Friday, 16 June 2017

Perang Arab Israel Bulan Ramadan Tahun 1973


Sebahagian orang menyangka, negara-negara hanya bergerak dengan munculnya negara Yahudi Israel. Orang-orang Arab Islam takut. Mereka tak berupaya dan tak bersimpati atas Palestin. Benarkah demikian?

Perang yang terjadi pada tahun 1973 antara Arab (majoriti negara Arab terlibat secara langsung atau tidak langsung) lawan Israel ini adalah perang keempat yang mereka terlibat. Perang ini mempunyai banyak nama. Perang Ramadhan, kerana terjadi pada 10 Ramadhan 1339 H. bertepatan dengan 6 Oktober 1973. Oleh itu, perang ini juga dikenali dengan perang Oktober 1973. Perang ini juga disebut dengan perang Yom Kippur. Kerana serangan pakatan Arab dilakukan pada masa Yahudi merayakan hari yang paling agung dalam tradisi mereka, hari Yom Kippur.

Perang ini bermula dengan serangan Mesir dan Syria terhadap kedudukan Israel di sepanjang Dataran Tinggi Golan dan Terusan Suez. Mesir dan Syria ingin merebut kembali wilayah mereka yang diduduki Israel pada tahun 1967. Perang yang berlangsung selama 19 hari ini awalnya dimenangi oleh orang-orang Arab.

Pada tarikh 10 Ramadhan 1339 atau 6 Oktober 1973, pasukan Mesir melintasi Terusan Suez. Pasukan Mesir berjaya menguasai kembali Daratan Sinai. Israel menderita kekalahan. Di Ambang Mesir ke Sinai bermula dengan satu serangan udara dan gempuran meriam. Lebih dari 200 tan peluru meriam berdaya ledak tinggi yang disembunyikan di bukit-bukit pasri pesisir Terusan Suez berjaya menghentam sasaran-sasaran yang sudah disasarkan. Pesawat-pesawat MiG Mesri meraung-raung di atas Suez. Menukik. Membomi. Memberondong. Dan melonjak kubu-kubu Israel di Garis Bar Lev. Belum lagi letupan-letupan yang dipasang Pasukan Katak Mesir juga berjaya diletupkan.

Kemudian pasukan penyerang Mesir akan bergerak dengan perahu-perahu motor mereka. Dalam masa beberapa minit mereka berlari menuruni Terusan dan menyalakan perahu motor untuk menyeberangi perairan selebar 180 meter. Selepas itu, mereka mendirikan sebuah landasan serbu sebagai titik awal untuk serangan seterusnya. Pasukan berikutnya pun tiba. Mereka berjumlah 10,000 askar dan disokong oleh 1,350 kereta kebal serta 150 senjata anti pesawat. Pasukan Mesir berjaya memenangi pertempuran di hari pertama.

Kemenangan ini bukanlah tanpa perlawanan dan pengorbanan. Mesir perlu membayar kemenangan mereka dengan gugurnya 64 orang tentera Mesir. 420 cerdera. 17 tank mereka mengalami kerosakan. 26 kereta kebal dan 11 pesawat pejuang dan helikopter mengalami kerosakan.

Sementara pihak Israel mengalami kerugian dengan 2838 orang tewas. 2800 cerdera 508 tawanan kabur. 840 kereta kebal, 400 kenderaan lapis baja, 109 pesawat pejuang dengan helikopter, dan satu kapal perang hancur.

Penderitaan Israel tidak berhenti sampai di situ. Pada pukul 14.00 di hari yang sama, gantian Syria menghajar mereka. 60 pesawat pejuang Syria terbang membomi sasaran-sasaran Israel. Sementara meriam-meriam mereka membuka gempuran gencar untuk melemahkan tentera Israel. 800 kereta kebal Syria pun masuk ke kawasan darat negara Yahudi itu.

Hari-hari awal Perang Yom Kippur ini menjadi milik bangsa Arab. Sampai akhirnya, Israel dengan sokongan negara kuasa besar, Amerika, berjaya memutar balikkan keadaan. Hingga kemudian dibuatlah perjanjian damai. Antara negara-negara Arab dengan Israel.

sumber kisahmuslim.com


from Detik Islam http://ift.tt/2rArmU1
via Masa Untuk Islam

No comments:

Post a Comment