Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad bin Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dg hina.Malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun.Kini, ia tinggalkan istana dgn hati pilu. Dadanya sesak.
Hingga sampai di sebuah bukit yg cukup tinggi. Dari sana ia menatap Istana Al Hambra. Ia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dgn air mata.
Melihat hal itu, ibunya berkata, "Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu sebagaimana laki-laki perkasa! "
Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia. Dan belum pernah bangkit lagi hingga detik ini! Umat Islam disana diberi pilihan : Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.
Tahu apa? penyebab jatuhnya Andalusia ?
1. Cinta dunia
2. Meninggalkan dakwah dan jihad
3. Berkubang dengan kemaksiatan
4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5. Jahil agama
Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, pemuda Islam menangis dan ibu2 mereka berkata, "Menangis lah seperti perempuan! kerana engkau tidak mampu menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!
Maka bersiaplah wahai pemuda Islam. Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Kerana sebab-sebab kejatuhan itu akan selalu sama.
from Detik Islam http://ift.tt/2lFLAFj
via Masa Untuk Islam
No comments:
Post a Comment