Hari-hari kita solat 5 waktu, mengikut rakaat yang ditetapkan.
Persoalannya, bila kita solat, adakah kita sekadar tahu bacaan tapi tidak tahu apa yang kita bacakan? Berikut adalah terjemahan kepada ayat-ayat bacaan yang kita selalu baca ketika solat.
Moga dapat menjadi ilmu kepada anda untuk hari ini.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya dan aku dari golongan orang Islam.
Surah al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Rukuk
Maha Suci, Tuhanku Yang Maha Agung
I'tidal
Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya (ketika bangun rukuk)
Ya Tuhan kami, bagi- Mu segala Puji
Sujud
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan aku memuji-Nya
Duduk di antara dua sujud
Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupkanlah kekuranganku, sihatkanlah aku dan berilah rezeki kepadaku.
Bacaan Tahiyat Awal
Segala ucapan selamat adalah bagi Allah, dan kebahagiaan serta kebaikan. Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu wahai Nabi, dan beserta Rahmat Allah, dan berkat-Nya. Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kami pula, dan kepada sekalian hamba-hambanya yang soleh. Aku bersaksi, bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir
Segala ucapan selamat adalah bagi Allah, dan kebahagiaan serta kebaikan. Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu wahai Nabi, dan beserta Rahmat Allah, dan berkat-Nya. Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kami pula, dan kepada sekalian hamba-hambanya yang soleh. Aku bersaksi, bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.
Sebagaimana telah Engkau berikan kebahagiaan kepada Ibrahim, dan kepada keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan/bahaya yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau tetapkan. Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. Dan Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
Begitulah makna yang terkandung di sebalik apa yang kita baca hari-hari 5 kali sehari. Menarik sebenarnya apabila dilihat kerana terkandung banyak doa-doa yang kita sendiri mungkin tak sedar kita minta.Usahlah risau pula kalau selama ini kita hanya tahu membaca tanpa tahu apa yang kita baca. Sebagai hamba-Nya, tidak dapat dinafikan adalah lebih baik kita faham apa yang kita bacakan, walaupun begitu tak boleh dinafikan kekangan bahasa membuatkan ramai di antara kita yang hanya menghafal tanpa faham apa yang kita hafal.Mulalah kita mempelajari makna bacaan dalam solat agar penghayatan kita menjadi lebih mendalam tentang amalan wajib yang kita kerjakan hari-hari.
Sumber : https://iluminasi.com
from Jom Dakwah http://ift.tt/2yMwGWH
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment