Wednesday, 5 July 2017
5 Hidupan Dalam Daging Khinzir Yang Membuktikan Hebatnya Larangan Allah swt.
Apabila ditanyakan kepada mereka yang pernah makan daging khinzir, semua mengatakan khinzir jauh lebih sedap berbanding daging ayam. Daging khinzir dikelaskan sebagai daging putih atau white meat. Mempunyai kandungan lemak dan kolestrol yang cukup tinggi, namun daging khinzir tetap menjadi pilihan orang ramai sebagai salah satu diet harian.
Bagaimanapun, sebagai umat Islam, kita dilarang memakan daging khinzir berdasarkan perintah Allah swt. yang dinyatakan 5 kali dalam al-Quran. Mengapa?
Terdapat banyak kajian saintifik yang membuktikan keburukan daging khinzir kepada manusia kerana menjadi perumah kepada pelbagai jenis makhluk yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Bagaimana rupa makhluk-makhluk ini? Jom kita lihat.
1. Cacing Taenia Solium
Berasal dari dalam usus khinzir, apabila sudah dimakan dan berada di dalam usus manusia, mampu membesar sehingga 10 kaki (KAKI!) panjangnya. Apabila sudah matang, cacing ini akan melekatkan mulutnya pada dinding usus manusia untuk makan.
Oleh kerana cacing ini akan memakan beberapa jenis toksin yang berada dalam usus, individu itu akan mengalami kekurangan darah dan mudah mengalami masalah usus.
Bagi kanak-kanak yang dijangkiti pula, mereka akan lebih mudah mendapat histeria atau penyakit kebimbangan (anxiety attack).
2. Cacing trichinella spiralis
Lebih dikenali sebagai 'cacing babi' atau 'pig worm', trichinella adalah spesis parasit paling kecil yang mampu hidup dalam badan manusia. Dengan bersaiz 1.4mm atau 1.6mm panjang, cacing ini menyerang otot manusia, menyebabkan seseorang itu boleh mengalami kesakitan otot dan kesukaran pernafasan yang boleh bernafas.
Jika dibiarkan melarat, dalam tempoh 10 hari seseorang itu boleh hilang kawalan saraf, kerosakan jantung dan kerosakan buah pinggang.
3. Cacing Fasciolopsis Buski
Banyak dijumpai di kalangan khinzir yang diternak di kawasan Timur dan Selatan Asia, fascioloposis buski adalah parasit terbesar yang mampu duduk di dalam badan manusia. Mampu membesar sehingga 7.5 cm dan gemar duduk di dalam bahagian perut manusia.
Parasit ini membiak pantas kerana setiap satu parasit dewasa mampu menghasilkan lebih 25 ribu telur yang akan menetas dalam jangka masa 7 minggu. Parasit ini mampu hidup selama 1 tahun di dalam badan manusia.
Mampu membuatkan cirit birit, masalah ketidak hadaman dan bengkak pada badan manusia yang terkena serangannya.
4. Parasit Clonorchis sinensis
Dengan anggaran lebih 30 juta manusia menjadi hos kepada parasit ini dan kebanyakannya penduduk negara Jepun, China, Taiwan dan beberapa negara di Asia Tenggara. Bagaimanapun, 85% kes jangkitan parasit ini dilaporkan berlaku di China.
Diletakkan di dalam kumpulan 1 jenis carcinogen oleh International Agency for Research on Cancer (IARC) yang membawa maksud disahkan sebagai ejen-ejen penyebab kanser pada manusia. Terdapat 5 kumpulan carcinogen IARC iaitu kumpulan 1, 2A, 2B, 3 dan 4 mengikut turutan dengan 1 sebagai paling berbahaya.
5. Parasit Erysipelothrix rhusiopathiae
Kerap dijumpai dalam najis babi. Mampu hidup dalam najis selama 5 bulan. Apabila seekor khinzir itu dijangkiti erysipelothrix rhusiopathiae, penyakit yang dihadapi itu dinamakan sebagai 'pig erysipelas' atau lebih dikenali sebagai 'diamond skin disease' yang akan membuatkan kulit mereka jadi kemerah-merahan.
Pesakit berisiko untuk mengidap sepsis, sejenis penyakit berisiko tinggi yang mampu membunuh, apabila badan tidak dapat bertindak dengan betul terhadap jangkitan sehingga menyebabkan kerosakan kepada tisu dan organ tubuh.
Selain itu, yang lebih kerap berlaku adalah penyakit erythematous oedema yang menyerang permukaan kulit seseorang sehingga timbul bintik-bintik merah yang bertukar kehitaman dan akan mengeras.
Bagaimana?
Selepas melihat hidupan-hidupan dan kesannya pada manusia, adalah amat beruntung jika setiap manusia tak kiralah bangsa atau agama dia, mengelakkan diri dari memakan daging khinzir kerana bukan sekadar dari segi spiritualnya cuba mencegah, malahan dari segi saintifiknya juga membuktikan keburukannya besar pada manusia.
Sumber: http://iluminasi.com
from Jom Dakwah http://ift.tt/2tpiTAR
via Kuliah Islam
Labels:
Jom Dakwah,
Kuliah Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment