Saturday, 18 February 2017

8 Rahsia Orang Lama Kekalkan Kemanisan Suami Isteri


Belum masuk ulang tahun pertama perkahwinan, hubungan mula hambar. Tiada lagi kata-kata romantis dari sang suami. Si isteri pula asyik makan hati. Di dalam fikiran, hanya memikirkan sang suami yang mungkin sudah tidak tertarik pada dirinya. Si isteri mendambakan sentuhan mesra dan kehangatan kasih seperti awal perkahwinan, namun si suami pula sibuk dengan kerja dan langsung tidak menghiraukan isteri. Mengapa semua ini terjadi? Jom ikuti beberapa tip mudah dalam menghangatkan hubungan suami isteri seperti pengantin baru.
1. Makanan kegemaran
Isteri boleh memasak makanan kegemaran suami lebih istimewa daripada sebelumnya. Contohnya hidangkan makan malam istimewa kepada suami seperti ‘candle light dinner’ di rumah. Hias meja tersebut berlainan daripada biasa. Letakkan bunga-bunga segar supaya suasana lebih romantis dan relaks dengan haruman bunga segar. Anda juga boleh berhias cantik pada malam tersebut. Anggap sahaja anda sedang menikmati makan malam di restoran mewah dengan suasana romantis bersama suami.
2. Imbas kenangan manis
Anda boleh berborak mesra dengan pasangan sambil mengingati kembali kenangan-kenangan indah zaman percintaan. Usik suami dengan gurauan mesra tentang apa yang telah dilakukannya semasa melamar anda. Anda dan pasangan boleh juga melihat kembali foto-foto perkahwinan. Mungkin sedikit sebanyak mampu mengingatkan kembali memori indah saat bahagia.
3. Lakukan aktiviti bersama
Sekiranya anda dan pasangan sukakan aktiviti lasak seperti ‘hiking’ atau menyelam, apa kata anda luangkan masa melakukan aktiviti tersebut dengan pasangan. Pilih destinasi yang tepat supaya anda dan pasangan boleh menikmati saat indah itu dengan jayanya.

4. Berbulan madu
Mungkin kedengaran agak janggal bagi anda yang sudah berbulan madu. Tapi tidak mustahil dengan melakukan bulan muda kali kedua mahupun kali ketiga. anda dan pasangan tidak perlu ke tempat-tempat jauh seperti diluar negara. Cukuplah dengan memilih destinasi di dalam negara seperti di tempat-tempat sejuk ataupun pulau. Abadikan saat tersebut dengan seikhlas hati. Mungkin selepas ini anda bakal menerima kehadiran orang baru, siapa tahu bukan?
5. Seks istimewa
Nikmati hubungan intim yang berlainan seperti biasa. Contohnya dengan menukar cadar baru dengan hiasan lilin beraroma di dalam ruang kamar anda. Anda juga boleh menyarung pakaian tidur yang lebih seksi dari kebiasaan supaya dapat membangkitkan ghairah suami anda.
6. Ungkapan cinta
Anda boleh menghantar pesanan ringkas SMS pada setiap pagi dengan ungkapan romantis seperti “Saya rindukan abangg, tak sabar tunggu abang balik” ketika suami anda berada di tempat kerja. Kata-kata seperti ini boleh merangsang jiwa suami anda untuk pulang lebih awal bertemu dengan anda.
7. Keluar ‘date’
Apabila anda sudah berkahwin tidak bermakna anda tidak boleh ‘dating’ dengan suami anda. Bahkan ‘dating’ selepas berkahwin lebih menyenangkan anda berdua kerana hubungan yang halal di dalam agama. Anda boleh keluar menonton wayang dengan suami seperti yang anda lalukan sebelum berkahwin. Pilihlah cerita-cerita romatis supaya dapat menghangatkan lagi kasih anda berdua.
8. Hantar makanan ke tempat kerja
Sekiranya anda adalah suri rumah sepenuh masa, apa kata anda masak makanan tengahari dan kirimkannya ke tempat suami anda bekerja. Anda boleh memasak lebih dengan mengagihkan kepada kawan-kawan suami anda juga. Sikap prihatin anda seperti ini pasti membuatkan suami anda terharu kerana anda bukan sahaja memasak untuk suami anda sahaja, malah untuk kawan-kawannya juga.

from Jom Dakwah http://ift.tt/2luaIRW
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment