PAGI adalah sebahagian dari hari setiap hari. Pada umumunya, setiap hari dibahagikan kepada dua, iaitu malam dan siang. Untuk lebih terperinci lagi, siang itu dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian pula, iaitu pagi, tengah hari dan petang. Demikian juga dengan malam, dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu awal malam, tengah malam, atau lewat malam, hujung malam, dan dini hari.
Ia bermula sejak terbit fajar atau matahari dan berlangsung sehingga masuk waktu tengah hari yang akan menyusul. Kemudian tiba pula waktu petang dan disusuli dengan ketibaan malam. Demikianlah hari demi hari berlaku selagi dunia berkembang.
Semua pembahagian hari itu dibuat semata-mata untuk mempermudahkan urusan-urusan kita sebagai manusia menjalani hidup setiap hari, termasuk untuk menunaikan urusan ibadat kepada kita umat Islam.
Rahsia Pagi
Waktu pagi menyimpan banyak rahsia. Pada waktu pagilah bermulanya hari setiap hari. Justeru jagalah waktu pagi itu supaya seiring jalan dengan kita. Sebagai pembukan jalan hari. Jika waktu pagi ini berjalan dengan baik, Insya-Allah, baiklah waktu-waktu berikutnya.
Kebanyakan bunga-bungi berkembang di waktu pagi. Aneka warna, memikat mata memandang. Jengoklah ke taman bunga. Alangkah indah suasana pagi yang diselimuti oleh bunga bungi.
Kebanyakan bunga-bunga memancarkan bau-bau yang wangi dan mewangikan. Menyegarkan. Harum, manis, lembut, membelai hati dan perasaan.
Pergilah ke pesisir pantai yang luas terbentang di waktu pagi. Berdiri di dada pasir yang landai. Bayu pagi akan mengelus-ngelus badan. Alangkah inak dan nyamannya. Nun jauh di sana, di kaki langit, saujana mata memandang, tersembul bola merah yang merayap naik ke dada langit. Mempesonakan.
Pagi Berhampiran Pantai
Dongaklah ke langit pagi. Nun di sana mega yang bermandikan cahaya pagi dengan aneka warna yang tidak dapat digambarkan. Keindahan yang akan meresap ke seluruh hati dan perasaan. Menggegarkan imaginasi.
Pasangkan telinga anda. Dengarlah seluruh alam beriang gembira menyambut ketibaan pagi, dengan sinar matahari yang mulai memancar. Unggas-unggas dan burung-burung mulai berkicau, menyanyi dan bergirang gembira menyambut pagi. Berterbangan dari , ranting ke ranting dan dari dahan ke dahan menikmati suasana pagi yang menyegarkan.
Di waktu pagilah bermulanya kesibukan dunia setiap hari.
Para petani akan keluar dari rumah di waktu untuk ke sawah ladang. Dan baliknya di waktu tengah hari atau petang,
Di waktu pagilah bermulanya kesibukan dunia setiap hari.
Para petani akan keluar dari rumah di waktu untuk ke sawah ladang. Dan baliknya di waktu tengah hari atau petang,
Para nelayan turun ke laut di awal pagi untuk meredah samudera untuk mencari rerzeki. Baliknya waktu larut petang membawa hasil tangkapan.
Para pekerja pejabat, guru-guru, pekerja-pekerja kilang, para peniaga akan meninggalkan rumah di waktu pagi untuk menunaikan kewajipan masing-masing. Baliknya mengikut jadual masing-masing biasanya di petang hari.
Anak-anak pergi sekolah juga awal-awal pagi untuk menuntut ilmu. Dan pulangnya lewat tengah hari atau petang.
Semuanya bergerak dan hidup mulai pagi!
Allahuakbar. Allah Maha Besar. Semuanya mempesonakan di waktu pagi yang indah ini.
Pagi Di negara Asing
Pandanglah ke arah manapun, dengan mata dan dengan mata hati anda, semuanya mempesonakan. Menakjubkan.
Pagi Dan Urusan Manusia
Ada berbagai-bagai urusan kemanusian dihubungkaitkan dengan waktu pagi. Antaranya makan pagi atau sarapan.
Pasar pagi, iaitu pasar yang dibuka untuk berniaga pada waktu pagi sahaja. Sejauh yang diketahui pasar pagi terdapat di Malaysia dan di Indonesia. Di Kelantan ada pasar bagi, dan juga di Terengganu. Biasanya di pasar pagi ini terdapat jualan makanan-makanan, sayur-sayuran, lauk pauk, dan keperluan harian. Biasanya pasar pagi dikunjungi oleh suri-suri rumah untuk mencari barang-barang keperluan dapur mereka dan orang-orang tua.
Matahari Waktu Pagi
Akhbar Pagi, iaitu akhbar yang diterbitkan khusus pada waktu pagi. “Morning Paper” ini biasanya terdapat di negara-negara Barat. Ia dijual sejak tengah malam lagi pada sesuatu hari.
Good Morning. Orang-orang Barat menggunakan ucapan Good Morning atau selamat pagi ketika bertemu sebagai tanda hormat dan "greeting". Orang Islam mengucap Salam antara satu sama lain, bukan "Good Morning".
Madah-madah Berharga
Para cerdik pandai pula tidak kurang yang bemadah mengenai pagi untuk memberi perangsang kepada dirinya dan orang lain. Antaranya kita pungut sebahagian daripadanya:
-“Jika anda bosan dengan hidup anda, anda tidak akan bangun pagi dengan keinginan yang menyala-nyala untuk melakukan sesuatu-akibatnya anda tidak akan mempunyai banyak gol untuk disumbat”. Kata Lou Holtz.
Warna-warni langit di suatu pagi
-“Jika anda bangkit waktu pagi, fikirkanlah bagaimana keistimewaan yang amat bernilai untuk hidup- untuk bernafas, untuk berfikir, untuk menikmati, untuk mencintai”. Kata Marcus Auprelius.
-“Peluang-peluang persis fajar sidik, jika anda tunggu terlalu lama, anda akan kehilangan mereka”. Kata William Arthur Ward.
-“Berlaku ramah sebelum pukul sepuluh di waktu pagi, niscaya hari yang selebihnya akan menjaga dirinya sendiri”.
Pagi Dan Islam
Di dalam Kitab Suci al-Quran ada sebuah surah khusus di mana Tuhan bersumpah denga waktu pagi, iaitu Surah Ad-Duha. Ia memulakan ayat itu dengan sumpahnya, “Demi waktu pagi”, dan dikuti dengan ayat, “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi’.
Kita umat Islam pula ada mempunyai wirid-wirid dan doa-doa yang khusus pada waktu pagi untuk mencari keberkatan dan keredaan Allah SWT dalam menjalani hidup sepanjang hari. Wirid-wirid dan doa-doa dan sebagainya itu untuk mempastikan bahawa kita sentiasa berada dalam hubungan baik dengan Allah sepanjang hari yang akan kita harungi nanti. Kita sentiasa berpegang kepada tali Allah.
“Ya Allah, dengan-Mu kami berada di waktu pagi dan dengan-Mu kami berada di waktu petang, dengan-Mu kami hidup dan dengan-Mu kami mati, dan kepada-Mu kami dikembalikan”.
Sumber : pondokrahmat
from Jom Dakwah http://ift.tt/2nazPdA
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment