentang dia tuh dikenali pelanggan, bapak layan suami aku macam sampah je! Gaji kami dahlah bapak bagi sikit daripada gaji abang tuh! Bapak memang tak adil!”, tengking makcik aku. 

Atuk balas, “Yang kau tak puas hati ni kenapa? Abang orang lama, dia dah lama setia tolong bapak! Kau tuh orang luar, bini kepada anak aku! Kau sedar diri kau, kau dengan laki kau sedar diri sikit! Kau pun tumpang berniaga kt kedai ni, tapak kau berniaga tuh pun aku yang bayar! Ada aku ungkit tak? 

"Ayah Makin Tua"

Kau jangan buat bodohlah kau ingat aku tak tahu apa kau buat kt abang?! Kau lah yang sihir dia! Hah aku tahu tuh tapi aku diamkan je. Kau jangan main-main, dosa kau banyak kt abang! Diam dan ingat ni abang lagi lama bekerja tolong aku daripada engkau!”

Nasib aku tak baik sebab mereka bertengkar di restoran dan aku waktu tuh baru nak berangkat pulang ke Universiti. Seminggu lepas itu dan sehari sebelum aku pulang ke rumah untuk cui pertengahan semester, ayah telah diberhentikan. Tapi, atuk sayang ayah. 

Atuk rupanya telah carikan ayah satu tempat untuk ayah berniaga sendiri. Atuk tak tahan bertengkar dengan makcik dan atuk biarkan makcik ambil alih perniagaan di kedai itu. Segala sewa kedai atuk biar makcik tanggung sendiri. Atuk cuma rehat di rumah. Cuti pertengahan semester aku selama seminggu, aku bantu ayah iklankan kedai baru ayah. Aku kesiankan ayah. 

Kesihatan dia pun tak berapa ok. Sakit batu karang nya juga ada kala ok adakala tidak. Begitu juga dengan penyakit migrain dan darah tingginya. Aku sedar ayah makin tua dan bertahanlah ayah, along akan pulang bawa kejayaan. In Syaa Allah…


from Jom Dakwah http://ift.tt/2pPQaTk
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment