Sewaktu saya diberitahu berita ini, saya berfikir banyak kali untuk menuliskan secara terperinci. Pelbagai risau telah timbul bermain di kepala. Soal keselamatan, soal privasi transaksi, dan rahsia informer, banyak yang perlu saya fikirkan.
Namun saya fikir, umat Islam kita perlu dikejutkan. Jika tidak sekarang, bila lagi, itu fikiran saya.
3 bulan, sejengkal jari
Saya namakan beliau, Pakdan, nama samaran demi melindungi keselamatan beliau. Beliau bertugas sebagai pemudahcara di sebuah firma jual beli aset (dirahsiakan apakah jenis aset itu).
Pada hari itu, beliau ditugaskan membantu urusniaga satu syarikat, mudah saya namakan Syarikat Tiaw, yang berminat membeli sebuah aset.
Bermula saatnya Pakdan meminta wakil Syarikat Tiaw kemukakan salinan penyata bulanan bank untuk disemak, Pakdan begitu terkejut sekali.
Macam mana tak terkejut. Salinan penyata bulanan yang berderap di atas mejanya adalah setinggi sejengkal jari. Itu baru transaksi 3 bulan. Wah, syarikat ini pasti amat sibuk bisnes mereka setiap hari, fikir Pakdan.
Kemudian, sehelai demi sehelai Pakdan perhati di setiap baris transaksi. Ada RM10, ada yang RM18, itu saja ‘range’ setiap transaksi duit masuk setiap hati.
Makin tidak selesa
Akhirnya, Pakdan semakin tak selesa. Tersepit dalam dilema, antara profesionalisma, dan humanisma. Bijaknya Pakdan, dia pandai berlakon seolah-olah tiada sangsi yang timbul.
Maka, sempatlah beliau bertanya, “Wah, bagus bisnes ni. Berniaga apa ni.”
Dengan selamba, wakil syarikat Tiaw menjawab, “Kami bisnes Customer Service, dan Marketing. Selalu buat cabutan bertuah, dan pertandingan.”
Sepanjang berdekad dalam kerjaya, tidak pernah diri Pakdan diuji dengan rasa sangsi sehebat begini.
Dari sedikit ‘klu’ yang diberitahu tadi, maka tergeraklah Pakdan meninjau satu per satu penama yang memasukkan wang RM10-RM18 ke akaun syarikat Tiaw.
Setelah disiasat begitu teliti, maka dapatlah Pakdan tahu, bahawa syarikat Tiaw menjalankan bisnes ‘Kasino Halal’ (‘Halal’ kepala bana dia).
Di mana mereka bermaharajalela? Jangan terkejut, skim kasino mereka ni cuma dijalankan melalui platform WeChat semata-mata!
‘Untung tak banyak mana’
Banyak untungnya tu tak adalah banyak mana. Sejengkal penyata bank yang tak sampai 4 bulan, tu pun dah jejak angka RM2 juta sebulan. Dan tu tak kira lagi dia ada 4 akaun bank yang tak dibawa masuk. TU KITA NAK KATA TAK BANYAK?
Itu baru satu syarikat yang kantoi. Ada berapa ratus lagi syarikat ‘kasino halal’ ini muncul di Malaysia? Dah berapa bilion tunai dari orang beriman ‘dialihkan’?
Ha, ni mesti ramai tertanya, macam mana kasino ni boleh bertopengkan ‘halal’, kan?
Setelah diketahui core business Syarikat Tiaw, Pakdan telah giatkan lagi selidiknya mengenai kegiatan mereka. Dan saya sendiri pun telah sahihkan penyiasatan saya di WECHAT, (cuma saya kecualikan beberapa screenshot, supaya kontroversi ini tidak bertukar menjadi promosi).
Modus operandi
Akhirnya, kami berjaya simpulkan modus operandi kempen kasino ini yang berketrampilan ‘halal’ dengan menggunakan beberapa cara:
1. Menggunakan Bahasa Melayu dalam kesemua bahan promosi di WeChat.
2. Menggunakan gambar model gadis Melayu polos suci. Ada yang bertudung. Ada yang tidak.
3. Mengulang-ulang perkataan berbau Islamik seperti InsyaAllah, Alhamdulillah, MasyaAllah, Jangan Lepaskan Rezeki Ini.
4. “Sertai cabutan bertuah ini dengan menyumbang pada umat sekurang-kurangnya RM (amaun yang kecil).” Nampak permainannya?
5. Siap ada jackpot RM1000, dengan menggunakan istilah ‘Durian Runtuh’, ‘Rezeki Terpijak’, dan ‘Hibah Bertuah’.
Dan lebih menakutkan, saya ulangi, MENAKUTKAN sekali… (saya simpan kejutan terakhir di sini) didapati, hampir 90% dari penama bank yang sertai Skim ‘Kasino Halal’ ini adalah perempuan, dan beragama Islam (merujuk kepada penama bank yang tertera dalam transaction history).
Perempuan, kebanyakannya suri rumah, remaja (pelajar) atau mahasiswi.
6. Jadi, anda nampakkan, apalah sangat nilai RM10 di mata golongan di atas, jikalau sangka mereka tak salah mencuba demi ‘jackpot rezeki terpijak’ RM1000. Berbaloi, bagi mereka.
7. Ini adalah syarikat belum-Islam. Maksudnya, orang di belakangnya mungkin ada yang beragama Islam.
Phew… Mana aku tak menyirap darah aku sepanjang menulis pendedahan berani mati ni. Dah semalaman aku tak dapat tidur, cuma nak fikir patut ke tak aku publish tulisan ini.
Oleh itu, saya, sebagai seorang bapa, juga seorang suami, menyeru anda yang membaca ini, supaya pimpinlah bahtera kita ke jalan yang benar.
Banyak yang boleh kita pelajari daripada isu ini.
Apa kita pelajari
1. Pelajarilah ilmu dan hukum hakam agama.
2. Tinggalkanlah maksiat, dan banyakkan berdoa.
3. Kita sendiri sebagai pencari nafkah, kejarlah hasil kualiti kerja yang berkah, supaya apa yang anak dan isteri kita makan seharian, dengan izin Allah akan ‘celik’ mata hatinya terhadap maksiat yang bersulamkan Sorga.
4. Tengok-tengoklah apa yang dibuat oleh anak dan isteri kita di alam maya. Bermula dari awasi kegiatan kita sendiri di alam maya.
5. Buat pemerintah dan penguasa, lihatlah betapa terdesak dan tersepitnya rakyat marhein, hingga terjerumus ke lembah perjudian, hasil dari ketirisan bilion tunai yang seharusnya untuk mereka. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Kalian pemimpin adalah penguli, dan kami rakyatlah adunannya.
6. Kelak semua apa yang kita perbuatkan, akan dibentangkan di muka pengadilan. Kau salahkan dia, dia salahkan kau, akhirnya Allah seret semua sekali mengikut iman masing-masing.
Kenapa tak report polis
Ada yang bertanya, “Kenapa tak report polis je?” Senangnya soalan dia. Hangtahu tak Akta Kerahsiaan yang dipegang seorang Akauntan?
Di Malaysia, kerana akta manusia, whistleblower akhirnya diheret, namun maksiatnya ditutup. Tapi, kerana akta Yang Maha Kuasa, setiap amanah tidak terkecuali disoal Allah.
Mudah-mudahan, telah selesai amanahku di sini.
Dan apa pula amanahmu?
Sumber: Ali Irfan Jani
from Jom Dakwah http://ift.tt/2gd8QL0
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment