Monday, 30 October 2017

Awas! Jangan Campur Vitamin C Dengan 4 Bahan Ini

Tips & Petua! 10 Kegunaan Lain Garam di Rumah Yang Amat Berguna

Image result for Tips & Petua! 10 Kegunaan Lain Garam



Selain daripada menjadi bahan utama untuk memasak, garam juga boleh digunakan untuk tujuan berlainan di dalam kehidupan terutamanya di dapur.

Apa yang anda tahu mengenai kegunaan lain garam? Jom baca!
1. Buah nenas yang terlalu masam boleh berkurangan rasa masamnya jika anda menyapukan sedikit garam halus sebelum makan.
2. Ubi kentang akan mudah dikupas kulitnya jika direndam dengan sedikit air garam terlebih dahulu.
3. Jambangan bunga hidup akan tahan lama sekiranya anda memasukkan sedikit garam ke dalam airnya.
4. Air garam boleh digunakan untuk membersihkan periuk hitam iaitu menggosok periuk tersebut dengan air garam sewaktu ia masih panas.
5. Untuk mengelakkan rasa pijar dan panas pada tangan sewaktu menggiling cili atau cili padi, sapukan garam halus pada tangan sebelum memulakan proses menggiling atau menumbuk cili.
6. Untuk mengurangi peluh yang banyak keluar dari badan, anda boleh cuba minum air garam terlebih dahulu.
7. Campuran garam dan air limau nipis boleh memutihkan marmar di rumah anda.
8. Air kopi yang dibancuh akan lebih enak jika dimasukkan sedikit garam di dalamnya.
9. Minum air campuran garam dan asam jawa yang tua boleh mengurangkan rasa bisa akibat terseliuh atau terkehel.
10. Jika anda mengalami ulser di dalam mulut, bancuh sedikit air garam suam dan minum. InsyaAllah sakit dan pedih akan berkurangan.
Siapa sangka garam punya banyak kebaikan lain yang mungkin selama ini tidak kita ketahui.
Sumber : https://www.wanista.com


from Jom Dakwah http://ift.tt/2lqLQfs
via Kuliah Islam

Sebab & Punca Kemandulan Menurut Fakta Saintifik

Patutlah… Ini 3 Sebab Aktiviti Bersenam Anda Tiada Hasil

Image result for Sebab Aktiviti Bersenam Anda Tiada Hasil



Bagi mereka yang langsung tidak pernah tinggal aktiviti bersenam pasti mengharapkan result yang gempak. Iyalah, kalau setiap petang tidak lelah berjoging atau melakukan aktiviti regangan mesti ada sedikit perbezaan dari segi fizikal. Orang yang selalu bersenam kalau tak sebab nak memperbaiki kesihatan, mereka juga mahu menjaga bentuk badan dan berat badan yang seimbang. 

Tapi pernah tak, dah dekat 3 bulan bersenam tapi masih tiada apa perubahan. Pelik tapi benar..ia bukan jarang-jarang berlaku, rupanya ramai yang tersepit dalam dilema ‘bersenam yang tidak mendatangkan perubahan’. Memang jadi bengang bukan dan paling teruk mulalah ada yang berputus asa kerana ‘perjuangan’ yang dilakukan menampakan keputusan yang sia-sia. Jadi apa yang sebenarnya berlaku ketika anda bersenam? 
Ketahui 3 perkara tentang kesalahan ketika bersenam dan cara memperbetulkannya…

#1 Tiada Matlamat

Senaman yang tidak mempunyai matlamat (goals) tidak menghasilkan apa-apa result. Setiap perkara yang kita lakukan pasti mempunyai plan tersendiri untuk membawa ke arah kejayaan. Individu yang bijak tentunya tahu mengawal pemakanan dan aktiviti bersenam iaitu cara paling efisien. Langkah pertama yang perlu anda sediakan ialah tetapkan matlamat anda untuk setiap hari. Mulakan dengan apa yang anda mahu diakhir matahari terbenam.  

#2 Tidak Jaga Makan

Jadual yang dimasudkan ialah pengurusan dalam pemakanan. Kadar gula, karbohidrat dan kalori yang sewajarnya diambil untuk seimbangkan dengan aktiviti harian anda. Tidak cukup dengan hanya bersenam tapi tidak menjaga pemakanan. 

#3 Cara Hidrasi Yang Salah 

Ramai yang ambil kalori melalui minuman manis tapi hal yang sebenarnya ia merupakan rutin yang boleh merosakkan tubuh badan. Bukan itu sahaja, mereka yang mengamalkan minuman tinggi kalori dan gula susah untuk mendapatkan ideal berat badan yang mereka mahu begitu juga dengan nutrisi pemakanan. Individu yang mempunyai sistem hidrasi yang bagus bukan sahaja dapat menggunakan tenaga secara efisien. 
Ingat! Amalkan aktiviti senaman yang tepat dan dapatkan rujukan yang sahih untuk result senaman yang terbaik. 
Sumber : www.wanista.com



from Jom Dakwah http://ift.tt/2lqLOUS
via Kuliah Islam

Awas! Jangan Kongsi 7 Benda Ini Dengan Orang Lain

Saturday, 28 October 2017

5 Bahan Makanan Ini Bantu Rawat Ulser Mulut Dengan Segera

Image result for 5 Bahan Makanan Ini Bantu Rawat Ulser Mulut Dengan Segera



Ada kalanya tanpa disedari mulut terasa bisa bila sedang menjamu selera. Tidak hairanlah mengapa pedih itu selalunya datang dari ulser mulut atau juga digelar mata ikan oleh kerana rupanya yang berbentuk bulat dengan luka putih yang membengkak. Selalunya petua orang-orang tua menyuruh untuk kumur air garam tetapi ada  juga beberapa lagi remedi yang boleh anda cuba untuk redakan ulser ini.

Baking Soda
Campur dengan sedikit air hingga menjadi pes dan sapukan pada kawasan ulser biarkan selama 20 minit dan berkumur untuk membersihkannya. Lakukan ini sebelum makan supaya anda dapat makan tanpa rasa sakit lagi. Anda juga boleh gunakan baking soda dan larutkan dengan air untuk berkumur dengannya. Kandungan asid yang tinggi dalam bahan ini akan mengelakkan jangkitan bakteria.

Daun Salam (Basil Leaves)
Daun ini mempunyai banyak khasiat perubatan. Anda boleh kunyah daun ini untuk kurangkan bengkak dan pedih ulser atau boleh jadikan ia sebagai bahan kumur untuk bersihkan mulut dari infeksi kuman.

Bawang
Jus bawang ini mempunyai enzim yang mampu menghalang bakteria merebak serta mengelakkan ulser melarat. Titik jus bawang pada ulser atau makan sebiji bawang sehari untuk redakan kesakitan. Sagat bawang dan perah jusnya dan ratakan pada bahagian dalam mulut. Ulang beberapa kali untuk kesan efektif dan hasilnya mulut bebas ulser dalam masa tiga hingga empat hari.

Minum Soda
Air soda mengandungi bikarbonat yang bagus untuk melenyapkan mikro organisme yang menyebabkan ulser itu. Minum soda selepas makan juga dapat membersihkan mulut daripada partikel lebihan makanan yang tersekat di celah-celah gigi. Bakteria yang menyebabkan ulser mendapatkan tenaga untuk membiak daripada sisa makanan ini jadi pastikan mulut anda sentiasa bersih.

Uncang Teh
Basuh dan sejukkan uncang teh yang sudah digunakan. Letakkan uncang pada ulser tersebut kerana teh mengandungi bahan yang bagus untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Letakkan seberapa kali yang anda suka.

Dadih
Dadih atau yogurt asli dan sejuk bagus untuk meredakan bengkak serta kesakitan yang disebabkan oleh ulser. Anda hanya perlu makan dadih setiap hari dan sapunya pada bahagian ulser untuk kurangkan sakit. Yogurt mempunyai kultur hidup dengan bakteria baik untuk melawan jangkitan bakteria.

Sumber : eh.com.my





from Jom Dakwah http://ift.tt/2ibEK9w
via Kuliah Islam

Demam? Ambil Makanan Ini Supaya Demam Cepat Sembuh

Image result for Demam? Ambil Makanan Ini Supaya Demam Cepat Sembuh


Bila tubuh mula rasa letih dan lenguh, tekak pula mula merengsa tak kena, itu merupakan tanda demam akan tiba. Tapi apa caranya untuk hilangkannya dengan secepatnya? Seeloknya ambil makanan ini kala demam untuk melegakan demam dengan segera.

1. Sup ayam

Image result for Demam? Ambil Makanan Ini Supaya Demam Cepat Sembuh 


Pastikan yang ia mengandungi bawang putih kerana ia adalah antibiotik semula jadi yang paling membantu dalam melegakan demam. Bawang putih juga bertindak sebagai anti-virus serta menyalurkan anti-oksidan pada tubuh. Ayam adalah sumber protein yang menyalurkan tenaga pada tubuh. 

2. Sup Ikan

shutterstock_490135480


Sebaiknya ambil sup ikan kala demam kerana kebanyakan jenis ikan kaya dengan Omega-3 yang membantu dalam menyembuhkan demam. 

3. Sup Sayur

Image result for Demam? Ambil Makanan Ini Supaya Demam Cepat Sembuh


Sememangnya kita tahu yang sayur-sayuran baik untuk kesihatan. Jadi, seeloknya ambil sup sayur kala jika mengalami demam. Ia sedikit sebanyak melawan sejuk tubuh dan selesema.

4. Madu Asli

Image result for Demam? Ambil Makanan Ini Supaya Demam Cepat Sembuh 

Madu ternyata mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang melawan penyakit dan demam dalam tubuh. Ia juga baik untuk melegakan sakit tekak yang berpunca dari demam.

5. Buah kiwi

Image result for Demam? Ambil Makanan Ini Supaya Demam Cepat Sembuh 

Buah kiwi mampu mengurangkan gejala demam dan sekaligus mempercepatkan tempoh untuk sembuh. Ia juga mampu mempertingkatkan tahap kekebalan tubuh dalam sel darah merah.


Sumber : eh.com.my



from Jom Dakwah http://ift.tt/2xv1iZx
via Kuliah Islam

10 Tip Untuk Kekal Hidrat Ketika Cuaca Panas Membahang

Image result for 10 Tip Untuk Kekal Hidrat Ketika Cuaca Panas Membahang



Sememangnya musim tengkujuh kian tiba di negara kita, tetapi dengan cuaca yang tidak menentu sekejap panas dan sekejap hujan membuatkan tubuh juga lebih cepat untuk jatuh sakit.

Dengan peningkatan suhu di luar yang mencecah sehingga 40 darjah celsius, ia membuatkan tubuh dehidrasi jika anda degil dalam melakukan 10 tip ini.

Sini disenaraikan 10 tip yang baik dalam menghidrat badan anda dengan sepenuhnya ketika cuaca panas ekstrem sekarang ini.

1. Minum kerap
Sebaiknya, kerapkan pengambilan minuman, walaupun jika anda tidak berasa dahaga. Jangan tunggu sampai anda berasa haus baru minum.

2. Minum air
Elakkan pengambilan minuman bergula yang mengandungi lebih kalori yang mana meningkatkan tahap glukosa dalam darah sekaligus menaikkan berat badan anda.

3. Bawa botol air 
Ia memudahkan untuk anda mengisi semula air pada bila-bila masa. Walaupun anda tiada sebarang rancangan untuk aktiviti di luar, membawa sebotol air di tangan dapat memastikan anda untuk sentiasa minum dan sebelum anda dahaga.

4. Tambah perisa dalam air anda
Sedikit penambah perasa semula jadi dalam air kosong anda tiada salahnya. Seperti lemon, strawberi atau mungkin sedikit potongan timun segar adalah salah satu cara untuk menambah rasa dalam minuman anda tanpa perlu meningkatkan kadar kalori.

5. Cuba air sparkling
Anda masih boleh menikmati minuman rasa seakan minuman berkarbonat tanpa kalori.

6. Elak minuman berkafein
Ini kerana ia bertindak sebagai diuretik yang mana membuatkan anda kehilangan lebih banyak air dalam badan.

7. Ambil minuman sukan untuk menambah cecair semasa melakukan workout yang ekstrem
Jika anda pasti akan mengeluarkan peluh yang berlebihan kala melakukan aktiviti, minuman sukan mungkin lebih berguna dari air kosong untuk menambah elektrolit yang hilang apabila anda berpeluh.

8. Minum minuman yang menyejukkan
Sejukkan botol air anda, gunakan penyejuk ais, gunakan ais dalam gelas pakai buang untuk pastikan minuman anda kekal dingin. Mengambil minuman sejuk bukan hanya membantu anda untuk kekal sejuk, ia juga mampu memastikan tubuh anda kekal hidrat.

9. Beri perhatian pada pengambilan minuman
Cuba letakkan penggera pada jam tangan atau telefon anda untuk membantu anda mengingati bila tiba masanya untuk mengambil minuman. Inilah sebabnya mengapa mempunyai botol air yang boleh digunakan semula adalah penting untuk kekal hidrat.

10. Ambil makanan yang tinggi kandungan mineral
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan mineral dapat membantu anda untuk kekal hidrasi seperti tembikai, buah oren, kelapa, timun dan sayur bayam.

Sumber : eh.com.my



from Jom Dakwah http://ift.tt/2zX71IW
via Kuliah Islam

Friday, 27 October 2017

9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Oleh Islam

Related image



Pasti ramai antara kita di luar sana yang hendak berkahwin setelah sekian lama berkenalan dan berusaha mengumpul duit bagi merealisasikan impian hendak bernikah.
Namun bukan semua pernikahan itu dibenarkan dalam Islam. Ada juga bentuk-bentuk pernikahan yang sebenarnya dilarang daripada kita meneruskannya, bagi melindungi diri kita.
Apakah bentuk perkahwinan itu?

1. Nikah Syighar

Nikah syighar berlaku apabila berlaku satu pertukaran atau perjanjian lain, sebelum pernikahan itu boleh berlaku.
Sebagai contoh, lelaki A yang berjanji untuk menikahkan anaknya dengan lelaki B dengan syarat lelaki B perlu menikahkan anak perempuannya dengan lelaki A. Apabila berlaku perjanjian seperti itu, pernikahan tersebut adalah haram di sisi Islam.

2. Nikah Tahlil

Nikah tahlil ini adalah nikah yang selalu masyarakat kita gelarkan sebagai kahwin cina buta, di mana seorang lelaki lain berkahwin dengan seorang wanita yang sudah diceraikan talak tiga hanya atas permintaan bekas suami wanita tersebut. Pernikahan ini haram dan talak kepada wanita tersebut masih lagi berjalan.

3. Nikah Mut'ah

Nikah mut'ah amat popular di kalangan sesetengah masyarakat kita yang mengamalkannya, kerana pernikahan ini mempunyai kontrak seperti pernikahan selama 1 hari, satu minggu atau satu bulan.

4. Nikah semasa tempoh iddah wanita

kubur destinasi terakhir
Pernikahan semasa tempoh iddah adalah tidak dibenarkan kerana tempoh iddah adalah wajib dipatuhi bagi wanita yang diceraikan atau kematian suami.

5. Nikah dengan orang Kafir

Tidak dibenarkan sama sekali seorang lelaki atau wanita Muslim mengahwini seseorang individu yang bukan beragama Islam. Isu ini timbul kerana wujud beberapa negara yang membenarkan individu Islam di negara itu berkahwin dengan individu bukan Muslim. Walaupun secara undang-undang,pernikahan itu sah tetapi dari segi hukum, perkara itu bertentang dengan syariat.

6. Nikah dengan saudara ibu susu

Jika seseorang itu sudah pun disahkan berkongsi susu dengan seorang wanita, maka sebarang pernikahan di antara kedua-duanya adalah haram untuk diteruskan.

7. Nikah diantara dua individu yang mempunyai nasab

ijab kabul
Nasab atau hubungan kekeluargaan membataskan pernikahan jika wujud. Rasanya kita sudah jelas tentang siapa nasab, namun perlu diingatkan yang yang serupa dengan info nombor 6 di atas, ibu susuan seorang lelaki adalah haram untuk dinikahinya.

8. Nikah diantara seorang individu dan gigolo/pelacur

Pernikahan di antara seorang individu dengan individu lain yang diketahui melakukan pekerjaan haram sebagai gigolo atau pelacur adalah haram kerana pernikahan itu membenarkan zina dan ditakuti tidak diketahui siapa ayah kepada anak yang lahir, jika si pelacur itu mengandung. Walaupun begitu, jika berlaku pernikahan antara seorang individu dengan bekas pelacur yang telah pun insaf dan berjanji untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu lagi, pernikahan itu dibenarkan.

9. Nikah dengan lebih empat wanita

Poligami hanya membenarkan seorang lelaki Muslim mengahwini 4 orang wanita secara serentak. Jika lelaki tersebut ingin mengahwini seorang lagi isteri, dia perlu menceraikan salah satu isterinya. Ini berdasarkan kisah Ghailan bin Salamah yang mempunyai 10 isteri dan ingin kembali pada Islam dan Rasulullah memerintahkan dia memilih 4 orang isteri untuk diteruskan pernikahan mereka.
Sumber : iluminasi.com



from Jom Dakwah http://ift.tt/2yRXVNG
via Kuliah Islam

6 Buah-Buahan Yang Disebut Dalam Al-Quran

anggur di pokok
Buah-buahan merupakan salah satu nikmat alam yang kerap dapat kita nikmati, khasnya di Malaysia yang cukup kaya dengan hasil tanaman. Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita mempunyai cuaca yang cukup sesuai untuk kita bercucuk tanam serta membolehkan kita merasai hasil bumi, pada harga yang rendah dan murah.
Walaupun begitu, hanya ada beberapa jenis buah yang terpilih untuk disebutkan dalam al-Quran. Apakah buah-buahan itu dan di mana buah itu disebutkan?

1. Buah Anggur

Anggur agak mahal di negara kita, kerana anggur diimport masuk dari luar namun tanaman anggur sebenarnya sudah bermula sejak zaman Nabi Nuh as. lagi. Disebutkan sebanyak 8 kali dalam al-Quran, kesemuanya menceritakan mengenai tanaman anggur atau ladang anggur yang mampu memberikan kesan baik pada manusia, sejak usianya kecil sehinggalah dia tua. Rujukan - surah An-Nahl ayat 11.

2. Buah tin

buah tin fig
Bukan setakat disebut di dalam Quran, malahan mempunyai surah sendiri dalam al-Quran (At-Tin) dan itu satu-satunya ayat yang menyebutnya. Juga dipanggil 'fig', buah tin dikatakan mempunyai banyak khasiat yang tidak ada dalam buah-buahan lain. Jika anda google "nature most nearly perfect fruit' carian anda akan menemukan anda kepada banyak kajian tentang khasiat-khasiat yang tersimpan dalam buah tin.

3. Buah zaitun

buah zaitun
Disebut sebanyak 7 kali di dalam al-Quran di dalam surah al-An'am, surah an-Nahl, surah al-Mu'minun, surah an-Nur, surah 'Abasa dan surah at-Tiin, membuatkan buah zaitun mempunyai pengaruh yang besar dalam hidup seorang Muslim. Pengambilannya tTidak meninggikan kadar kolestrol dalam darah serta mampu dimakan begitu saja minyaknya tanpa perlu dimasak.

4. Buah Delima

buah delima
Buah delima atau pomegranate ini disebut 3 kali dalam al-Quran, dalam dua buah surah iaitu surah al-An'am serta surah Ar-Rahman. Mempunyai rupa yang cantik dengan biji-biji seperti 'delima' yang boleh dikunyah terus, buah delima terkenal dari segi sains sebagai ejen anti-oksidan serta keupayaannya melawan kanser.

5. Buah pisang

pisang masak cantik
Buah pisang hanya disebutkan satu kali dalam al-Quran dalam surah al-Waqiah ayat 29. Mempunyai kandungan fiber yang tinggi, serta membantu sistem pencernaan dan jantung, pisang agak versatil untuk digabungkan ke dalam diet kita. Boleh diambil begitu saja, dimasak, digoreng atau digabungkan dengan ais krim untuk dijadikan banana split.

6. Buah kurma

kurma dalam bekas
Disebut secara jelas khasiatnya dalam surah Mariam yang menceritakan tentang kelahiran Nabi Isa as. dan ibunya, Mariam yang memulihkan dirinya dengan memakan buah kurma yang digugurkan dari pokok tempat dia berteduh. Selain itu, hadis menggalakkan orang Islam mengamalkan buka puasa dengan kurma juga menjadi sebab identiti seorang Muslim dengan buah kurma amat rapat. Buah kurma disebut sebanyak 26 kali dalam al-Quran.
Sumber : iluminasi.com



from Jom Dakwah http://ift.tt/2yTKNb0
via Kuliah Islam

15 Tips Dalam Bergurau Senda

Related image


Setiap hari kita tidak terlepas dari bergurau senda. Gurauan seakan sebati dalam diri kita. Kadang-kadang bila kita stress di pejabat, tiba waktu pulang saat berada di dalam kereta kita cuba mencari stesen radio yang lincah panyampai radionya membuat kelakar. Terhibur hati kita mendengar senda gurau para penyampai radio.
Tetapi tidak kurang juga dengan gurauan yang mereka dan kita lakukan ada hati-hati yang terguris.
Tak kurang juga hati kita kadang kala terguris dek kerana gurauan oleh teman kita. Walaupun asalnya sekadar bergurau namun ada di sudut hati yang dalam berbekas terguris.
Jadi dalam bergurau perlu adanya tips yang sewajarnya kita perhatikan. Berikut adalah 15 tips dalam bergurau senda;
1. Hati-hati ketika bergurau jauhilah dari menipu dalam bergurau
2. Elakkan dari membuatkan orang lain terasa hati
3. Bergurau diibaratkan seperti “garam di dalam masakan.” Jangan berlebihan pastikan secukup rasa sahaja, jika lebih itulah puncanya berlaku kecil hati dan terguris perasaan.
4. Tiada penghinaan mahupun fitnah dalam gurauan
5. Rasulullah pernah menyembur air (sekadar hembusan) ketika mengambil wudhu bersama kanak-kanak yang bersama baginda. Kanak-kanak tersebut sangat gembira.
6. Jangan aibkan contoh ambil gambar candid kawan kita sedang tidur, hukumnya boleh jadi berdosa kita.
7. Letakkan mesej yang baik dalam gurauan
8. Dilarang gurauan yang menakutkan menggunakan senjata yang merbahaya
9. Tidak bermain dengan perkara agama sehingga menghina atau memperlekehkan kedudukan agama yang suci
10. Menyelitkan gurauan dalam berdakwah agar lebih santai dan menarik untuk didengari oleh para pendengar
11. Tidak mengumpat dalam gurauan
12. Tidak memasukkan unsur lucah
13. Kata seorang sahabat;
“Ya Rasululullah aku ingin bermusafir, aku mahukan unta”
Rasulullah menjawab;
“aku akan berikan anak unta”
Jawab sahabat;
“aku ingin brmusafir bagaimana aku mahu naik anak unta Ya Rasulullah”
Baginda menjawab;
“mestilah aku berikan anak unta kerana semua unta adalah anak unta bukan dari anak yang lain”
14. Rasulullah pernah diminta oleh seorang wanita tua didoakan agar dapat duduk di syurga kelak, nabi menjawab;
“mak cik orang tua tiada di dalam syurga”
makcik tu bersedih dan berkata;
“bagaimana Ya Rasulullah aku ingin duduk di syurga kelak”
Rasulullah s.a.w hanya bergurau tanpa brbohong. Baginda menjawab;
“”tidak makcik, di syurga kelak tiada yang tua, semua akan menjadi muda, kelak makcik akan berada di syurga dalam keadaan yang muda.”
15. Seorang Arab Badwi dari kawasan pendalaman telah penat berniaga dari pagi hingga ke petang dan berpeluh, di saat kepenatan itu tiba-tiba beliau dipeluk oleh seseorang dari belakang dan orang itu berkata;
“siapa mahu beli hamba ini! siapa mahu beli hamba ini!”
Lalu berpaling orang Badwi tersebut. Subhanaallah, orang yang melihat peristiwa itu tersenyum kerana orang yang memeluk itu adalah baginda Rasulullah S.A.W dan kepenatan Arab Badwi itu terubat. Hamba yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah hamba Allah.
 
Moga bermanfaat tips ini buat semua dan mudah-mudahan kita peroleh pahala bukan bala ya dalam gurauan kita seharian. Insyaa Allah
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. —البخاري ومسلم
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang dia sendiri suka mendapatnya.”
Sumber : tazkirah.net

from Jom Dakwah http://ift.tt/2iDKkFJ
via Kuliah Islam

Wednesday, 25 October 2017

Semua Bid’ah Adalah Sesat, Tidak Ada Yang Hasanah

Image result for Semua Bid’ah Adalah Sesat, Tidak Ada Yang Hasanah



Tidak diragukan lagi, bahwa berpegang teguh dengan Al-Kitab dan As-Sunnah adalah kunci keselamatan dari terjerumusnya kepada bid’ah dan kesesatan. Allah berfirman, artinya:
Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya”. [Al-An’am: 153]
 
Rasulullah ﷺ telah menjelaskan hal itu dalam suatu hadis yang diriwayatkan sahabat Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, berkata: Rasulullah ﷺ membuat satu garis untuk kita, lalu bersabda:
“Ini adalah jalan Allah.” Kemudian beliau ﷺ membuat garis-garis di sebelah kanannya dan disebelah kirinya, lalu bersabda:
“Dan ini adalah beberapa jalan, di atas setiap jalan tersebut ada setan yang senantiasa mengajak (manusia) kepada jalan tersebut”.
 
Definisi bid’ah secara istilah yang paling bagus adalah definisi yang dikemukakan oleh Al Imam Asy Syatibi dalam Al I’tishom. Beliau mengatakan, bahwa bid’ah adalah:
 
عِبَارَةٌ عَنْ طَرِيْقَةٍ فِي الدِّيْنِ مُخْتَرَعَةٍ تُضَاهِي الشَّرْعِيَّةَ يُقْصَدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا المُبَالَغَةُ فِي التَّعَبُدِ للهِ سُبْحَانَهُ
 
Suatu istilah untuk suatu jalan dalam agama yang dibuat-buat (tanpa ada dalil, pen), yang menyerupai syariat (ajaran Islam), yang dimaksudkan ketika menempuhnya adalah untuk berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah ta’ala.
 
Definisi di atas adalah untuk definisi bid’ah yang khusus ibadah dan TIDAK termasuk di dalamnya adat (tradisi).
 
Adapun yang memasukkan adat (tradisi) dalam makna bid’ah, mereka mendefinisikan bahwa bid’ah adalah:
 
طَرِيْقَةٌ فِي الدِّيْنِ مُخْتَرَعَةٍ تُضَاهِي الشَّرْعِيَّةَ يُقْصَدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا مَا يُقْصَدُ بِالطَّرِيْقَةِ الشَّرْعِيَّةِ
 
Suatu jalan dalam agama yang dibuat-buat (tanpa ada dalil, pen) dan menyerupai syariat (ajaran Islam), yang dimaksudkan ketika melakukan (adat tersebut), adalah sebagaimana niat ketika menjalani syariat (yaitu untuk mendekatkan diri pada Allah). [Al I’tishom, 1/26, Asy Syamilah]
 
Definisi yang tidak kalah bagusnya adalah dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Beliau rahimahullah mengatakan:
 
وَالْبِدْعَةُ : مَا خَالَفَتْ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ أَوْ إجْمَاعَ سَلَفِ الْأُمَّةِ مِنْ الِاعْتِقَادَاتِ وَالْعِبَادَاتِ
 
“Bid’ah adalah i’tiqod (keyakinan) dan ibadah yang menyelishi Al Kitab dan As Sunnah atau ijma’ (kesepakatan) salaf.” (Majmu’ Al Fatawa, 18/346, Asy Syamilah)
 
Ringkasnya, pengertian bid’ah secara istilah adalah SUATU HAL YANG BARU DALAM MASALAH AGAMA, setelah agama tersebut sempurna. [Hal ini sebagaimana dikatakan oleh Al Fairuz Abadiy dalam Basho’iru Dzawit Tamyiz, 2/231, yang dinukil dari Ilmu Ushul Bida’, hal. 26, Dar Ar Royah]
 
Setelah kita mengetahui definisi bid’ah dan mengetahui, bahwa setiap bid’ah adalah TERCELA dan amalannya TERTOLAK, masih ada suatu kerancuan di tengah-tengah masyarakat, bahwa berbagai kemajuan teknologi saat ini seperti mobil, komputer, HP dan pesawat dianggap sebagai bid’ah yang tercela. Di antara mereka mengatakan:
“Kalau memang bid’ah itu terlarang, kita seharusnya memakai unta saja sebagaimana di zaman Nabi ﷺ”. Perkataan ini muncul karena TIDAK memahami bid’ah dengan benar.
 
Perlu sekali ditegaskan, bahwa yang dimaksudkan dengan bid’ah yang tercela sehingga membuat amalannya tertolak adalah bid’ah dalam AGAMA, dan BUKANLAH perkara baru dalam urusan dunia, yang tidak ada contoh sebelumnya, seperti komputer dan pesawat.
Asy Syatibi juga mengatakan: “Perkara non-ibadah (‘adat) yang murni tidak ada unsur ibadah, maka dia bukanlah bid’ah. Namun jika perkara non-ibadah tersebut dijadikan ibadah, atau diposisikan sebagai ibadah, maka dia bisa termasuk dalam bid’ah.” [Al I’tishom, 1/348]
 
Nabi ﷺ bersabda:
“Apabila itu adalah perkara dunia kalian, kalian tentu lebih mengetahuinya. Namun, apabila itu adalah perkara agama kalian, kembalikanlah padaku.” [HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengomentari bahwa sanad hadis ini Hasan)

Sumber : http://ift.tt/2kqZA59



from Jom Dakwah http://ift.tt/2iBA5lr
via Kuliah Islam