Kitab suci al-Quran mengandungi 114 surah, yang dibahagikan pula keapda 30 juzu’. Al-Quran merupakan tali penghubung yang kukuh mempertautkan seseorang hamba dengan Allah Maha Pencipta dengan memperteguhkan imannya kepada Allah. Mencintai al-Quran bererti mencintai Allah.
Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menegaskan kepentingan al-Quran kepada mansuia. “Al-Quraan merupakan penghubung yang kukuh antara hamba dengan Rabb-Nya dan bukti wujdunya cinta. Barangsiapa berpegang teguh dengan al-Quran, nescaya Allah akan menyelamatkannya dan barang siapa menyeru kepada al-Quran, nescaya Allah akan menunjukkan ke jalan yang benar”.
Tegas beliau lagi, “Al-Quran menanamkan keimanan dan mensucikan jiwa seseorang, diturunkan untuk mententeramkan hati manusia dan sebagai benteng bagi orang Mukmin dalam menghadapi hempasan fitnah. Al-Quran juga membekali Muslim dengan konsepsi serta nilai yang dijamin kebenarannya, sehingga dia mampu menilai sesuatu dan menimbang sesuatu secara benar”.
Allah berfirman, maksudnya, “Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik [iaitu] al-Quran yang serupa [ayat-ayatnya] lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan Kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk”. Al-Zumar: 23.
Berkatalah Asy Syaikh Abil Fada’ Muhammad ‘Izzat Muhammad Arif, “Sedangkan al-Quran merupakan bantuan yang datangnya dari langit kepada bumi. Sedangkan hati orang-orang kafir telah dilumuri dengan kelalaian, kekufuran, keingkaran, kemunarfikan dan kemungkaran, bagaimana tetesan-tetesan kebaikan akan dapat memasukinya, sedangkan mereka tidak pernah membuka hatinya. Maka tidak bisa disangkal lagi cahaya, petunjuk dan kesembuhan yang berasal dri al-Quran akan dapat ampun bagi orang yang membuka hatinya untuk al-Quran”.
Ada orang-orang kafir di zaman Rasulullah terus memeluk agama Islam setelah mendengar Rasulullah S.A.W. membaca al-Quran. Mengungkapkan kejadian ini seorang penulis terkenal Syeikh Abdul Razak Naufal menegaskan, “Hasil pendengaran lanjut itu [bacaan al-Quran Rasulullah S.A.W] menyebabkn mereka tertarik kepada al-Quran iaitu melalui suatu cara yang lebih bijak daripada cara-cara kejiwaan yang terdapat pada masa kini. Dan dengan serta merta itu juga pendengarnya berfikir, memerhati dan mengamati apa yang telah didengarnya. Kemudian dengan tiba-tiba ia mengaku apa yang didengarnya itu bukan dari percakpan atau kata-kata manusia. Lalu iapun lantas menganut agama Allah”.
Allah berfirman maksudnya, “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian”. Al-Isra’: 82.
Pakar-pakar telah membuat perkiraan, kadar sebanyak mana kita membaca al-Quran setiap hari, berapa lama masa yang akan kita ambil untuk mengkhatamkan sebuah al-Quran yang terdiri daripada 30 juzu' itu.
-Jika kita membaca satu ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 17 tahun, 8 bulan, 9 hari untuk menghabiskan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 2 ayat sehati, kita akan mengambil masa selama 8 tahun, 9 bulan dan 18 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 3 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 5 tahun, 10 bulan dan 13 hari mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 4 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 4 tahun, 4 bulan dan 24 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu' al-Quran.
-Jika kita membaca 5 ayat sehari, kita akan mengamnbil masa selama 3 tahun, 6 bulan dan 7 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 6 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 2 tahun, 11 bulan dan 4 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ Al-
Quran.
Quran.
-Jika kita membaca 7 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 2 tahun, 6 bulan dan 3 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 8 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 2 tahun, 2 bulan dan 12 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 9 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 1 tahun, 11 bulan dan12 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 10 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 1 tahun, 9 bulan dan 3 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 11 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 1 tahun, 7 bulan dan 6 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 12 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 1 tahun, 5 bulan dan15 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 13 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 1 tahun, 4 bulan dan 6 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 14 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 1 tahun, dan 3 bulan untuk mengkhatamkan 30 juzu’ Al-quran.
-Jika kita membaca 15 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 1 tahun, 2 bulan dan 1 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 16 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 1 tahun, 1 bulan dan 6 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ Al-Quran.
-Jika kita membaca 17 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 1 tahun dan 10 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ Al-Quran.
-Jika kita membaca 18 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 11 bulan dan 19 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 19 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 11 bulan dan 1 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 20 ayat sehari, kita akan mengambil masa selama 10 bulan dan 16 hari.untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 1 muka surat sehari kita akan mengambil masa selama 1 tahun, 8 bulan dan 12 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
-Jika kita membaca 2 muka surat sehari, kita akan mengambil masa selama 10 bulan dan 6 hari untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran.
Kita boleh pilih mana-mana waktu yang kita suka. Sehari, seminggu, sebulan, setahun dan sebaganya untuk mengkhatamkan sebuah al-Quran 30 juzu’. Tapi tentunya makin banyak makin baik, makin dekat kita dengan kebenaran dan makin dekat dengan Allah.
Pesanan penulis, Haji Muhammad Riavi Batubara yang mendapat nasihat berharga daripada gurunya seorang ulama ahli tafsir yang terkenal, Syeikh Muhammad Amin Al-Syanqithi mengenai al-Quran sewajarnya diberikan perhatian yang serius, katanya, “Beliau [gurunya] selalu menasihatkan kami supaya sentiasa mengerjakan qiyamulail serta berdamping dengan al-Quran dengan selalu membacanya, berusaha menghafazanya dan mengkajinya serta mengambil hidayahnya”.
Sumber : pondokrahmat
from Jom Dakwah http://ift.tt/2nF7XLr
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment