Sunday, 18 June 2017

Bufet Ramadan - Tradisi Yang Perlu Dilihat Semula Tujuan Penganjurannya

iluminasi tujuan puasa3
Setiap kali Ramadan akan wujud promosi bufet Ramadan. Kadangkala promonya sudah pun muncul sebelum Ramadan lagi.
Mengapa bufet Ramadan sudah menjadi seolah satu tradisi yang akan wujud setiap tahun? Entahlah mengapa. Idea untuk makan bufet ketika buka puasa ni, seolah dah lari matlamat asal Ramadan itu sendiri.
Dari segi praktikaliti, bufet itu sendiri agak tergelincir dari apa yang sepatutnya dianjurkan.
Satu, harganya agak mahal. Seolah dah jadi norma pula bufet Ramadan meletakkan harga RM50 ke atas satu kepala.
Dua, tidak ada siapa pun yang mampu makan sebanyak apa yang dia bayar. Pada bulan selain Ramadan, pasti kita akan mengelakkan diri kita dari berbelanja lebih RM50 untuk makan seorang.
iluminasi tujuan puasa
Tiga, dengan amaun yang diminta, katalah satu keluarga beranak tiga dan salah satu anaknya masuk percuma, sebuah keluarga akan membelanjakan RM150-RM200 untuk sekali makan. Itu amaun makan seminggu pada bulan lain. Kita kata tak apa....demi Ramadan.
Empat, tak ada apa yang mengingatkan kita tentang Ramadan ketika majlis bufet Ramadan. Suasananya hingar dan situasinya kelam kabut. Solat pun tak tenteram memikirkan kambing golek yang mungkin habis.
Lima, Ramadan adalah bulan berjimat dan mengingati kesusahan orang yang kurang berkemampuan. Bagaimana tradisi bufet Ramadan mengingatkan kita tentang kesengsaraan, jika kita menyanggupkan diri kita bayar lebih dari apa yang kita biasa belanja untuk makan? Pembuangan makanan pula memang berlaku pada kadar yang banyak setiap kali Ramadan menjelang. Bagaimana kita hendak menjustifikasi tindakan kita itu?
iluminasi tujuan puasa2 779
Istimewa betul Ramadan ini kerana hanya pada Ramadan, semua logik dan hujah yang kita kata tentang kos sara hidup, semua ditolak ke tepi. Tak apa pula habis beratus untuk satu malam, sedangkan pada bulan lain, nak makan pun berkira, disalahkan peniaga, disalahkan kerajaan.
Datang Ramadan, lain pula ceritanya.
Tak ramai pula yang nak tunjuk bagaimana dia berjimat mengawal belanja, sedangkan Ramadanlah bulan paling sesuai untuk tengok balik di mana terjadinya pembaziran kita.

Seeloknya kita sebagai sebuah masyarakat lihat semulalah, apa relevannya jualan bufet Ramadan dan apa kaitannya dengan ibadah berpuasa yang sangat dianjurkan supaya dilakukan buka puasa, dalam keadaan sederhana.
Sumber : http://iluminasi.com


from Jom Dakwah http://ift.tt/2rtgOlI
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment