Tuesday, 14 February 2017

Pernah Tak Rasa Nak Jatuh Masa Tidur? Lagi 5 Perkara Pelik Terjadi Masa Tidur


Tidur merupakan satu proses di mana kita melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya. Sesetengah orang susah nak tidur, berguling guling atas katil berjam jam tak mahu lelap jugak, sesetengah tu lagi pantang letak kepala dah lelap. Tapi tahu tak, ada 5 perkara pelik yang terjadi masa tidur. Anda pernah tak alami salah satu daripada 5 perkara ni?

1. Rasa macam nak masa tidur
Saat baru nak lelap mata, tiba-tiba je rasa macam terjatuh ke dalam lubang, dan tiba-tiba kita pun terus terjaga. Fenomena ni dikenali sebagai “hypnic jerk”. Bila kita mula bermimpi, tubuh badan kita akan berada dalam mode ‘off’. Dan saat badan mula berada dalam mode ‘off’, otot kita masih lagi aktif, dan fenomena rasa seperti jatuh ini akan terjadi. Perasaan macam nak terjatuh ni terjadi apabila seseorang terlalu penat, kurang tidur, atau sedang stress.

2. Tak boleh bergerak bila nak bangun?
Pernah tak rasa tak boleh bergerak masa nak bangun? Masa tu mesti rasa takut kan? Perkara ni dipanggil ‘sleep paralysis’. Ada juga yang kaitkan perkara ni dengan perkara mistik seperti ditindih dan lain-lain. Fenomena ni terjadi ketika semua otot tubuh, termasuk otot yang berkaitan dengan fungsi pernafasan belum aktif sepenuhnya dan masih ‘tertidur’.

3. Tidur berjalan
Ada tak yg pernah tidur berjalan? Malam sebelum nak tidur ada atas katil, bangun esok pagi dah ada dekat sofa? Menurut Dr Winter, berjalan sambil tidur terjadi kerana tubuh dah bangun tapi otak belum sepenuhnya terbangun. Ini menyebabkan seseorang berjalan saat tidur tanpa disedari.

4. Mengigau
Mengigau tentunya bukan hal yang pelik bagi kebanyakkan orang. Ada orang siap boleh bersembang lagi masa mengigau. Pada saat tersebut otot tubuh dah masuk waktu tidur, namun masih ada otot yang aktif dan menghasilkan gerak suara.

5. Sindrom kepala pecah
Ya, sama seperti namanya yang cukup mengerikan, sindrom kepala pecah memang boleh membuatkan kita rasa sakit kepala secara tiba-tiba. Hanya mereka sendiri saja yang tiba-tiba merasakan sakit kepala yang parah hingga hampir meledak atau pecah. Hal ini terjadi sama seperti sleep paralysis. Ketika otot tubuh yang lain masih belum sepenuhnya sedar, otot di kepala sudah beraksi dengan lebih cepat.

Sumber: Men’s Health


from Jom Dakwah http://ift.tt/2lGSnBI
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment