Seorang ulama dihormati di Filipina, Nuh Caparino, maut terkena tembakan pada lehernya ketika mengimamkan sembahyang subuh kelmarin.
Namun bukan itu berita yang paling menggemparkan. Sebaliknya cerita selepas Nuh menghembus nafas terakhir lebih diperkatakan.
Beberapa gambar tersebar di media sosial dan blog menunjukkan wajah Nuh seakan-akan tersenyum dalam balutan kain kafan.
Seorang pengguna Facebook, Abdur-Raheem Mc-Carthy, yang memuat naik gambar Nuh memberitahu, mangsa serangan maut itu asalnya bukan penganut Islam.
Dia kemudian mengucap kalimah syahadah di Arab Saudi dan sejak itu aktif menjadi pendakwah.
Portal Kesatuan Ulama Islam Sedunia - Asia pula melaporkan Nuh mengimamkan sembahyang di masjidnya di Filipina.
Seorang anak didiknya memberitahu Nuh adalah antara pendakwah terbaik di negara itu dan gigih menyebarkan Islam kepada orang ramai.
"Beliau tidak pernah letih atau jemu dalam menyebarkan dakwah di negaranya," kata anak didik Nuh.
Setakat ini tidak diketahui siapa dalang atau motif serangan berdarah itu.
Sumber: Malaysiakini
from Jom Dakwah http://ift.tt/2fNX34G
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment