Saturday, 8 July 2017

Lima Perkara Yang Menyebabkan Masalah Kulit




Asas untuk penjagaan kulit adalah membersih, menyegar dan melembap, namun terdapat beberapa penjagaan lain yang lebih khusus untuk pelbagai masalah kulit. Tetapi sebenarnya biar apa pun yang anda praktikkan untuk penjagaan kulit ia masih akan mengundang masalah jika anda masih mengamalkan perkara ini.

Ketahui perkara tersebut di bawah.

1. Tidak menjaga bahagian leher dan dada
Penjagaan kulit tidak terhenti pada rahang anda. Walaupun leher dan dada bahagian yang kurang terdedah pada cahaya matahari berbanding muka, ia juga berpotensi untuk mengalami masalah penghidratan dan penuaan. Penyelesaiannya senang sahaja, setiap kali anda memakai serum, krim muka atau krim tabir suria, sapukannya sehingga ke leher dan di dada pula sapukan pelembap.

2. Penggunaan berus solek yang kotor
Mengapa perlu membersihkan berus solekan? Penggunaan berus solekan yang kotor mungkin menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Jadi jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.

3. Tangan kerap menyentuh kulit
Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin atau anda boleh memegang stress ball.

4. Pengelupasan kulit berlebihan
Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.

5. Pengambilan makanan ringan
Siapa tidak suka makanan ringan, bukan saja kanak-kanak menggemarinya, boleh dikatakan emaknya juga tidak lengkap harinya tanpa makanan ringan sebagai kudap-kudapan. Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat

Sumber : eh.com.my



from Jom Dakwah http://ift.tt/2uVjE3U
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment