Wednesday, 5 July 2017

Mengapa EQ Lebih Penting Daripada IQ Dalam Realiti Kehidupan Sebenar Masa Kini?

Image result for Mengapa EQ Lebih Penting Daripada IQ Dalam Realiti Kehidupan Sebenar Masa Kini?


Hidup ini sangat subjektif, setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. Namun, apakah kriteria yang paling penting dalam memastikan kejayaan hidup dikecapi? Adakah ia dengan kejayaan akademik, ataupun dengan pandai bergaul dan bawa diri? Ia telah menjadi perbahasan yang hangat dan telah lama dibincangkan, namun masih tidak mendapat jawapan yang tepat mengenai mana satu yang lebih penting sama ada IQ (Intelligence Quotient) atau EQ (Emotional Intelligence)?

Apa itu IQ dan EQ?

Bagi yang tak tahu, IQ adalah definisi bagi jumlah markah yang diperolehi daripada beberapa ujian standard direka untuk menilai kepintaran manusia. Manakala EQ pula adalah kecerdasan emosi untuk mengenal pasti, menggunakan, memahami dan menguruskan emosi ke arah positif bagi melegakan tekanan, berkomunikasi dengan baik, kebolehan memahami dan berkongsi perasaan, mengatasi cabaran dan juga meredakan konflik.
emotional intelligence
Untuk memudahkan pemahaman, mereka yang mempunyai IQ biasanya pelajar yang pintar dan berjaya dari segi akademik di sekolah, dan tinggi EQ pula mereka yang pandai bergaul dan biasanya disenangi ramai. Ada pendapat yang mengatakan IQ lebih penting kerana ia mampu untuk menyelesaikan masalah dengan lebih efisyen manakala yang menyokong pendapat EQ lebih penting berpendapat bahawa cara mempratikkan emosi dalam mengawal hidup adalah lebih diperlukan. Pendek kata, IQ adalah pemikiran menggunakan otak manakala EQ pula pemikiran menggunakan hati.
Jika kita meletakkan kedua-dua IQ dan EQ ke dalam realiti kehidupan sebenar, sebagai contoh di sekolah, mereka yang mempunyai IQ yang lebih tinggi biasanya adalah pelajar terpintar di sekolah dengan pencapaian akademik terbaik tetapi lebih kurang bersosial dan biasanya lemah dalam sukan. Manakala mereka yang mempunyai EQ yang tinggi pula, adalah mereka yang popular, disenangi dan juga menjadi ketua dalam aktiviti atau kelab-kelab. Biasanya meluangkan masa bergaul dengan rakan lain, serta lebih aktif dalam sukan.
Tetapi, jika individu tersebut mempunyai kedua-dua IQ dan EQ yang tinggi, pencapaian mereka sememangnya tidak dinafikan, biasanya menjadi ketua pengawas, pintar dalam akademik dan juga bersosial, namun, tak ramai.
sheldon 72
Jika anda menonton siri televisyen The Big Bang Theory, watak utamanya Sheldon Cooper, seorang ahli fizik mempunyai IQ yang sangat tinggi iaitu dengan markah 187. Namun beliau gagal dalam memahami emosi sesorang serta tidak peka kepada persekitaran sekeliling dan juga lemah dalam sukan. Sebagai contoh, bagi seorang yang tinggi IQ, beliau tidak pandai memandu kereta. Ironi kan?
Jadi, mana satu? Jom kita selami IQ dan EQ dengan lebih dalam. 

Kebolehan IQ vs EQ

iq vs eq
IQ mewakili kebolehan seperti:
  1. Pemprosesan visual dan spatial (ruang)
  2. Pengetahuan dunia
  3. Pertimbangan kepintaran (kebolehan mempertimbangkan dan menyelesaikan masalah)
  4. Memori kerja dan memori jangka pendek
  5. Pertimbangan kuantitatif (kemahiran asas matematik)
EQ mewakili kebolehan seperti :
  1. Mengenalpasti emosi
  2. Menilai bagaimana orang lain rasa
  3. Mengawal emosi sendiri
  4. Mengamati bagaimana orang lain rasa
  5. Menggunakan emosi untuk memudahkan komunikasi sosial
  6. Berhubung dengan orang lain

IQ sebagai penanda aras

Pada satu ketika, IQ menjadi penanda aras kepada penentu kejayaan seseorang kerana mereka ini dianggap sudah ditakdirkan untuk berjaya. Mereka ini dikatakan adalah hasil kepada genetik yang baik. Namun, pakar-pakar masa kini berpendapat IQ tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang.
high iq
Daniel Goleman, seorang pakar psikologi dan penulis buku 'Emotional Intelligence' mengatakan bahawa EQ mungkin lebih penting dari IQ kerana mereka (pakar psikologi lain) berpendapat bahawa piawaian mengukur kepintaran dan kecerdasan otak (markah IQ) adalah terlalu sempit dan cetek, serta tidak merangkumi keseluruhan kepintaran manusia. Pendek kata, ia hanya menunjukkan kepintaran seseorang, hanya dari segi akademik. 
Malah, kepintaran seseorang itu bukanlah diukur hanya sekadar dari sudut akademik sahaja tetapi terdapat beberapa lagi kategori kecerdasan yang mana seseorang itu mungkin lebih cenderung kepada kemahiran lain selain akademik, kata Howard Gardner, juga seorang pakar psikologi. Daripada hanya menumpukan kepada satu jenis kepintaran, pakar-pakar ini percaya bahawa kebolehan untuk memahami dan meluahkan emosi boleh menjadi sesuatu yang lebih penting mengatasi kecerdasan akademik.

Realiti dunia masa kini sebenar

rq
Jika dilihat pada dunia masa kini, lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan, EQ memberikan impak yang amat besar dalam beberapa aspek. Banyak syarikat yang mewajibkan bakal pekerja mereka untuk menjalani ujian EQ ketika ditemuduga. Mereka yang mempunyai EQ yang tinggi, menurut kajian, mempunyai potensi kepimpinan yang tinggi. Ini membuktikan bahawa EQ adalah sesuatu yang sangat penting kepada mereka yang menjadi pengurus atau pemimpin perniagaan.
Contoh dibuktikan melalui sebuah syarikat insurans menyedari situasi ini bahawa EQ memainkan peranan penting dalam bidang penjualan. Agen insurans yang mempunyai tahap EQ yang lebih rendah menjual polisi dengan purata RM230,000 manakala agen tinggi EQ menjual polisi bernilai RM487,000. Ini kerana kebolehan mengenalpasti emosi dan menggunakan emosi untuk memudahkan komunikasi sosial boleh mempengaruhi pilihan pengguna dan seterusnya mempengaruhi keputusan mereka untuk membuat pembelian.

3 sebab mengapa EQ lebih penting daripada IQ

1. EQ mempunyai kesan yang lebih terhadap kejayaan berbanding faktor-faktor lain
Ya memang benar jika IQ anda tinggi dan resume anda kelihatan mengagumkan, secara adat, mudah untuk anda dapat kerja. Namun kekurangan EQ boleh menyebabkan anda dibuang kerja. IQ anda menyumbang hanya 20% kepada kejayaan dalam hidup, manakala kebolehan menggunakan emosi dan kemahiran bersosial lebih menentukan ke mana dan bagaimana kejayaan boleh dicapai. Mungkin ini sebabnya orang mengatakan CGPA bukanlah penentu segalanya. Ramai juga yang mempunyai daya kecerdasan otak yang tinggi, tetapi gagal mengawal emosi, akhirnya tidak dapat menggunakan kepintaran mereka ke arah lebih baik
Situasi masa kini membuktikan bahawa banyak syarikat tidak lagi hanya memandang kelayakan akademik, tetapi lebih kepada cara anda berkomunikasi dan keperibadian anda, iaitu EQ. 
2. Tinggi EQ membantu membina perhubungan dengan orang lain
Kemahiran bersosial dan cara pembawakan diri amatlah penting dalam dunia pekerjaan. Anda perlu lebih peka mengenalpasti emosi orang lain, serta emosi anda sendiri. Dengan ini anda lebih mudah untuk meluahkannya. Jika anda tidak pandai mengawal emosi serta memahami emosi orang lain, sukar untuk anda menjalani hubungan baik anda dengan orang lain.
Dalam situasi ini, EQ lebih memainkan peranan penting daripada IQ. Realitinya ramai di antara mereka yang mempunyai IQ yang tinggi namun tidak pandai bergaul dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jika bijak dalam akademik sahaja tetapi tidak pandai membawa diri, tiada gunanya.
3. Kesihatan fizikal dipengaruhi kesihatan emosi
Sudah tentu kedua-dua kesihatan ini berhubunga kait. 80% daripada masalah kesihatan yang dialami adalah datang daripada tekanan kerja. Mengapa kita rasa tertekan dengan kerja, kerana emosi kita terganggu. Jadi, dengan bijak mengawal emosi, secara tak langsung anda dapat mengawal tekanan yang datang daripada kerja, seterusnya mengurangkan risiko kesihatan fizikal.
Sumber : http://iluminasi.com


from Jom Dakwah http://ift.tt/2sOLddQ
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment