Saturday, 25 February 2017

5 Perkara Yang Anda Akan Hadapi Diawal Alam Perkahwinan


Menjelang cuti persekolahan, berder-deru invitation ke majlis perkahwinan diterima. Hujung-hujung cuti pula, wall Facebook penuh dengan gambar-gambar perkahwinan.
Cakap saja gambar macam mana dan di mana, dari atas pelamin nan indah ke bilik tidur mahupun padang rumput.
Semuanya dimuat naik atas dasar ‘perkongsian’. Yang dah berkahwin menumpang bahagia, yang masih bujang mengira umur sambil telan air liur tengok sahabat-sahabat sudah mengecap bahagia.
Namun percayalah, anda akan hadapai lima perkara ini seawal enam bulan pertama perkahwinan.

#1 – Realiti vs Angan-Angan

Di sebalik kemeriahan majlis dan keindahan sesebuah perkahwinan, satu kehidupan baru sedang menanti sang mempelai. Sebuah realiti yang dinamakan kehidupan berumah tangga.
Jangan tertipu, rumahtangga bukan hanya tentang isteri dan suami hidup bersama sahaja, tetapi juga mengenai semua perangai baik, perangai buruk, hobi, tabiat dan juga saudara-mara mahupun kenalan kedua-dua belah pihak.
Saudara-mara merangkumi sekecil-kecil lima pupu hingga ke moyang tiri pasangan! Terimalah kenyataan, hidup kita kini bukan lagi milik kita sendiri.
Bukan juga milik pasangan kita semata, tetapi kini merangkumi seluruh dunia kita dan pasangan kita.

#2 – Individualistik

Kita sering dimomokkan dengan tips paling berharga dalam sebuah perkahwinan iaitu ‘SABAR’.
Namun, sejauh mana kita mampu menahan perasaan demi sebuah kesabaran, seandainya kita tidak memahami punca yang menuntut kesabaran tersebut. Perbezaan didalam sesebuah rumah tangga itu lumrah.
Seandainya kita berkahwin diusia 25 tahun, kita harus sentiasa ingat bahawa kita telah menghabiskan 25 tahun yang lalu mengikut acuan kita sendiri sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan.
Begitu juga pasangan kita. Perbezaan yang dibina selama 25 tahun, takkan mampu dihapuskan dalam tempoh 25 hari. Terima perbezaan tersebut dengan matang.
Dari perbezaan yang wujud itu akan lahir satu citarasa baru yang dibina dari saling tolak-ansur antara pasangan.
Lupakan perbezaan dari 25 tahun tersebut kerana kita kini ada selamanya untuk membina citarasa kita bersama!

#3 – Sedih Mengadu

Di awal perkahwinan, perbalahan sering terjadi kerana kerukunan yang masih belum terbentuk.
Sang isteri kebiasaannya akan mengadu kepada ibu atau keluarganya tentang perbalahan tersebut dengan alasan untuk ‘meminta nasihat dari orang tua’. Ummu Adhya’
Jangan! Tidak salah meminta nasihat, tetapi perhatikan percakapan kita. Ibu bapa mana sanggup melihat anak mereka disakiti?
Dalam kita bercerita, takut nanti ada perkara yang membuatkan ibu bapa kita berkecil hati dengan sang menantu.
Lebih parah seandainya ibu bapa terlebih beremosi terhadap permasalahan tersebut dan mula memberikan layanan yang dingin semasa kedatanagan sang menantu.
Apa perasaan pasangan kita seandainya dilayan acuh tak acuh oleh mertua? Merana hati, bukan? Nah, jangan salahkan pasangan kita sekiranya pasangan kita berat kaki mahu pulang ke rumah ibu bapa kita nanti.
Semuanya kerana kita yang tidak pandai membatasi percakapan dan memburuk-burukkan pasangan di hadapan keluarga kita.
Seeloknya pilihlah orang yang jauh, yang kita yakin mampu memberikan nasihat yang adil dan tidak berlegar dalam kehidupan seharian kita mahupun pasangan kita.
Orang sebegini lebih layak memberikan pendapat kerana dia mampu melihat permasalahan tersebut dari perspektif luar konflik dan lebih adil dalam membuat keputusan.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripadda Jabir r.a yang menyebut bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
”Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia”. Riwayat Muslim

#4 – Kemahiran Memasak

Kata orang, lepas kahwin ialah masa untuk mengasah skill memasak. Realitinya, suami tidak mengharapkan isteri untuk mampu sediakan semua jenis western food, ayam golek mahupun nasi minyak.
Cukup sekadar mampu menyediakan makanan yang boleh mengenyangkan perut mereka. Tapi, tahukah anda bahawa ada satu skill memasak yang para suami sangat hargai?
Isteri yang mampu memasak hidangan dari jenis ini akan membuatkan sang suami bukan sahaja kurang gemar makan di luar, malah bergantung pada sang isteri untuk menyediakan makanan tersebut saban hari. Mak mertua pun belum tentu dapat masak hidangan ni tau! Apa ya?
Hidangan sihat yang mengempiskan perut!
1 hingga 2 bulan selepas berkahwin, berat badan para suami biasanya akan makin bertambah. Paling merunsingkan ialah pertambahan kadar kemancungan perut mereka, yang mana sangat mecacatkan penampilan mereka.
Lumrahnya, sang isteri akan menuturkan kata-kata sokongan seperti “ayang tak kisah abang boroi” atau “abang tetap hensem walaupun buncit.”
Percayalah wahai isteri, walau sekuat mana anda meyakinkan suami anda, mereka tetap dengan pendirian mereka bahawa buncit itu hodoh.
Bukan kata-kata manis yang diinginkan mereka, tapi bantuan dari sang isteri untuk mencapai bentuk badan idaman mereka. Lelaki juga mahu kelihatan indah.
Sekarang sang isteri boleh mula untuk belajar masak grilled chicken and salad dan lupakan sementara resepi nasi minyak ya!

#5 – Suami Dan Kerja Rumah

Percayalah, semangat dan keazaman isteri dalam melaksanakan kerja-kerja rumah akan semakin luntur menjelang bulan ke-tiga perkahwinan. Makin parah sekiranya isteri disahkan hamil dan mengalami morning sickness.
Tiada lagi “sayang sediakan ini special untuk abang” tetapi “abang, kenapa tengok saja kain tu? Tolong jemur!”
Dan isteri sering kali akan menganggap kasih sayang suami sudah luntur kerana suami betah melihat isteri menguruskan segalanya sendirian.
Sebenarnya, suami bukan tidak mahu membantu. Tapi apabila dia melihat sang isteri mampu melakukan segalanya dengan sempurna laksana Iron Man, suami pun mulalah naik lemak. Ummu Adhya’
Lama-kelamaan, suami mula lost tak tahu apa yang boleh dia bantu. Dulu setiap hari goreng ayam, sekarang goreng telur pun belum tentu lepas.
Bagaimana nak ‘mengubati’ simptom malas ini? Senang saja! Lelaki adalah makhluk yang lurus. Mereka perlu diberikan arahan secara direct.
Beritahu suami anda apa yang anda harap dia buat dan apa yang anda tak mahu dia buat. Mereka sudah cukup menderita untuk membaca bahasa tubuh anda yang sukar difahami, jangan ditambah lagi dengan memarahi mereka atau melancarkan mogok.

Kesimpulan

Mendalami alam berumahtangga, isteri merupakan tunjang kepada kebahagian sesebuah perkahwinan tersebut. A happy wife makes a happy marriage.
Memahami peranan tersebut, isteri perlulah membanyakkan sabar dan menerima segala yang berlaku sebagai yang terbaik diaturkan Allah untuknya. Jodoh itu urusan Allah, sebaik atau seteruk manapun suami kita, itulah yang dibawakan Allah kepada kita.
Terima dan redha. Bersangka baik walaupun sukar. Jangan melulu meminta cerai atau menginginkan perpisahan. Berdamailah sekiranya bercanggah pendapat. Ingatlah, Rasulullah juga pernah bersabda:
“Allah tidak menjadikan sesuatu yang halal, yang lebih dibenci olehNya dari talak.”
dan
“Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak.” Riwayat Abu Dawud


Sumber : tazkirah.net


from Jom Dakwah http://ift.tt/2lVeVyu
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment