Anda suka berenang di laut?
Pasti ramai yang gemar kerana memang seronok mandi di laut.
Sedang kita seronok mandi, mesti ada masanya kita tertelan air laut yang masin, membuatkan tekak kita rasa semacam, kerana kandungan garam dalam air laut yang tinggi. Tetapi, tahukah anda apa yang anda telan?
Seorang jurufoto, David Liittschwager yang gemar menangkap foto bersaiz makro telah mengambil foto apa yang terkandung dalam titisan air laut. Penemuan beliau menggunakan mikroskop yang membesarkan apa yang terkandung dalam air laut, sangat-sangat menakjubkan.
Ini adalah gambaran sebenar apa yang terkandung dalam air laut.
1. Larva ketam
Bersaiz sangat-sangat kecil, anthropod yang lutsinar ini belum matang tetapi sudah mempunyai organ yang mampu dikenali.
2. Diatoms
Sejenis alga yang berupa seperti kotak yang dibuat oleh silica. Dianggarkan di dalam laut ada berjuta-juta hidupan seperti ini.
3. Chaetognaths
Sejenis cacing yang mampu membesar sehingga 5 inci panjangnya. Mempunyai sistem saraf sendiri, sepasang mata, mulut yang mempunyai gigi dan organ untuk menangkap mangsa.
4. Cacing Marin
Bergerak menggunakan bulu-bulu halus di badan, hidupan polychaete ini kelihatan seperti lipan yang berbulu.
5. Cyanobacteria
Dikatakan sebagai salah satu hidupan paling primitif di bumi. Cyanobacteria mampu menggunakan cahaya untuk menghasilkan gula melalui proses yang mirip dengan fotosintesis.
6. Codepods
Sejenis zooplankton yang kelihatan mirip dengan udang, codepods mempunyai sistem saraf sendiri yang mampu membantu mereka mengelakkan bahaya.
7. Telur ikan
Jangan terkejut pula banyak telur ikan berlegar dalam air laut. Kebanyakan spesis ikan melepaskan tak terkira banyak telur ke dalam air setiap hari, majoritinya akan di makan. Oleh siapa? Kami pun tak pasti.
Dikatakan, gambar itu diambil dari spesimen yang hanya lebih setengah inci lalu dibesarkan 25 kali ganda dibawah mikroskop. Bayangkan dalam setengah inci, ada beribu hidupan lain yang tak pernah kita sangka ada.
Masya Allah.
Sumber : http://ift.tt/2rdjTtK
from Jom Dakwah http://ift.tt/2tyZKuX
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment