Hukum memakai rambut palsu adalah haram. Dan yang biasa digunakan ialah wig dan sanggul palsu.
Sejak dahulu lagi, para ulama telah membicarakan tentang pengharaman memakai rambut palsu. Walaupun dengan memakai rambut palsu wanita dapat menutup kepala yakni aurat tetapi hukumnya tetap haram. Apatah lagi di zaman sekarang wanita memakainya untuk kemegahan dan dipertontonkan.
Pernah seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak gadis yang akan menjadi pengantin. Beliau terkena penyakit campak sampai rambutnya jarang akibat gugur. Bolehkah saya menyambungnya dengan cemara?" Namun jawab Rasulullah: "Allah mengutuk wanita yang memasang cemara dan minta dipasangkan cemara."
Dalam pandangan Iman Malik, para ulama Mazhab Hanafi dan banyak lagi yang lain memakai rambut palsu itu adalah dilarang baik dengan menggunakan rambut, wol ataupun carikan kain. Jabir r.a. pernah meriwayatkan: "Rasulullah SAW melarang wanita menyambung rambut kepalanya dengan apapun juga."
Menurut para Ulama Syafi'i, kalau perempuan itu menyambung rambutnya dengan rambut manusia, hukumnya haram. Kerana rambut manusia termasuk dalam cakupan umum dari hadis-hadis mengenai ini. Dan juga kerana memanfaatkan rambut manusia memang diharamkan, demi kehormatan dan kemuliaan manusia itu sendiri.
Tetapi jika rambut itu bukan dari jenis rambut manusi seperti bulu kambing biri-biri, bulu unta dan lain-lain maka masalah ini boleh dijelaskan melalui dua cara:
a) Sekiranya bulu itu najis, maka hukumnya adalah haram.
b) Sekiranya bulu itu bersih, maka dilihat sama ada perempuan itu sudah bersuami atau belum. Jika sudah bersuami, hukumnya berdasarkan tiga pendapat.
i. Halal perbuatannya jika diizinkan oleh suaminya.
ii. Haram perbuatannya walaupun suami memberikan keizinannya.
iii. Halal secara mutlak tanpa memerlukan keizinan suami.
(Sumber: Cinta Islam88)
from Jom Dakwah http://ift.tt/2fsqGFa
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment