Tuesday, 14 February 2017

Khasiat Daun dan Buah Belimbing Besi


Teliurnya tengok belimbing besi bi kan? Apa lagi makan dengan cicah macam tu. Belimbing ni ianya tak semasam belimbing buluh. Yang dah masak tu lagi sedap. Banyak je di kedai orang jual. Tapi tahukah anda buah ni banyak manfaat kepada kesihatan kita.

1. Pucuk dan daunnya yang ditumbuk atau dikisar sehingga hancur boleh digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan cacar.

2. Menghilangkan Sakit Kepala
Orang dulu-dulu menghilangkan sakit kepala dengan meramas beberapa helai daun belimbing besi hingga hancur dan kemudian ditampalkan ke dahi.

Menurut pesanan orang lama, kalau kita makan buah belimbing jangan sekali-kali makan gula pasir ataupun minum air sirap. Dikatakan memakan kedua-duanya pada masa yang sama boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

3. Menyembuhkan Demam Panas
Daun belimbing besi yang kering pula boleh digunakan untuk meredakan dan menyembuhkan demam panas.

4. Merawat Sakit Muntah-Muntah
Kalau ada yang tetiba diserang muntah-muntah berpanjangan. Dah makan ubat doktor tapi masih tak lega, ada petua tradisional yang boleh membantu. Caranya ialah dengan minum air rebusan daun dan buah belimbing.

5. Merawat Sakit Buah Pinggang
Bagi yang mengalami sakit pundi kencing, orang tua-tua dulu akan nasihatkan untuk selalu amal memakan buah belimbing besi


from Jom Dakwah http://ift.tt/2kGyqai
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment