Khasiat Air Beras.Tahukah anda khasiat air beras ini boleh memberi pelbagai manfaat buat anda.
Beras mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri ianya kaya dengan vitamin dan mineral seperti niacin, vitamin D, kalsium, fiber, iron, thiamine dan riboflavin. Selain itu juga, beras kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol, lemak tepu yang boleh memudaratkan.
Khasiat beras bukan sahaja boleh di makan, malahan bagus untuk penjagaan kulit muka dan juga tubuh badan. Contohnya, pemakaian bedak sejuk masih diamalkan oleh orang moden sehingga kini dan ia telah diubah suai di dalam penjagaan produk kulit masa kini.
Terdapat banyak khasiat air beras dari basuhan pertama hinggalah ke air didihan beras sebelum menjadi nasi. Antaranya:
1. Air Basuhan Beras Yang Pertama
- Air basuhan pertama juga, boleh digunakan untuk mencuci ikan, ayam untuk menghilangkan bau hanyir yang ada pada ikan dan juga ayam. Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran untuk menghilangkan kekotoran dan juga ulat yang ada pada sayur.
- Air ini juga boleh dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat. Contohnya, pokok cili dan lain-lain jika anda ada menanam pokok di rumah.
2. Air Basuhan Kedua
- Untuk wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi, ambil air beras basuhan kedua untuk membasuh muka. Ia juga amat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.
- Air ini juga dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.
- Air ini juga boleh dijadikan mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan.
- Khasiat air beras untuk dijadikan mandian amat baik untuk kulit kering dan kusam, hilangkan panas badan, mereka yang mengalami gatal-gatal, menghilangkan daki dan sebagainya.
3. Air Didihan Beras Sebelum Menjadi Nasi
- Khasiat air didih beras pun tidak kurang hebatnya. Anda boleh mengamalkan air didihan beras secara sejuk atau suam dengan campuran gula atau tidak. Khasiatnya, akan membuatkan suara menjadi lunak bagi seorang yang suka menyanyi atau membaca Al-Quran.
- Berita baik buat wanita, anda yang mengamalkan air didihan beras sebelum tidur ia akan membuatkan payudara anda menjadi tegang dan montok secara semulajadi.
Sumber : http://www.wom.my
from Jom Dakwah http://ift.tt/2fuJry9
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment