Thursday, 7 September 2017

6 Mitos Masalah Kesihatan Yang Patut Dihentikan

Image result for 6 Mitos Masalah Kesihatan Yang Patut Dihentikan


Kesihatan adalah sesuatu yang sangat berharga dan tak dapat digantikan dengan apa-apa sekalipun. Tanpa kesihatan yang baik, segala harta benda yang kita ada seolah-olah tidak berguna. 
Disebabkan ini ramai yang sanggup menghabiskan wang ringgit demi menjaga kesihatan. Terdapat produk yang benar-benar merawat penyakit dan ada juga produk yang hanya diiklankan dengan tipu helah dengan tujuan memperdaya pengguna.
Disini ingin dikongsikan 5 mitos masalah kesihatan yang perlu dihentikan.

1. Detoksifikasi (produk detoks)

pad kaki
Ini merupakan terma yang paling banyak digunakan ketika ini. Terdapat pelbagai produk yang kononnya mampu membantu proses detoksfikasi oleh badan. Antaranya adalah teh detoks, stokin detoks, pelekat tapak kaki dan banyak lagi. Namun hakikatnya syarikat yang mengeluarkan produk-produk ini langsung tak tahu apa maksud terma "detoks".
teh
Dari segi perubatan, produk detoks digunakan oleh ahli perubatan untuk membantu penagih dadah mencapai tahap selamat daripada kesan dadah dalam badan dan mampu mengawal diri sendiri. Namun produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang mahu mengambil kesempatan ini tidak ada kaitan langsung dengan pembersihan dalaman badan manusia dan merupakan penipuan semata-mata.
Badan kita diciptakan sempurna yang mampu untuk menyahtoksikan bahan yang tidak perlukan dengan sendiri dan tidak memerlukan produk tambahan.

2. Nafas berbau (produk nafas segar)

Nafas berbau, atau halitosis adalah sesuatu yang merisaukan mereka yang kisah akan kebersihan diri. Namun terma ini telah disalahgunakan oleh syarikat pengeluar produk pembersih mulut.
Bau mulut sememangnya sesuatu yang perlu dirawat namun ia menjadi peluang kepada syarikat-syarikat ini untuk mengambil kesempatan terhadap manusia zaman moden yang pentingkan kebersihan diri.
mouthwash
Syarikat-syarikat ini mendakwa produk mereka boleh mengsterilkan dan menyembuhkan luka yang menjadi penyebab mulut berbau, namun sebenarnya terma "halitosis" itu sendiri merupakan satu rekaan, bertujuan melariskan produk-produk mereka. 

3. Wi-Fi membahayakan kesihatan

wifi
Di zaman moden ini, ke mana sahaja anda pergi, pasti anda akan dapat berhubung dengan dunia melalui gelombang Wi-Fi yang disediakan. Seolah-olah hidup kita tak mampu diteruskan tanpa internet atau Wi-Fi.
Namun terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa teknologi canggih ini mempunyai hipersensitiviti elektromagnetik yang mana dikatakan radiasi dari Wi-Fi mampu menyebabkan penyakit seperti alahan dan autoimun.
radiasi wifi 427
Namun perkara ini adalah tidak benar dan radiasa ini tidak mempunyai implikasi kepada kesihatan seperti yang digembar-gemburkan, walaupun radiasi tersebut wujud dan disahkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

4. Sensitif terhadap gluten (produk bebas gluten)

bebas gluten
Tiada satu bukti pun dikemukakan apabila hampir semua pakar perubatan mencadangkan supaya gluten dikecualikan daripada diet seseorang yang dikatakan menyebabkan seseorang itu menjadi lemah, letih dan sakit.
Sains masih tidak dapat membuktikan bahawa gluten adalah penyebab kepada alahan yang dialami oleh mereka yang alah terhadap gandum. Malah, tak mungkin gluten akan menyebabkan masalah sindrom usus (Irritable Bowel Syndrome - IBS) kerana gluten itu seniri adalah protein.
bebas gluten 2
Jadi, tiada istilah alahan terhadap gluten.

5. Kemurungan adalah penyakit

kemurungan 2
Tidak dinafikan kemurungan adalah satu perkara yang tidak boleh diambil murah. Ia adalah sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang punca harapan untuk hidup. Namun, terma "kemurungan" itu bukanlah sesuatu yang boleh digunakan sewenang-wenangnya. Dan seperti mana mereka yang mendakwa mengalami kemurungan, sebenarnya tidak berhadapan dengan situasi tersebut.
Menurut kajian yang dijalankan di Johns Hopkins University, hanya 60% daripada 6000 sahaja yang boleh diklasifikasikan mengalami masalah kemurungan teruk. Dan bukan semua ubat anti-kemurungan yang didakwa dapat membantu masalah ini adalah berkesan.
kemurungan 705
Jika ada rakan-rakan anda mendakwa diri mereka kemurungan disebabkan kesedihan, kemungkinan besar adalah mereka hidup mereka ketika itu sukar bagi mereka, dan bukanlah mengalami kemurungan.

6. Masalah resdung

resdung 10
Gambar hiasan
Ramai di antara kita yang mengalami masalah resdung yang membuatkan aktiviti harian terganggu. Disebabkan ini, mereka sanggup untuk berbuat dan mencuba apa sahaja cara dan rawatan bagi memulihkan masalah yang membelenggu ini.
Melihatkan keadaan ini, ramai individu yang ingin mengambil kesempatan dan mencipta pelbagai rawatan karut. Antaranya termasuklah rawatan menyedut habuk atau asap. Selepas menghidu asap, pesakit akan mengeluarkan hingus yang banyak yang dikatakan terperangkap di rongga muka menjadi penyebab kepada masalah resdung. Namun ia adalah helah perawat itu.
Hingus tersebut hanyalah cecair yang terhasil akibat reaksi oleh hidung terhadap sedutan asap tersebut. Malah, dengan menghidu asap-asap tersebut boleh memberikan kesan buruk kepada paru-paru.
Sumber : https://iluminasi.com


from Jom Dakwah http://ift.tt/2eP34QY
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment