Wednesday, 22 February 2017

Cara Memperolehi Khusyuk Dalam Solat


Sifat seorang mukmin adalah sentiasa berada di dlm keadaan ikhlas dan khusyuk sewaktu mengerjakan ibadahnya, Kehadiran hati di dalam solat merupakan ruh ibadat itu sendiri.
Ianya adalah bermaksud kita dpt merasakan sepenuh hati dan jiwa kita bahawasanya kita adalah sebagai hamba yang penuh dengan dosa, kekurangan dan kelemahan yg sedang menghadap dengan penuh pengharapan di hadapan Tuhan kita ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA AGUNG, YANG MENGETAHUI SEGALA RAHSIA DAN APA YANG TERLINTAS DI HATI.
Allah SWT berfirman;
“Sesungguhnya beruntunglah orang2 yg beriman, (iaitu) orang2 yg khusyuk di dlm solatnya”
Almukminun :1-2
Segala yang tidak layak untuk berada di dalam hati yang tidak layak di bawa sewaktu berada di HADRAT ILAHI YANG MAHA SUCI harus di keluarkan dan di tinggalkan seperti fikiran dan lintasan yang berkaitan dgn dunia, harta,maksiat dan sebagainya, semua itu seharusnya bermula dari awalnya dia berwuduk.
Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ali ZainulAbidin Bin Sayyidinal hussain r.a sewaktu beliau sedang berwuduk, maka berubah wajahnya menjadi kuning pucat, di tanya oleh keluarganya;
” Apa yang membuat mu berubah begini sewaktu mengambil wuduk?
Kata beliau; “Adakah kamu mengetagui aku akan berdiri di hadapan siapa selepas ini?
Inilah keadaan orang-orang yang benar-benar jujur dan beriman dgn penuh keyakinan kpd Allah SWT, sentiasa merasakan keagungan Allah , bermula dari awal mereka berwudhu.
Para salafussoleh pernah berkata; ” Barangsiapa yg khusyu’ dan hadir di dlm wudhu’nya (sewaktu mengambil wudhu), maka akan mudahlah dia khusyu’ dan hadir di dalam solatnya”.
Imam Ghazali memberitahu tentang 6 perkara yg boleh membantu kyusuk di dlm solat;
1. Hadirkan hati bersama badan
2. Memahami apa yang di baca
3. Membesarkan Allah
4. Kagum gementar akan kebesaran Allah
5. Harap akan ampunan, Rahmat Allah
6. Rasa malu dan hina di hadapanNya.
Dan salah satu perkara yang dapat kuatkan kyusuk kita adalah;
Di dalam riwayat hadith yang berkata;
“Solatlah seperti solat orang yang hendak meninggal (mengganggap itulah seolah-olah solat terakhirnya yang akan dia kerjakan di dunia).”
Jika kita sentiasa merasakan solat yang akan kita kerjakan adalah solat terakhir kita di dunia ini, maka sudah tentu kita akn lakukan yang terbaik dan yang sempurna di hadapan Sang Maha Pencipta.
Semoga Allah SWT mengurniakan kita khusyuk dan ikhlas di dalam mengerjakan ibadah agung ini. Amin Allahumma amin.

Sumber : tazkirah.net


from Jom Dakwah http://ift.tt/2l0hjPP
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment