BOLEHKAH MENYEBUT "SI FULAN AHLI NERAKA" ATAU "SI FULAN AHLI SYURGA"
Soalan; Assalamualaikum Ust. Saya nak tanya satu soalan. Boleh tak kalau kita menghukum seseorang berdasarkan kepada zahir amalannya, contohnya kita kata si Anu masuk syurga si Anu kafir, si Anu masuk neraka berdasarkan kepada perbuatan zahir mereka? Bukankah nabi pernah mengatakan seorg wanita masuk neraka dgn sebab dia menyiksa seekor kucing dan seorang wanita yg lain masuk syurga dgn sebab dia memberi minum seekor anjing? Minta penjelasan ust.
Jawapan;
1. Tidak boleh kita menyebut secara pasti dengan merujuk kepada individu seperti kita berkata "Si Fulan adalah ahli neraka" atau "Si Fulan ahli syurga". Ini kerana sekalipun seorang itu melakukan dosa, pintu taubat dan pemgampunan Allah masih terbuka untuknya. Hari ini ia melakukan maksiat, mungkin esok ia bertaubat dan Allah menerima taubatnya dan ia menjadi ahli syurga. Begitu juga, boleh terjadi seorang itu hari ini rajin beribadah, namun esok atau hari depan ia menjadi pelaku maksiat dan mati dalam maksiat, lalu ditempatkan Allah dalam neraka. Apa yang boleh kita ucapkan ialah dengan menyandar kepada perbuatan seperti kita berkata; "Perbuatannya itu boleh menyebabkan ia diazab dalam neraka" atau "Amalannya itu adalah amalan ahli syurga", dengan syarat terdapat nas dari al-Quran atau as-Sunnah menegaskan tentang amalan tersebut (sebagai amalan yang diredhai Allah atau dimurkaiNya, atau sebagai amalan syurga atau yang mengundang neraka).
2. Adapun Nabi, ia bercakap berdasarkan wahyu dari Allah. Jika ia berkata "Si Fulan adalah ahli syurga" (sebagaimana ia ucapkan tentang 10 sahabat yang dijamin syurga), itu adalah dari apa yang Allah khabarkan kepada baginda. Begitu juga, jika baginda berkata "Si Fulan ahli neraka" atau "Si Fulan di azab dalam kuburnya" (sebagaimana ucapan baginda tentang penghuni 2 kubur yang diazab kerana mengadu domba dan tidak menjaga kencingnya), itu juga perkhabaran dari Allah. Adapun kita hari ini, tidak ada wahyu yang turun memberitahu kita si fulan adalah ahli syurga atau si fulan ahli neraka kerana tiada Nabi lagi selepas Nabi Muhammad. Yang ada pada kita ialah al-Quran dan as-Sunnah yang menyebutkan amalan-amalan yang membawa ke syurga atau ke neraka dan golongan-golongan ahli syurga dan ahli neraka secara umum kecuali individu-individu tertentu yang disebut secara jelas sebagai ahli syurga atau ahli neraka. Maka orang lain selain individu-individu itu masa depan mereka masih tidak pasti bagi kita.
Terdapat riwayat menceritakan bahawa Umar r.a. pernah menegur di dalam khutbahnya; “Kamu sekelian selalu berkata semasa peperangan bahawa “Si Fulan adalah syahid” dan “Si Fulan telah mati sebagai seorang syahid”…Janganlah sekali-kali kamu berkata seperti itu, akan tetapi ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan Rasulullah s.a.w.;
مَنْ مَاتَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ قُتِلَ فَهُوَ شَهِيدٌ
“Sesiapa yang gugur di jalan Allah atau terbunh (di jalan Allah), maka dia adalah syahid”.
(Hadis hasan, riwayat Imam Ahmad. Lihat; Fathul-Bari, juz. 9, bab La Yaqul Fulan Syahid).
Wallahu a'lam.

Sumber: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
from Jom Dakwah http://ift.tt/2egTk0n
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment