Tuesday, 22 November 2016

UMAT ISLAM TAK PERLU BERSUSAH PAYAH MENCARI MAKANAN HALAL DI KOREA LAGI!!

Korea Selatan kini boleh dikatakan sebagai destinasi percutian yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia. Selain dari Malaysia, Korea Selatan juga menerima banyak kunjungan pelancong dari Indonesia dan Brunei yang mana majoritinya adalah penganut Islam.
Isu ‘makanan halal’ biasanya menjadi masalah utama buat mereka yang beragama Islam. Tidak dinafikan, makanan halal agak sukar ditemui di Korea. Jadi, demi memudahkan perjalan anda di Korea, kami cadangkan anda gunakan aplikasi ini.


Memperkenalkan aplikasi ‘Halal Korea’, selain dari membantu mencari makanan halal, aplikasi ini turut memudahkan anda mencari hotel, mengetahui arah kiblat, tempat ibadah, waktu solat, pasaraya halal dan pelbagai lagi informasi berkaitan Korea.
Erti kata lain, aplikasi ini dibangunkan khas untuk memudahkan pengunjung muslim yang ingin ke Korea. Travel ke Korea kini jadi lebih mudah dengan adanya aplikasi seperti ini.
Satu usaha yang baik dilakukan oleh Lembaga Pemerintah Korea. Menurutnya, jumlah pelancong muslim ke Korea semakin meningkat setiap tahun, dan mereka menerima banyak permintaan untuk menyediakan perkhidmatan layanan halal ini.
Diharap dengan aplikasi ini akan bantu memudahkan pelancong muslim yang datang ke Korea. Anda boleh muat turun aplikasi Halal Korea melalui Play Store atau App Store.
Kalau ke korea jangan lupa pula cuba minum susu pisang yang sedap tu!.Annyeonghaseyo.
SUMBER: BUKHARI MALEK


from Jom Dakwah http://ift.tt/2fAMCiv
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment