BANYAK hadis yang menjelaskan mengenai tanda-tanda kiamat besar, dan kini semua hadis tersebut terbukti adanya. Mantan Mufti Mesir Dr. Ali Gomaa dalam sebuah acara televisyen menyatakan bahawa ada tiga petanda bermulanya kiamat besar, dan semua petanda itu sekarang sudah tampak dan terjadi.
Ali Gomaa berkata bahawa petanda pertama ialah kekeringan di daerah Nakhl Baisan di Syam (Palestin) yang diduduki Israel, petanda kedua ialah asid Tasik Tiberias.
Menurut Gomaa, Tasik Tiberias telah surut hingga batas yang mengancam kaum Zionis Israel dengan bencana "kehausan" sehingga mereka berusaha masuk ke wilayah Lebanon selatan untuk membuat waduk dari air Sungai Litani yang terletak di Lembah Bekaa, Lebanon selatan.
Sedangkan petanda ketiga, lanjut Gomaa, ialah surutnya mata air Zaghar yang terletak di sebuah kampung di dekat Laut Mati di Jordan. Menurut Gomaa, mata air itu sekarang sudah menyurut.
Mengenai pelbagai terjadinya kiamat kecil, mantan mufti Mesir ini juga mengatakan bahawa semua petanda itu berkenaan dengan merebaknya mafsadat atau kerosakan di muka bumi, yakni sesuatu yang buruk dan bejat namun diterima dan di anggap sebagai sesuatu yang lumrah di tengah umat manusia.
sumber islampos.com
from Detik Islam http://ift.tt/2g7rrFS
via Masa Untuk Islam
No comments:
Post a Comment